Siapakah Mereka???

August 9, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua yang boleh menjawab salam..( salam sejahtera pun salam juga kan? )

 

Hari ni nak santai-santai saja. Mula-mula nak buat posting yang panjang tapi rasanya agak malas sedikit. So sesantai yang boleh, saya publish kan artikel ini.Orang kata,”harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan arwah pada nama”..hehehehe

 

Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 9 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.

 

Opss..bukan nak tulis tentang mati, tapi apa yang nak ditulis hari ini ialah berkenaan orang yang mesti kenal supaya anda tahu dan familiar dengan mereka.

 

Diari Adsense
Lawrence Edward “Larry” Page nama tertera di ic..( tak taula ic diorang macammana..so main teka aje ). Beliau diperanakkan ( baku sungguh ) pada 26 Mac 1973 ( dah 34 tahun..muda wooo) di lansing, Michigan. Beliau dan Sergey Brin merupakan salah seorang pengasas Google Inc.Dia ni merupakan orang ke 26 terkaya di dunia menurut Forbes ( Forbes ni kiranya company media kat Amerika la ). Sejarah kehidupan mamat ni malas la nak ceritakan cuma nak bagitahu mak dan bapak dia ni memang orang komputer la. Mesti waktu umur 2 tahun dah dok belek-belek hard disk, ram, pastu dok terhegeh-hegeh pi cari komputer murah..( opss..ni saya ler.. :-) )

 

Diari Adsense

 

Sergey Brin

 

Dia ni pun pengasas Google Inc. tapi orang Russia. Dilahirkan pada 21 Ogos 1973. Dia ni tak dilahirkan di Amerika sebab dia lahir kat Moscow, Russia. Dia ni pun sama macam Larry page sebab ranking dia adalah orang ke 26 terkaya di dunia dan dalam masa yang sama adalah orang ke 9 terkaya di US. Muda-muda lagi dan billionaire.

 

Diari Adsense

 

Dia ni siapa pula?

 

Namanya David Filo. Dia ni adalah pengasas kepada Yahoo. Macam Google, David Filo ni ada partnernya juga dalam mengasaskan Yahoo.

 

Biodata beliau sepenuhnya boleh surf kat internet. Rasa sangat malas hari ni. Nak menulis banyak tapi rasa jemu pula..

 

Okay la, rasa itu sahaja kot..Ermm..sebelum tu, saya nak buat satu peraduan. Mudah sahaja. Cuba rakan-rakan senaraikan orang-orang yang patut dikenali didalam internet ni. Tak kisah la orang Malaysia ataupun luar negara. Asalkan dia tu famous dan terkenal. Jangan lupa letakkan sekali siapakah dia..saja-saja nak tahu..

 

Diari Adsense

 

Oh ya..Bagaimana hadiahnya? ya..setiap penyertaan akan menerima hadiah misteri dari saya.Tapi apa hadiahnya? alaaa..tulis la dulu..nanti saya bagi..

Tags: , , ,

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>