Archive for August, 2007

Duplicate Content - Fresh Content -Jawapannya

August 13, 2007 • naem • blog reactions

Hohoho… :-) salam buat semua.

 

Semalam saya telah buat satu post berkenaan bagaimana mendapatkan fresh content melalui duplicate content. Syukur pada tuhan, banyak jugak jawapan yang bernas yang sebenarnya kita boleh kongsikan bersama. Bagi yang masih belum membaca artikel tersebut, rakan-rakan boleh saja bacanya di “Duplicate Content Jadi Fresh Content”.

 

Erm, nampaknya tujuan utama saya disebalik post terbabit hampir tercapai. Melalui jawapan rakan-rakan yang turut sama memberikan pendapat, saya dapat beberapa ilmu. Hehehe..ilmu free. Rupanya senang juga nak dapat maklumat berguna ni.

 

Oppss..melalut je saya ni. Berbalik kepada isu utama kita ( bukan isu negara tau, errmmm..al-fatihah buat muslim yang meninggal pagi tadi akibat kecelakaan jalan raya di Taiping ..), saya nak buat sedikit kesimpulan dari jawapan yang dikemukakan iaitu :

 

Gabungkan artikel
Jawapan ni diberikan oleh saudara Affuan dan vangardx. Apa yang dimaksudkan ialah kita dapatkan free article atau mana-mana content dari orang lain, kemudian gabung dan campur adukkan dengan perkataan sendiri. Saya pernah buat dan ia mengambil sedikit masa. Mungkin susah bagi yang tak tahu lansung BI, tapi apa salahnya mencuba. Saya selalu dalam penulisan BI saya di kutuk oleh si mamat omputih dek kerana Grammar tak betul..Hahahah :-) , tapi kisah apa, hak saya nak menulis..So menulis lah saya dengan hati yang gundah gulana :-( huhuhu

 

Ubah sehingga 30 % dari artikel asal
Logik dan ini pun telah saya buat.Terima kasih pada Suhail .Betul ia memang disarankan oleh ramai blogger berkenaan hal ni. Cuma,susah jugak la bagi yang tak mahir BI. Nak ubah artikel dan nak pastikan ia tak broken dari segi grammar dan ejaan bukan agak mudah..Masih memerlukan pengorbanan masa.Yup..teruskan bagi yang gigih berusaha cuma apa akan jadi kalau anda nak kaya dengan adsense. Nak buat blog banyak-banyak tapi tak tahu BI..Hehehe..susah-susah..

 

Sumber Offline
Yang ini menarik juga. Ambil je dari buku-buku atau majalah-majalah. Saya suka teknik ni. Bagus dan memang fresh..Tapi tetap ambil masa yang agak lama sikit. Tapi tak mengapa,sambil taip sambil baca. Dapat juga ilmu tambahan kan? saya suka cara yang suhail cadangkan ni. Oppss..mesti ubah juga artikel tu sikit-sikit tau..Okay la, katakan saya ni siang belajar, malam pula ambil kerja luar asa a part time. Jadi balik lewat-lewat malam.Tak sempat juga la nak update blog-blog saya yang banyak. Tak cukup masa bukan?

 

Bina Blog Video/ Vlog
Haaa…ini jawapannya untuk bagi golongan yang saya nyatakan di atas. Memang berbaloi dengan masa. Tapi..jeng..jeng..jeng..Google adsense tak dapat baca video tau. So macammana nak bagi keluar adsense kat blog.. Ada caranya seperti optimasi meta tag dan letakkan sedikit ayat-ayat dalam bahasa omputih..Mudah bukan?

 

PLR ( Private Label Right )
Haaa..yang ni pun best jugak..dapatkan je free PLR ni kat internet. Tapi pastikan anda perlu mengubah isi kandungannya juga.

 

Translator
Yang ni saudara vangardx yang nyatakan. Nampak macam menarik walhal …….memang menarik..kuikuikui..( mesti korang ingat saya nak perlekehkan ek? )terkena..terkena…
Opss.taknak buat lawak bodoh lagi. Saya faham tentang cara ni. Cuma ada sedikit masalah yang perlu kita ketahui. Setakat ni saya belum jumpa software atau laman yang membantu terjemahan artikel Bahasa Melayu ke Bahasa Omputih..Anda pernah jumpa? kalau pernah jumpa, baik kasitau kat saya :-)
Yang saya jumpa la, biasanya dari omputih ke bahasa Melayu. Ermm, tak best le.Kita nakkan artikel dalam BI jugak kan.

