Camner Nak Hubungi Adsense Team?

July 5, 2008 • naem • blog reactions

Salam hormat semua,

Saya pernah menulis artikel berkaitan tajuk ini suatu masa dahulu. Barangkali masa dahulu kala. Akan tetapi, artikel tu telah lenyap disebabkan saya tergagal dalam proses mengemaskini versi wordpress pada masa itu. Akibatnya saya hilang lebih daripada 20 artikel yang telah saya tulis secara percuma.huhuhu.

Justeru, hari ni saya akan menulis sekali lagi memandangkan saya baru aje mengalami masalah yang ada kaitan dengan tajuk artikel di atas.

Persoalan utama ialah bagaimana nak hubungi Team Adsense jika kita mengalami masalah? Tahu tak? Saya pun tak tahu cara yang paling efektif. Dulu saya pernah gunakan cara emel, tapi dah hampir terlupa caranya. Justeru, saya korek-korek balik cara yang pernah saya gunakan dan yang saya tahu. Antara cara yang saya rasa berkesan ialah:

  1. Gunakan ruangan forum ( Adsense Forum ) yang disediakan
    ADsense Help
  2. Gunakan ruangan panduan lengkap ( Adsense Help ) yang disediakan. Tak pasti cara ni berkesan atau tak.: Read the rest of this entry →

Nak Domain + Hosting Percuma???

June 23, 2008 • naem • blog reactions

Sila tonton video ini. Saya telah ringkaskan dan padatkan dengan langkah demi langkah untuk menggunakan hosting percuma dan domain percuma. Jika anda inginkan info lanjut berkaitan domain percuma yang saya paparkan didalam video ini, sila rujuk blog http://www.ppcpercuma.com/blog.

Di dalam video ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan domain percuma yang diberikan , di hostkan oleh hosting percuma ini. Kenapa saya pilih hosting percuma ini ( nama hosting saya tunjukkan dalam video ) ? Sebabnya ….tonton dulu video di bawah ni.

domain+hosting percuma

1) Klik Pada Gambar DI Atas Untuk Download atau download guna link di bawah

http://www.savefile.com/files/1629103

http://rapidshare.com/files/124896750/domainhostingpercuma.zip.html

2) Kunjungi Laman Web Hosting Ini Untuk Pendaftaran Hosting Percuma

www.000webhost.com

3) Ikuti Panduan Yang Ditunjukkan Dalam Video Download

4) habis…

Video Dan Search Engine Optimization

June 15, 2008 • naem • blog reactions

Mana lebih best, menulis atau menonton ? Kalau yang asyik terperap kat library ( perpustakan ) je,mesti la membaca lagi best. Ye tak? Macam tak betul je….Tak semsetinya yang dok terperap kat library, suka membaca terutama Pak Guard dan Mak Guard. Hohoho…Kalau diorang membaca buku-buku semua tu, siapa plak yang nak tolong berkawal dan jaga keselamatan..hehe

Jap…cuba perhatikan semula tajuk artikel hari ni. Tajuk pasal VIDEO dan dah tentu le saya nak berkongsi tentang apa yang ada kaitan dengan video. Bukan buku atau ebook ye.

Saya difahamkan menulis boleh memikat hati si lelabah enjin carian. Betul… Saya juga difahamkan, banyakkan la menulis nescaya kebarangkalian web blog/site nak berada di Google senang dan tinggi. Ini pun betul.

Tetapi, jarang orang yang nak fahamkan saya tentang Video. Bagaimana nak hasilkan video yang baik? Bagaimana nak diindeks enjin carian macam Google dan di “ranking” kan dengan kedudukan yang baik? Jarang….Anda macammana?

Kalau bersetuju, apa kata minggu ni ( mula dengan ahad sehingga sabtu ) kita sama-sama cuba test kehebatan video dan juga optimasi SEO. Faham tak? Kalau tak, begini…

Beberapa hari lepas, si Adly telah lancarkan ebook beliau yang bertajuk Rahsia 10K. Memang laris sungguh ebook Adly ni. Rasa-rasanya Adly dah capai RM20 000 dalam masa 5 hari aje hasil dari ebook beliau. Tak percaya? Hurm…tak boleh nak dedahkan secara terbuka sebab ini maklumat sulit antara rakan-rakan JV ( Join Venture ).

Oh ya…apa kaitan Adly dengan video? Begini ceritanya. Saya ni memang bukan pakar SEO. Jadi saya mencuba la siapkan satu video dan saya telah uploadkan di Revver dan juga Youtube. Nak tahu hasilnya? Ok..cuba perhatikan “screenshot” di bawah.

rahsia 10k

Saya cube fokuskan pada kata kunci Rahsia 10K dan terbukti mudah untuk berada di ranking Google yang baik dan saya sendiri agak terkejut sebab video tersebut juga ada di senaraikan oleh lain-lain website yang saya sendiri tak upload pun. Maksudnya laman web lain pun tolong siarkan video tersebut walhal saya tak upload kat sana pun..hohoho..

Jadi, apa kata yang masih belum mencuba cara ini, segera mencuba untuk blog masing-masing. Carikan niche yang profitable ( menguntungkan ) dulu dan kemudian pilih katakunci yang kurang persaingan untuk dicuba… Mesti boleh berjaya. Ok…saya chaow dulu…nak cari niche dan keyword yang sesuai.Nak sambung ujikaji…