Update- Komen BerBayar
August 11, 2007 • naem • blog reactionsSalam kepada semua.
Hurmm..agak letih sedikit 2 3 hari ni, kebetulan malam ni saya dikehendaki menyampaikan ceramah berkenaan Isra’ Mikraj di surau kolej kediaman universiti. Huhu
pengisian agak kurang tapi memandangkan sudah dijemput, jadi mahu tak mahu saya mesti penuhi jemputan. Dalam masa yang sama juga saya turut di jemput untuk menjadi moderator forum siswa pada malam ni. Tapi memandangkan jemputan yang kedua ni macam bidan terjun je, so saya tolak..
Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 11 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.
Baiklah, pertamanya saya memohon maaf kepada rakan-rakan semua kerana tidak dapat menulis untuk artikel semalam. Bukan tak nak tulis tapi semalaman saya sedang belajar membina laman web alumni untuk kolej matrikulasi saya. Pandai tu memang tak pandai tapi memandangkan tak ada sesiapa pun yang nak wujudkan, so saya ambillah peluang ini. ( prospek sangat luas..hehehe ). So far, masih banyak yang belum saya siapkan. Maklumlah “try & error”. Jadi banyak lagi yang perlu saya perhalusi.
ps: terima kasih pada en suhaimy ( shuth ), pemilik sempoihosting kerana sudi berurusan dengan saya. Support dari sempoihosting amat memuaskan hati saya. Kebetulan semalam saya cuma ingin membeli saiz hosting 51Mb sahaja, bayaran termasuk domain adalah RM75.80. Waktu nak transfer kan duit kat mesin atm, saya transferkan RM76. Mudah nak kira je. Apa yang mengejutkan saya ialah en suhaimy memberikan saiz hosting sebanyak 55Mb. Beliau cakap ia bonus. Hehehe..terima kasih banyak-banyak.
pps: ini pula penghargaan untuk en sham( rajaadsense ). Terima kasih kepada beliau kerana sudi memberikan saya script myspace clone ( saya sedang mempelajari untuk membuat laman web ala-ala myspace..) hehehe
masih dalam perancangan..Banyak sungguh yang dirancang,tak dapat rehat lah saya kali ni..
Berbalik kepada topik utama yang ingin saya nyatakan pada hari ni ialah berkenaan Komen RM50 Merdeka dan Komen BerBayar. Selama 10 hari tempoh pelancaran, Alhamdulillah bilangan komen telah mencapai sekitar 260 komen. Nampaknya respon yang diberikan menggalakkan. Sungguhpun sasaran sebenar saya masih belum tercapai, tapi saya agak berpuas hati.
Antara kejayaan sebuah blog ( apa yang saya tahu le ) ialah mampu berinteraksi dengan pembacanya ( pengunjung ). Melalui ruangan komen, interaksi wujud. Selama saya berblog dari awal tahun, Diari Adsense.com adalah antara kejayaan saya kerana dapat menarik jumlah bilangan komen yang memberansangkan. Syukur pada tuhan. Segalanya mampu kita lakukan jika kita berfikir dengan bijaksana dan usahanya pula mestilah bersungguh-sungguh.
Bak kata pepatah arab ” Man Zara’a Hasada” atau ” Man Jadda Wajada “..Faham tak? hehehe..nanti tanya saya kat rungan komen ye.. ![]()
Sebelum ni, saya telah tuliskan antara ganjaran yang akan saya berikan ialah setiap komen akan dibayar RM0.05 . Bagi Kempen Komen RM50 Merdeka pula, hanya layak kepada sesiapa yang mencapai 100 komen yang pertama ( 100 mata ).
Namun, saya ingin membuat sedikit perubahan memandangkan timbul kesukaran yang merumitkan saya. Usah risau, tak menjejaskan sesiapa pun.Ada 2 perubahan yang terpaksa saya lakukan iaitu perubahan yang menggembirakan dan perubahan yang tak menggembirakan.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan bagaimana kiraan dibuat:
- komen anda akan dikira berbayar sekiranya ia adalah komen yang diletakkan bermula pada post 1 Ogos 2007 iaitu Mana satu teknik marketing yang berguna?
- Top Commentors akan menunjukkan bilangan komen terkini mengikut bulan semasa
Masalahnya ialah :
- Terdapat komen-komen yang terkini didalam bulan ini tetapi ia dipostkan dibahagian post sebelum 1 Ogos 2007
- Komen-komen tersebut bertarikh bulan ogos tapi dihantar pada artikel sebelum 1 Ogos 2007 ( aik macam sama je ngan point di atas )
- Kiraan saya menurut post tidak sama dengan jumlah yang muncul pada “top Commentors”
- Ada komen yang dibuat tak menepati citarasa saya , namun saya tak delete kan kerana saya menghargai usaha rakan-rakan
Jadi selesaiannya ialah dengan membuat sedikit perubahan. Oh ya, nak mulakan dengan perubahan yang mana dahulu? yang best ke yang tak best? ermm..saya mulakan dengan yang tak best dulu lah ye..
Yang tak best :
- Komen-komen akan diklasifikasikan sebagai komen berbayar sekiranya berada di “Top Ten Commentors”..Lihat di sebelah kanan sidebar
- Jadi saya akan bayar komen anda sekiranya di akhir bulan ini, bilangan komen rakan-rakan termasuk di antara 10 orang pengkomen “tegar”..hehehe
- Bagi yang tak tersenarai, cepat-cepat lah tinggalkan komen lagi..Mana tahu anda ada peluang untuk turut tersenarai sebagai 10 tukang komen yang paling aktif
Yang Bestnya pula :
- Saya bercadang untuk turut memberi ganjaran kepada 5 orang tukang komen teratas.
- Menurut polisi saya dahulu, anda hanya akan dibayar sekiranya komen mencapai 200 mata ( RM10).
- Namun, ia agak lambat dan rakan-rakan mungkin jemu.
- Oleh itu, saya akan beri kelebihan kepada 5 orang top komentar ( tak temasuk tukang komen RM50 Merdeka ) untuk menerima sejumlah wang RM10 .
Kesimpulannya , hadiah akan diberikan kepada :
- RM50 kepada tukang komen yang paling aktif dan jumlah matanya mencapai 100 mata yang pertama.
- RM10 kepada 5 orang tukang komen berikutnya yang tersenarai ( jumlah 5 tukang komen komen terbanyak tak termasuk 20 mata bonus)
- RM0.05 bagi setiap komen yang berada di top komentar ( 4 0rang seterusnya )
Faham tak? kalau masih “blur”, saya akan tolong jawap disini. Oh ya, sebelum saya berhenti menulis untuk post hari ni, boleh tak kita bincangkan apakah lagi tekink terbaik untuk mendapatkan komen terbanyak? Mana tahu masing-masing diantara kita yang memliki bloh boleh mengaplikasikannya di blog masing-masing. Hadiah??? Ohohohoho..hadiah untuk kali ni tak ada. Bukan tak nak bagi, tapi tak boleh selalu. Namun bagi cadangan teknik yang terbaik,akan saya hubungi untuk menerima hadiah tersebut. Lekas berkongsi di sini sebelum post saya muncul esok hari
ps: lihat pada bar Komen berbayar untuk melihat jumlah mata tukang komen