 

Gunakan Software
Yang ni Kodin ngan suhail ada tambah, cuma seperti yang termaklum dan termaktub. Ia bukanlah PERCUMA..Anda perlu beli..Tapi saya ada juga salah satu software content generator cuma tunggang terbalik la ayat dia.Okay, yang ni saya taknak komen. kalau ada yang nak bagi percuma, apa salahnya kan? hehehe..thanks kodin

Kesimpulannya, jawapan atas adalah tujuan utama saya. Saya takde isi sebenarnya nak menulis semalam. Untuk menutup kelemahan tersebut, saya gunakan cara penulisan Dr Irfan Khairi di blog tips satu minit beliau. Gaya beliau yang saya perasan iaitu menulis sedikit perkongsian ilmu kemudian meninggalkan persoalan di akhirnya supaya ramai yang boleh menyertai penulisan beliau. Jelas bukan? jawapannya ada pada keseluruhan artikel ini dan artikel “Duplicate Content Jadi Fresh Content “.

Walaubagaimanapun, saya tinggalkan di sini satu cara yang boleh difikirkan bersama. Ya, cara ini dalam masa sepuluh saat sahaja, ini hanya untuk artikel dan content dalam Bahasa Omputih ye..Bagaimana?

  1. anda pergi ke laman atau blog yang ingin anda pinjamkan artikelnya.( lebih baik ambil saja dari PLR article
  2. copy keseluruhan artikel tersebut jika pendek/ copy sebahagian dulu jika panjang
  3. pergi ke Google Translator
  4. Paste kan artikel tersebut
  5. Tukarkan terjemahan artikel tersebut dari English ke Jerman,atau French atau ikut suka anda la.
  6. selepas anda terjemahkan artikel tersebut ke bahasa yang anda suka ( saya sarankan bahasa jerman ), copy artikel terjemahan dalam bahasa tersebut
  7. Pastekan semula artikel bahasa jerman tu dalam Google Translator
  8. Tukar kan artikel yang dah jadi bahasa jerman ke bahasa omputih balik.

Siap….hehehe, cuba anda tengok artikel tersebut. Content utama masih ada cuma banyak juga ayat-ayatnya yang dah berubah.Satu lagi, pastikan ada link ke pemilik sebenar artikel tesebut ya. Bukan apa, nak pastikan kerja yang dibuat masih halal dan bukannya menipu. Inilah tips yang saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Kalau tak menjadi tu, ntah la. Saya buat dan ia berhasil.Ingat, ini hanya untuk adsense anda dan jika didapati ia plagiat oleh pemiliki laman tersebut, anda buang je artikel tersebut..Mudah bukan? Oh ya, takde pemenang ek, sebab tak betul..hehehe..kalau separuh je, tak diterima ye..hehehe..

 

ps: ini sedikit iklan percuma, saya tak ada apa-apa kaitan dengan pemilik laman ni ( cikgu azleen sedang mengajar poco-poco..hehehe) cuma saya rasa kelas english beliau ada faedah untuk sesiapa yang ingin belajar bahasa omputih.Klik saja banner di bawah

 

kelas english

Duplicate Content Jadi Fresh Content

August 12, 2007 • naem • blog reactions

Bertemu kembali, sebentar tadi saya ada singgah sekejap di blog Alang ( blog webmaster Malaysia ). Seronok juga singgah di sana. kebetulan isu yang yang dibincangkan agak hangat dek kontroversi yang di timbulkan en Lalang.

 

Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 12 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.

 

Ermm, bukan nak bincang pasal en lalang ye..Cuma tips untuk rakan-rakan untuk mendapat kunjungan ramai orang, jangan segan-segan untuk memberikan pandangan anda di blog-blog yang terkenal dan ramai orang. Buat masa ni saya menghadapi sedikit masalah untuk berkunjung ke blog-blog terkenal omputih. Tambahan kalau blog tu berkenaan blog yang mengajar buat duit..Hehehe :-) dah la BI kemut, nak bincang pasal buat duit pula, so saya matikan niat nak komen kat blog-blog omputih tu..

 

content generatorCuma, nasihat saya untuk diri sendiri dan buat rakan-rakan ialah berkunjunglah ke blog-blog terkenal omputih yang kena dengan topik blog anda. Pastikan topik blog anda bukan topik mengajar orang buat duit..hehehe ..kenapa? saya rasa rakan-rakan masing ada jawapannya. Apa kata kongsikan di adalam ruangan komen di bawah.

