Mana Satu Teknik Marketing Yang Berkesan?

August 1, 2007 • naem • blog reactions

Salam kepada semua pembaca diari Adsense.com yang budiman.

 

Kempen Komen RM 50 Merdeka kini mula dilancarkan dan ini adalah hari pertama pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.

 

Di dalam adsense, tiada guna jika laman kita tiada pengunjung. Secara mudahnya untuk berjaya di dalam adsense, kita perlukan traffik yang tinggi iaitu jumlah bilangan pelawat yang berkunjung ke laman kita yang ramai. Inilah rahsia kejayaan seseorang penggemar adsense. Tanpa pengunjung, traffik laman anda kurang. Dengan traffik yang kurang, jumlah kilk pada iklan adsense di laman kita pun kurang. Maka kekurangan itu lah yang menyebabkan ramai yang mendapat hasil yang sedikit di dalam adsense.

 

Persoalannya bagaimanakah untuk mendapatkan traffik yang tinggi ke laman kita semua???? Terlebih dahulu anda perlu tumpukan topik atau niche yang menjadi tumpuan ramai. Anda tahu apa itu niche? rasanya boleh rujuk dari blog saudara Suhaimy disini. Beliau ada membincangkan serba sedikit tentang niche. Selain itu, sebagai tambahan untuk anda semua memahami niche dengan lebih baik, saya cadangkan anda segera ke post memilih niche laman abg zul smartusaha Kenapa perlu pilih dan tumpukan pada topik yang menjadi tumpuan ramai orang dan bukannya topik yang mempunyai iklan mahal? Jawapannya ialah topik sebegini mempunyai pengunjung yang berpotensi dan pengunjung beulang-ulang. Contoh yang saya lalui ialah seperti topik blog ini. Adsense menjadi tumpuan ramai dan Malaysia adalah negara yang paling banyak carian berkenaan adsense.cara mendapatkan traffik

 

Berbalik semula kepada persoalan bagaimana mendapatkan traffik, sebenarnya banyak caranya. Teknik-teknik ini pun dah banyak kali diulas di pelbagai blog-blog dan laman berkenaannya. Antaranya blog ini blog saifulsham dengan teknik yang licik dan sangat menarik untuk diketahui…

 

 

Nampaknya tak perlulah saya ulangi ulasan -ulasan berkenaan teknik-teknik ini. Cuma, yang penting sekarang bagaimana kita menggunakan teknik-teknik tersebut?
Sepertimana yang kita tahu, teknik-teknik pemasaran di internet ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

  • Pemasaran Online
  • Pemasaran Ofline

Seperti ulasan di laman -laman yang lain, antara teknik-teknik online yang diketahui :

  • Submit blog anda ke blog directory
  • bertukar-tukar link dengan laman atau blog lain
  • letakkan signature url address di emel
  • Terlibat secara aktif di Forum
  • Submit blog ke enjin carian seperti Yahoo, Google, MSN
  • Gunakan Iklan Berbayar seperti. Anda iklankan laman anda di mana-mana blog/website/ forum yang dikunjungi ramai orang. Ataupun anda boleh menggunakan teknik PPC ( Pay Per Click ). Buat masa ini saya belum lagi mencuba mana-mana teknik iklan berbayar kecuali iklan Kempen Komen RM 50 Merdeka. InsyaAllah saya akan mulakan kempen iklan berbayar dalam sedikit masa lagi
  • Iklankan blog anda dilaman -laman pengiklanan percuma. Namun secara jujurnya saya kurang bersetuju dengan teknik ini. Anda tahu kenapa?
  • Menulis artikel dan hantarkan ke laman artikel directory. Kebiasaannya artikel mestilah dalam BI dan buat masa ini saya mengupah rakan-rakan seuniversiti saya untuk menulis didalam BI
  • Press Release? yang ini belum lagi saya cuba. Anda bagaimana? Google News adalah tempat yang menarik untuk dicuba
  • Bina komuniti di laman-laman social networking seperti Myspace, Friendster dan Facebook
  • Submit post blog anda di laman social bookmarking site seperti Digg, del icio us. ( gunakan komuniti anda diatas untuk membantu teknik bookmarking ini )
  • Gunakan Video marketing
  • Jangan lupa untuk menggunakan image pada laman anda. Google turut crawl image dan peluang laman anda di index serta berada pada posisi yang lebih baik enjin carian turut tinggi.
  • Teknik Tag & Ping
  • Turut serta dalam aktiviti komen di laman blog orang lain
  • berikan sesuatu yang percuma pada orang lain. Contoh seperti ebook, free report dan itu je yang saya tahu

