Duplicate Content Jadi Fresh Content
August 12, 2007 • naem • blog reactionsBertemu kembali, sebentar tadi saya ada singgah sekejap di blog Alang ( blog webmaster Malaysia ). Seronok juga singgah di sana. kebetulan isu yang yang dibincangkan agak hangat dek kontroversi yang di timbulkan en Lalang.
Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 12 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.
Ermm, bukan nak bincang pasal en lalang ye..Cuma tips untuk rakan-rakan untuk mendapat kunjungan ramai orang, jangan segan-segan untuk memberikan pandangan anda di blog-blog yang terkenal dan ramai orang. Buat masa ni saya menghadapi sedikit masalah untuk berkunjung ke blog-blog terkenal omputih. Tambahan kalau blog tu berkenaan blog yang mengajar buat duit..Hehehe
dah la BI kemut, nak bincang pasal buat duit pula, so saya matikan niat nak komen kat blog-blog omputih tu..
Cuma, nasihat saya untuk diri sendiri dan buat rakan-rakan ialah berkunjunglah ke blog-blog terkenal omputih yang kena dengan topik blog anda. Pastikan topik blog anda bukan topik mengajar orang buat duit..hehehe ..kenapa? saya rasa rakan-rakan masing ada jawapannya. Apa kata kongsikan di adalam ruangan komen di bawah.
Satu masalah lagi yang saya rasa kita semua sedang hadapi hari ini. Terutama yang agak kurang arif berkenaan BI ( bahasa inggeris ). Nak tulis artikel dan post dalam BI agak susah berbanding dalam bahasa ibunda. Dan inilah halnya kenapa ramai dari kalangan kita menggunakan teknik “copy & paste” artikel dari laman blog , atau laman ” free article “.
Sungguhpun kita meninggalkan kredit ( memberikan penghargaan kepada penulis asal ) untuk artikel yang digunakan itu, Google tetap menganggap ia artikel yang tidak lagi unik dan fresh. Ini menyebabkan kandungan blog kita tidak mendapat tempat di hati pakcik Google. huhuhu
susah bukan? Walhal dengan artikel yang unik ( fresh content ), kebarangkalian anda terhindar jauh dari “smart pricing” oleh Google Adsense adalah tinggi. Tahu ke tentang smart pricing? erm, bila ada kelapangan nanti, saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang “smart pricing” Google Adsense.
Oh ya, untuk masalah ini saya ada penyelesaiannya dan saya gunakan untuk kemudahan saya.. ![]()
nak tahu? ishh..tak kena bayar pun sebab maklumat ni pun saya dapat percuma. Jadi saya nak kongsikan disini.
Erm..cuba anda teka dahulu? apakah teknik yang saya ingin gunakan. Oh ya, saya tak gunakan software Content Generator tau..Bagi yang berjaya meneka dengan baik, anda akan mendapat 10 mata komen percuma..cepat!!!!! takkan taknak RM50 percuma dengan kadar segera.. ![]()