 

Satu masalah lagi yang saya rasa kita semua sedang hadapi hari ini. Terutama yang agak kurang arif berkenaan BI ( bahasa inggeris ). Nak tulis artikel dan post dalam BI agak susah berbanding dalam bahasa ibunda. Dan inilah halnya kenapa ramai dari kalangan kita menggunakan teknik “copy & paste” artikel dari laman blog , atau laman ” free article “.

Sungguhpun kita meninggalkan kredit ( memberikan penghargaan kepada penulis asal ) untuk artikel yang digunakan itu, Google tetap menganggap ia artikel yang tidak lagi unik dan fresh. Ini menyebabkan kandungan blog kita tidak mendapat tempat di hati pakcik Google. huhuhu :-(

 

susah bukan? Walhal dengan artikel yang unik ( fresh content ), kebarangkalian anda terhindar jauh dari “smart pricing” oleh Google Adsense adalah tinggi. Tahu ke tentang smart pricing? erm, bila ada kelapangan nanti, saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang “smart pricing” Google Adsense.

 

Oh ya, untuk masalah ini saya ada penyelesaiannya dan saya gunakan untuk kemudahan saya.. :-)

 

nak tahu? ishh..tak kena bayar pun sebab maklumat ni pun saya dapat percuma. Jadi saya nak kongsikan disini.

 

Erm..cuba anda teka dahulu? apakah teknik yang saya ingin gunakan. Oh ya, saya tak gunakan software Content Generator tau..Bagi yang berjaya meneka dengan baik, anda akan mendapat 10 mata komen percuma..cepat!!!!! takkan taknak RM50 percuma dengan kadar segera.. :-)

Update- Komen BerBayar

August 11, 2007 • naem • blog reactions

Salam kepada semua.

 

Hurmm..agak letih sedikit 2 3 hari ni, kebetulan malam ni saya dikehendaki menyampaikan ceramah berkenaan Isra’ Mikraj di surau kolej kediaman universiti. Huhu :-( pengisian agak kurang tapi memandangkan sudah dijemput, jadi mahu tak mahu saya mesti penuhi jemputan. Dalam masa yang sama juga saya turut di jemput untuk menjadi moderator forum siswa pada malam ni. Tapi memandangkan jemputan yang kedua ni macam bidan terjun je, so saya tolak..

 

Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 11 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.

 

Baiklah, pertamanya saya memohon maaf kepada rakan-rakan semua kerana tidak dapat menulis untuk artikel semalam. Bukan tak nak tulis tapi semalaman saya sedang belajar membina laman web alumni untuk kolej matrikulasi saya. Pandai tu memang tak pandai tapi memandangkan tak ada sesiapa pun yang nak wujudkan, so saya ambillah peluang ini. ( prospek sangat luas..hehehe ). So far, masih banyak yang belum saya siapkan. Maklumlah “try & error”. Jadi banyak lagi yang perlu saya perhalusi.

 

ps: terima kasih pada en suhaimy ( shuth ), pemilik sempoihosting kerana sudi berurusan dengan saya. Support dari sempoihosting amat memuaskan hati saya. Kebetulan semalam saya cuma ingin membeli saiz hosting 51Mb sahaja, bayaran termasuk domain adalah RM75.80. Waktu nak transfer kan duit kat mesin atm, saya transferkan RM76. Mudah nak kira je. Apa yang mengejutkan saya ialah en suhaimy memberikan saiz hosting sebanyak 55Mb. Beliau cakap ia bonus. Hehehe..terima kasih banyak-banyak.

 

pps: ini pula penghargaan untuk en sham( rajaadsense ). Terima kasih kepada beliau kerana sudi memberikan saya script myspace clone ( saya sedang mempelajari untuk membuat laman web ala-ala myspace..) hehehe :-) masih dalam perancangan..Banyak sungguh yang dirancang,tak dapat rehat lah saya kali ni..komen

 

Berbalik kepada topik utama yang ingin saya nyatakan pada hari ni ialah berkenaan Komen RM50 Merdeka dan Komen BerBayar. Selama 10 hari tempoh pelancaran, Alhamdulillah bilangan komen telah mencapai sekitar 260 komen. Nampaknya respon yang diberikan menggalakkan. Sungguhpun sasaran sebenar saya masih belum tercapai, tapi saya agak berpuas hati.