Ini sahaja teknik yang saya tahu dan hampir kesemuanya telah saya gunakan untuk menarik traffik. Adakalanya ia berjaya adakalanya tidak. Ia bergantung kepada kesungguhan masing-masing.Jangan menyerah kalah kalau belum berjaya ( hehehe..pesanan untuk diri sendiri ).Untuk yang baru mulakan kehidupan dengan dunia adsense, itulah teknik-teknik pemasaran online yang biasa digunakan.

 

ps: sebenarnya disebalik teknik-teknik online tersebut, masih ramai yang menyembunyikan teknik sebenar mereka. Nak tahu lebih lanjut? ada caranya iaitu berbaik-baik dengan mereka. Takpun pengalaman akan mengajar kita sendiri bagaimana untuk berjaya bagi setiap teknik di atas. Ada contoh menarik yang saya gunakan. Anda ingin tahu? saya cuma gunakan Yahoo Answer, Mylot dan Salah satu blog adsense saya untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Oppss..anda tahu tentang Mylot? Mylot adalah laman web yang menyediakan ruang untuk anda berinteraksi dengan pengguna-pengguna internet lain dari seluruh pelusuk dunia dan anda dibayar untuk menyertai interaksi tersebut. Dengan berinteraksi, saya dibayar dan dalam masa yang sama saya tinggalkan link blog saya. 2 dalam 1. Tapi, tentulah bermasalah untuk berbual dan berinteraksi dalam BI. Saya tahu caranya. Cuba anda teka..

 

Untuk teknik pemasaran offline pula, antara cara-caranya ialah :

  • Surat khabar ( belum cuba )
  • Poster ( cuba perhatikan suasana pelajar-pelajar universiti,saban tahun bebudak universiti ini suka melaksanakan pelbagai aktiviti. Apa kata anda memberikan sedikit tajaan dan memohon supaya laman web anda turut dipromosikan.. :-) )
  • Peraduan ( ini pun belum cuba )
  • Seminar-seminar ( bagi yang pakar..yang belum pakar, edarkan kad bisnes anda pada rakan- rakan yang datang )
  • Iklan TV ( mahal sangat )
  • Papan Tanda ( saya pasti bukan mudah dan ia ber kos tinggi )
  • Dari pintu ke pintu ( macam buat MLM pula )
  • Iklan Radio ( sama macam iklan TV )
  • Banner atau kain rentang ( teknik boleh diaplikasikan seperti poster di atas )
  • T-shirt ( berkos tinggi )
  • Poskad
  • dan banyak lagi

cara mendapatkan traffik

 

Erm..teknik pemasaran offline ni agak berkos tinggi.Pada saya ia sesuai digunakan untuk perniagaan dan bukannya seperti program adsense ini. Jangan berkecil hati ye. Ya matlamat saya dan anda ialah untuk menjadi usahawan internet. Jadi janganlah meletakkan adsense adalah segala-galanya. Satu hari nanti kita semua mesti mempunyai produk sendiri untuk dijual. Adsense adalah salah satu program cari duit internet yang cuma sebagai latihan bagi kita semua sebelum melangkah jauh dalam dunia usahawan internet. InsyaAllah saatnya pasti datang :-)

Tags: , , ,

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>