Krisis Kewangan : Telatah Calvin & Hobbes

December 28, 2008 • naem • blog reactions

Sebelum baca tulisan saya di bawah, apakata usha-usha kejap Cartoon Calvin & Hobbes ni.

Hujung minggu macam ni, malas nak jalan-jalan. Kalau hari-hari biasa, sibuk dengan kerja. Hari -hari yang luar biasa macam ni pun, kena kerja jugak.Kerja part time di internet. Mudah-mudahan 5 tahun lagi takyah kerja makan gaji dah. Amin….

Berdepan internet ni pun, lama kelamaan bosan jugak. Kalau duit masuk riban2, maybe tak bosan kot…hohoho…Sifat manusia, takkan puas dengan yang ada. Selalu nakkan sesuatu yang bukan milik sendiri. Apabila dah dapat, nakkan yang lain plak. Alkisah macam artis Gerak Khas kita jugak le kan. Oppss…itu tutup kes. Read the rest of this entry →

Demam & Maxis Broadband Yang Lembap

November 30, 2008 • naem • blog reactions

Hehehe..menulis kembali kat sini. Tapi hari ni taknak tulis atau kongsi apa -apa tips sebab takde apa yang nak dikongsi..So, saje-saje nak tulis. Hati pun ada riang skit tapi gelisah banyak. Erm…letak tepi jap masalah yang tak terurus..Maybe kejap lagi nak kena plan penyelesaian satu demi satu ( banyak planning je, action plak kurang )

demam fever cartoon

Hari ni masuk hari ketiga demam. Balik kerja selalu kena hujan, so tak terlari la dari sebab -sebab yang menyebabkan demam. Belakang badan plak dah mula sakit-sakit…Maunye tidak, dari jam 8 sampai jam 6 duduk mengadap komputer je kat tempat kerja. Balik plak mengadap komputer sampai jam 12 malam..Lama-lama sakit badan le kan ?. Hari ni juga masuk hari kedua cirit birit…Fuuuhh..macam air paip disembur…hehehe …AMARAN KERAS ! Jangan baca artikel ni sambil makan ye…

Disebabkan kesihatan diri yang kurang memberansangkan ni, lepak dalam bilik adalah yang terbest la kan. Ngadap komputer ! hehehe…Dah jadi macam penagih dadah internet dah ni. Kalau tak mengadap internet sehari, macam tak boleh buat apa-apa..  Oh ya, nak maklum skit tau… Seperti artikel sebelum ni, kenapa saya kurang bergiat di DiariAdsense ni sebenarnya disebab kan saya sedang menumpu ( fokus ) pada Program Pay Per Click ( PPC ) seperti Google Adwords. Itu sebab yang kurang menulis kat sini. Balik kerja je, test,test,test dan test… Macam-macam boleh buat dengan promosi gila berbayar ni. Bukan setakat adsense je ( Adsense Arbitrage pernah dengar ? ) , bahkan boleh promote produk orang dan boleh bina komuniti sendiri. Serampang 10 mata pun boleh. Tapi mesti la kena kreatif skit.maxisbroadband

Tapi…..leceh..leceh…leceh kalau internet lembap macam siput babi khinzir. Ingatkan langganan pakej RM98 sebulan dengan Maxis Broadband boleh le jadi gila dengan video marketing. Hampehh sioott…Connection lembap dan tak stabil.. Dulu, kalau nak tahu, saya selalu guna proses download dan upload lebih dari 5GB sebulan, sekarang nak cecah 200 mb sebulan pun susah. Nak kena tiru style Awangku Yusli…hehe..Alahai lembap sungguh Maxis Broadband ni. Nampak gaya memang nak kena tukar ke Celcom ke, atau Streamyx kot, ataupun P1 ..Tengok le macam mana dulu. Haaa..yang membaca ni gunakan servis internet yang mana satu ek? Kalau ok, share le kat sini ye.

Ok…cukup dulu kot setakat ni. Rasa macam sakit-sakit balik belakang badan. Jap lagi nak update blog PPCPercuma lagi. Pastu nak kemaskini PPCpercuma V.2 plak…Pastu nak tido..pastu nak makan…pastu nak solat..pastu nak gunting rambut…pastu..bla..bla..bla.bla..zZzzZZZzzzZzz

Blog DiariAdsense Dah BUNGKUS Ke?

October 23, 2008 • naem • blog reactions

Nak jawap agak sukar la jugak…Nak kata dah STOP, tak juga…Nak kata tak STOP, memang dah lama tak menulis. Semua gara-gara MATI KUTU…hohoho

Tahu tak apa itu KUTU? MATI? MATI KUTU?

Sekarang, saya dah lama tak bergiat dalam bidang Adsense. Boleh kata jarang ONLINE.. Hasilnya kurang jugak la saya bergiat aktif dalam bidang internet ni. Balik kerja, penattttt…letihhhh…Seharian mengadap dokumen dan komputer, balik rumah mesti le letih.. Tak macam dulu. Ada ada aje yang nak di uji setiap hari.

Tapi…Kini, semua dah berubah…..

Dah tak macam dulu. Itu sebab saya kurang lagi berada dalam online ni. Ada rasa ingin berkongsi, tapi tak de plak masa nak dikongsi.

Saya akan kembali semula nanti. InsyaAllah saya perlu “planning” dan “restructure” balik rutin Blog ni. Saya pasti ramai yang pernah ke blog ini dah pun lari..Hohoho…Takpe…Tapi jangan lupa datang lagi ye..

Bye…bye…bye