February 10th, 2009
Baru-baru ini Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk “Rahsia ClickBank” dan anda boleh melihatnya di sini:

Rahsia ClickBank Yang Best
Saya menulis ulasan ini untuk memberitahu apa sebenarnya produk ini, dan bagaimana anda akan mendapat manfaat daripada produk Rahsia ClickBank ini.
Sejarah Rahsia ClickBank
Rahsia Clickbank ialah produk yang direka khusus untuk rakyat malaysia.
Anda juga mungkin tahu sehingga pertengahan tahun 2008, Clickbank telah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat malaysia.
Sesetengah daripada kita menemui teknik jalan belakang untuk mendapatkan akaun ClickBank. Hatta terbitnya sebuah ebook daripada Gobala yang diberi nama “Chapter-M” beberapa tahun lalu yang mengajar anda bagaimana melakukannya.
Sekarang peluang terbuka luas untuk rakyat malaysia. Clickbank pula telah menjadi topik yang panas untuk dibincangkan.
Strategi Pemasaran Dalam Rahsia Clickbank
Di dalam Rahsia Clickbank, Gobala dan Zamri bercakap mengenai bagaimana menjana wang daripada trafik yang sedikit dan tanpa menggunakan sebarang blog. Berdasarkan penerangan mereka, kebanyakan “super affiliate” yang menghasilkan banyak wang di Clickbank tidak bermula hanya dari blog untuk mempromosikan produk dan menghasilkan jualan.
Mereka menggunakan strategi yang berlainan yang membolehkan mereka mendapat komisyen ClickBank semaksimum mungkin. Strategi-strategi mereka diceritakan di dalam Rahsia Clickbank: menggunakan landing pages, pra jualan dan juga mencari target trafik. Strategi lain termasuk bagaimana mencari produk Clickbank yang memberikan pulangan yang lumayan, bagaimana membina senarai email dan juga bagaimana hendak mempromosikan produk berkaitan untuk memaksimakan jualan. Read the rest of this entry →
Tags: rahsia clickbank percuma, rahsia clickbank rapidshare
Posted in ebook rekomen | No Comments »
December 28th, 2008
Sebelum baca tulisan saya di bawah, apakata usha-usha kejap Cartoon Calvin & Hobbes ni.

Hujung minggu macam ni, malas nak jalan-jalan. Kalau hari-hari biasa, sibuk dengan kerja. Hari -hari yang luar biasa macam ni pun, kena kerja jugak.Kerja part time di internet. Mudah-mudahan 5 tahun lagi takyah kerja makan gaji dah. Amin….
Berdepan internet ni pun, lama kelamaan bosan jugak. Kalau duit masuk riban2, maybe tak bosan kot…hohoho…Sifat manusia, takkan puas dengan yang ada. Selalu nakkan sesuatu yang bukan milik sendiri. Apabila dah dapat, nakkan yang lain plak. Alkisah macam artis Gerak Khas kita jugak le kan. Oppss…itu tutup kes. Read the rest of this entry »
Tags: blog buat duit, buat duit dengan adsense, calvin & hobbes, financial crisis trick
Posted in santai | 3 Comments »
November 30th, 2008
Hehehe..menulis kembali kat sini. Tapi hari ni taknak tulis atau kongsi apa -apa tips sebab takde apa yang nak dikongsi..So, saje-saje nak tulis. Hati pun ada riang skit tapi gelisah banyak. Erm…letak tepi jap masalah yang tak terurus..Maybe kejap lagi nak kena plan penyelesaian satu demi satu ( banyak planning je, action plak kurang )

Hari ni masuk hari ketiga demam. Balik kerja selalu kena hujan, so tak terlari la dari sebab -sebab yang menyebabkan demam. Belakang badan plak dah mula sakit-sakit…Maunye tidak, dari jam 8 sampai jam 6 duduk mengadap komputer je kat tempat kerja. Balik plak mengadap komputer sampai jam 12 malam..Lama-lama sakit badan le kan ?. Hari ni juga masuk hari kedua cirit birit…Fuuuhh..macam air paip disembur…hehehe …AMARAN KERAS ! Jangan baca artikel ni sambil makan ye…
Disebabkan kesihatan diri yang kurang memberansangkan ni, lepak dalam bilik adalah yang terbest la kan. Ngadap komputer ! hehehe…Dah jadi macam penagih dadah internet dah ni. Kalau tak mengadap internet sehari, macam tak boleh buat apa-apa.. Oh ya, nak maklum skit tau… Seperti artikel sebelum ni, kenapa saya kurang bergiat di DiariAdsense ni sebenarnya disebab kan saya sedang menumpu ( fokus ) pada Program Pay Per Click ( PPC ) seperti Google Adwords. Itu sebab yang kurang menulis kat sini. Balik kerja je, test,test,test dan test… Macam-macam boleh buat dengan promosi gila berbayar ni. Bukan setakat adsense je ( Adsense Arbitrage pernah dengar ? ) , bahkan boleh promote produk orang dan boleh bina komuniti sendiri. Serampang 10 mata pun boleh. Tapi mesti la kena kreatif skit.
Tapi…..leceh..leceh…leceh kalau internet lembap macam siput babi khinzir. Ingatkan langganan pakej RM98 sebulan dengan Maxis Broadband boleh le jadi gila dengan video marketing. Hampehh sioott…Connection lembap dan tak stabil.. Dulu, kalau nak tahu, saya selalu guna proses download dan upload lebih dari 5GB sebulan, sekarang nak cecah 200 mb sebulan pun susah. Nak kena tiru style Awangku Yusli…hehe..Alahai lembap sungguh Maxis Broadband ni. Nampak gaya memang nak kena tukar ke Celcom ke, atau Streamyx kot, ataupun P1 ..Tengok le macam mana dulu. Haaa..yang membaca ni gunakan servis internet yang mana satu ek? Kalau ok, share le kat sini ye.
Ok…cukup dulu kot setakat ni. Rasa macam sakit-sakit balik belakang badan. Jap lagi nak update blog PPCPercuma lagi. Pastu nak kemaskini PPCpercuma V.2 plak…Pastu nak tido..pastu nak makan…pastu nak solat..pastu nak gunting rambut…pastu..bla..bla..bla.bla..zZzzZZZzzzZzz
Tags: celcom broadband, demam, maxis broadband, p1 wimax
Posted in dari admin | 20 Comments »