Komen Berbayar- Bonanza Merdeka
July 31, 2007 • naem • blog reactionsSempena Kemerdekaan Ke 50, Diari Adsense.com turut merayakan perayaan ini dan ingin menawarkan kepada anda semua sebagai pengunjung tetap Diari Adsense.com sebuah program yang mudah untuk mendapatkan RM 50.00 dengan segera. Saya gelarkan tawaran ini sebagai Komen RM 50 Merdeka dan ia sudah tentu percuma.
Anda hanya perlu tinggalkan komen,pandangan,idea,kritikan membina dan interaksi bersama di ruangan komen Diari Adsense.com dan akan dibayar.Inilah peluang untuk mendapat RM50.00 dengan percuma. Cuma tinggalkan komen,dan saya akan bayar anda.
Bagaimana menyertainya?
tak susah pun, anda cuma perlu :
1) lawati blog ini
2) tinggalkan komen anda
3) anda dibayar
Syarat-syarat Komen RM 50 Merdeka ( dan Komen Berbayar ) :
1) komen anda mestilah pandangan bernas,idea, kritikan membina dan interaksi bersama ( mana-mana satu yang dinyatakan atau sewaktu dengannya adalah diterima )
2) Komen tersebut mestilah melebihi 20 patah perkataan ( Jika tidak saya akan anggap ia sebagai komen tidak ikhlas dan tidak akan diluluskan )
3) Komen tidak boleh berunsur negatif seperti berbaur perkauman, politik yang merosakkan, unsur-unsur lucah dan sewaktu dengannya. Tidak dibenarkan bergaduh di sini.
4) Pemberi komen yang dapat mencapai 100 komen pertama ( 100 mata ) sahaja berhak untuk menerima RM 50 ( komen yang mencapai 90 komen pertama akan dihubungi oleh saya untuk maklumat pembayaran )
5) Bagi yang tidak berjaya, anda boleh rujuk di bawah program Komen Berbayar )
Tempoh Kempen RM50 Merdeka?
Hanya sepanjang bulan Ogos 2007
Perkara yang anda perlu pastikan ialah :
1) Jangan tinggalkan komen di lain-lain tempat kecuali pada post sahaja
2) Jangan wujudkan akaun lebih dari satu bagi setiap individu. Seorang hanya berhak untuk menerima satu akaun penyertaan sahaja
ps: Bonus istimewa bagi yang memiliki blog,website ataupun forum. Anda berhak menerima 20 mata percuma ( sama jumlah dengan 20 komen ) sekiranya membuat ulasan dan promosi di laman anda. Sila gunakan banner dibawah untuk diletakkan di laman anda dan maklumkan pada saya dengan segera. 1 komen dikira 1 mata.
Untuk memudahkan anda mendapat maklumat terkini seperti post terbaru atau komen terkini, anda digalakkan menjadi subscriber Diari Adsense.com dengan mengklik button ini untuk post terkini.
Bagi yang tidak berjaya, anda tetap dihargai sebagai pengunjung tetap Diari Adsense.com dan komen-komen anda akan diklasifikasikan dibawah program Komen Berbayar.
Apa itu Komen Berbayar?
Komen Berbayar adalah sebuah program berinsentifkan duit yang diperkenalkan dalam Diari Adsense.com . Setiap komen,pandangan,idea,kritikan membina, dan interaksi bersama di ruangan komen akan dibayar oleh Diari Adsense.com
Bagaimana menyertainya ?
Anda hanya perlu tinggalkan komen. Segala syarat adalah seperti di bahagian atas ( Komen RM 50 Merdeka ) cuma program kedua ini adalah sebagai penghargaan kepada pengkomen yang tidak berjaya menjadi orang pertama mencapai 100 komen pertama .
Berapakah bayaran yang diterima?
Setiap komen berhak mendapat bayaran RM 0.05
Minimum bayaran adalah RM10 setiap bulan ( anda perlu tinggalkan komen sekurang-kurangnya 200 komen ( 200 mata ) sebulan untuk menerima bayaran minima )
Sekiranya pemberi komen tidak dapat mencapai minima 200 komen sebulan, jumlah bayaran akan di bawa ke bulan seterusnya
Bila program ini bermula? Tempoh akhir?
Program ini dimulakan pada 1/8/2007. Tempoh masa adalah sepanjang baki tahun 2007. Sekiranya sambutan menggalakkan, kebarangkalian diteruskan adalah berdasarkan permintaan ramai.
Bagaimana bayaran dibuat ?
Setiap individu yang layak untuk menerima bayaran akan dihubungi oleh penulis Diari Adsense.com
Pembayaran dibuat melalui akaun bank Islam. Bagi yang tak memiliki akaun bank Islam, penulis Diari Adsense.com akan menggunakan Maybank2u sebagai cara bayaran ( akaun Maybank penulis Diari Adsense.com masih belum dibuka )
Bonus Istimewa?
Bonus-bonus adalah sama seperti Komen RM 50 Merdeka.
Status Pemberi Komen
Anda boleh melihat status terkini setiap komen yang diberikan disini.
Untuk mendapatkan kepastian lanjut dan jaminan, anda boleh menghubungi saya di talian 017-3293028
Tags: komen berbayar, diariadsense, pay per comment, diari adsense