 

Antara kejayaan sebuah blog ( apa yang saya tahu le ) ialah mampu berinteraksi dengan pembacanya ( pengunjung ). Melalui ruangan komen, interaksi wujud. Selama saya berblog dari awal tahun, Diari Adsense.com adalah antara kejayaan saya kerana dapat menarik jumlah bilangan komen yang memberansangkan. Syukur pada tuhan. Segalanya mampu kita lakukan jika kita berfikir dengan bijaksana dan usahanya pula mestilah bersungguh-sungguh.
Bak kata pepatah arab ” Man Zara’a Hasada” atau ” Man Jadda Wajada “..Faham tak? hehehe..nanti tanya saya kat rungan komen ye.. :-)

 

Sebelum ni, saya telah tuliskan antara ganjaran yang akan saya berikan ialah setiap komen akan dibayar RM0.05 . Bagi Kempen Komen RM50 Merdeka pula, hanya layak kepada sesiapa yang mencapai 100 komen yang pertama ( 100 mata ).

 

Namun, saya ingin membuat sedikit perubahan memandangkan timbul kesukaran yang merumitkan saya. Usah risau, tak menjejaskan sesiapa pun.Ada 2 perubahan yang terpaksa saya lakukan iaitu perubahan yang menggembirakan dan perubahan yang tak menggembirakan.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan bagaimana kiraan dibuat:

  • komen anda akan dikira berbayar sekiranya ia adalah komen yang diletakkan bermula pada post 1 Ogos 2007 iaitu Mana satu teknik marketing yang berguna?
  • Top Commentors akan menunjukkan bilangan komen terkini mengikut bulan semasa

Masalahnya ialah :

  • Terdapat komen-komen yang terkini didalam bulan ini tetapi ia dipostkan dibahagian post sebelum 1 Ogos 2007
  • Komen-komen tersebut bertarikh bulan ogos tapi dihantar pada artikel sebelum 1 Ogos 2007 ( aik macam sama je ngan point di atas )
  • Kiraan saya menurut post tidak sama dengan jumlah yang muncul pada “top Commentors”
  • Ada komen yang dibuat tak menepati citarasa saya , namun saya tak delete kan kerana saya menghargai usaha rakan-rakan

Jadi selesaiannya ialah dengan membuat sedikit perubahan. Oh ya, nak mulakan dengan perubahan yang mana dahulu? yang best ke yang tak best? ermm..saya mulakan dengan yang tak best dulu lah ye..

 

Yang tak best :

  • Komen-komen akan diklasifikasikan sebagai komen berbayar sekiranya berada di “Top Ten Commentors”..Lihat di sebelah kanan sidebar
  • Jadi saya akan bayar komen anda sekiranya di akhir bulan ini, bilangan komen rakan-rakan termasuk di antara 10 orang pengkomen “tegar”..hehehe
  • Bagi yang tak tersenarai, cepat-cepat lah tinggalkan komen lagi..Mana tahu anda ada peluang untuk turut tersenarai sebagai 10 tukang komen yang paling aktif

Yang Bestnya pula :

  • Saya bercadang untuk turut memberi ganjaran kepada 5 orang tukang komen teratas.
  • Menurut polisi saya dahulu, anda hanya akan dibayar sekiranya komen mencapai 200 mata ( RM10).
  • Namun, ia agak lambat dan rakan-rakan mungkin jemu.
  • Oleh itu, saya akan beri kelebihan kepada 5 orang top komentar ( tak temasuk tukang komen RM50 Merdeka ) untuk menerima sejumlah wang RM10 .

Kesimpulannya , hadiah akan diberikan kepada :

  • RM50 kepada tukang komen yang paling aktif dan jumlah matanya mencapai 100 mata yang pertama.
  • RM10 kepada 5 orang tukang komen berikutnya yang tersenarai ( jumlah 5 tukang komen komen terbanyak tak termasuk 20 mata bonus)
  • RM0.05 bagi setiap komen yang berada di top komentar ( 4 0rang seterusnya )

Faham tak? kalau masih “blur”, saya akan tolong jawap disini. Oh ya, sebelum saya berhenti menulis untuk post hari ni, boleh tak kita bincangkan apakah lagi tekink terbaik untuk mendapatkan komen terbanyak? Mana tahu masing-masing diantara kita yang memliki bloh boleh mengaplikasikannya di blog masing-masing. Hadiah??? Ohohohoho..hadiah untuk kali ni tak ada. Bukan tak nak bagi, tapi tak boleh selalu. Namun bagi cadangan teknik yang terbaik,akan saya hubungi untuk menerima hadiah tersebut. Lekas berkongsi di sini sebelum post saya muncul esok hari

 

ps: lihat pada bar Komen berbayar untuk melihat jumlah mata tukang komen