Optimasi Tag di Technorati
November 24, 2007 • naem • blog reactionsSalam buat semua,
Pertamanya, pernah tak rakan-rakan mendengar tentang Technorati? Agak “familiar” bukan? Hohoho..kalau tak kenal tu, tak mengapa. Saya cuba ringkaskan penerangan di sini. Saya cuba mudahkan.
Technorati ni macam sebuah direktori bagi blog. Technorati mengindeks semua blog yang didaftarkan di bawahnya. asas kepada technorati ialah “sistem tag”. Tahu tak tentang tag ni ? Tak tahu? Ok, jangan malu untuk rujuk post terdahulu saya di sini “Tag & Ping Dalam Blogging“. Technorati ni boleh la diklasifikasikan sebagai web yang dikenali sebagai “Authoriti Site”. PageRank bagi laman ni sekitar PR8 -PR 9. Sangat baik dan enjin carian seperti Google selalu merayap di laman seperti ini.
Baiklah, boleh faham tak? Saya cuma ringkaskan kepada ayat pemahaman saya je. Apapun jika rakan-rakan nak tahu lebih tentang technorati ni, saya sarankan cuba bacala merayap dalam internet dengan Google.
Untuk tulisan pada kali ini, saya masih lagi menulis dan menumpukan kepada hal berkaitan tag dan ping. Sebelum tu, saya peringatkan kepada semua yang membaca, saya lebih tumpukan masalah teknikal ini lebih kepada penggunaan blogger.com. Sebelum ini saya telah menulis tentang “Tag & Ping Dalam Blogging” & “Nak Google Crawl Cepat Blog?“…… Cuma pada kali ini, saya terpandang sesuatu yang boleh dikongsi bersama. Yup, saya rasa mungkin sebahagiannya sudah agak “familiar” dengan perkara ini, tetapi sebahagiannya bukan. Oh ya, berbalik kepada isu tag tersebut, sebenarnya apa yang kita jangkakan tak semestinya berlaku seperti yang kita harapkan.
Contohnya begini, saya telah menulis satu post di blogspot. Saya turut lakukan tag post saya tersebut dengan katakunci “diariadsense”. Selepas itu malangnya, apabila saya cuba memeriksa di technorati, tag tersebut tidak diindeks oleh technorati. Mustahil la pula rasanya. Tag dah betul, apa lagi yang salahnya?
Berdasarkan bacaan saya dari sistem “tag & ping” tulisan Sean Wu dan free report dari Edwin ” Social BookmarkingDemon” serta pengalaman saya sendiri ( sejemput je berbanding pembaca sekalian ), ada beberapa masalah yang berlaku. Berikut adalah masalah serta penyelesaian yang difikirkan membantu :
Masukkan tag di dalam post anda ( Tujuan untuk RSS ). Tag tersebut mesti disertakan dalam post blog tersebut. Bukan tag pada template je. Tahu kenapa? Sebabnya tag di template bukannya kandungan dalam RSS anda.
Publish Full Text di RSS. Pergi ke bahagian setting blogger anda. Cari bahagian Site Feed dan pastikan feed di “publish” sepenuhnya ( “Full” ). Sebabnya jika kita tak set up kan begitu, sebahagian text didalam post tersebut tidak akan diindeks didalam RSS. Ramai dari kita biasanya meletakkan tag di penghujung post. So, tag tersebut tidak diindeks di dalam RSS.
Kegagalan untuk Ping: Kalau dah tag betul, Feed ( RSS ) pun dah setting ” full”. Tapi masih lagi bermasalah. Masalahnya berkaitan dengan “pingging system”. Biasanya ini tak bermasalah kepada wordpress.org. Walaubagaimanapun, cara yang lebih terjamin ialah kita tetap menggunakan ping o matic untuk melakukan pinging ( saya tak promote ping o matic ek )
Secara keseluruhannya, ada 2 perkara penting yang boleh saya rumuskan iaitu :
1. Pastikan kod tag anda betul di RSS feed atau blog post /Pastikan RSS feed blog anda dapat dicari oleh servis indeks laman web bookmarking ( gunakan “Autodiscovered
RSS/Atom”- rujuk kod dibawah )
2. Pinging blog tersebut contohnya di Technorati
Kegagalan bagi melakukan 2 perkara di atas akan menyebabkan blog kita tak diindeks oleh laman seperti Technorati. Saya belum pasti keberkesanan kod yang tertera di bawah. Berdasarkan saranan Sean Wu dan Edwin, mereka mencadangkan supaya diletakkan kod di bawah di antara <head> dan </head> khususnya untuk blogger.com
<link rel=”alternative” type=”application/atom+xml” title=”TITLE OF YOUR BLOG” href=”http://YOURBLOG.blogspot.com/atom.xml” />
Lain-lain tindakan ialah memastikan tidak ada “bad script” di dalam blog anda. Boleh gunakan laman ini http://onlinewebcheck.com/?google=online+html+checker untuk periksa script blog anda.
Tindakan terakhir jika masih tidak diindex ialah hubungi staff Technorati. Pengalaman saya membantu dengan cara menghubungi je, blog saya kembali mendapat index dari technorati. Oh ya, satu lagi perkara penting yang nak saya maklumkan. Selain technorati, kita juga boleh menggunakan perkhidmatan yang serupa di IceRocket.
Info tambahan :
- Tag generator - mudah nak buat tag - http://www.egmstrategy.com/ice/tag-generator.cfm
- Software untuk auto submission : Delicioso & Delicious Submit
ps: Saya sekarang berada di kampung. Internet Connection hanya menggunakan GPRS. Internet sangat lambat. Saya terpaksa memilih waktu-waktu yang lenggang untuk online. Jadi, sesuatu yang percuma dari saya tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga saya kembali ke KL. Harap maaf.


Okay la, setakat ni je la dulu. Saya nak buat sesuatu yang percuma untuk rakan-rakan semua. Sesuatu yang saya harapkan dapat membantu sesiapa sahaja mendapatkan atau meningkatkan hasil dari adsense. Sesuatu yang asas dan lebih ke arah langkah demi langkah dalam meningkatkan hasil adsense. Berikan saya masa 3 hari dari sekarang. InsyaAllah ( jika diizinkan tuhan ), saya akan sempurnakannya dan sebarkan kepada rakan-rakan semua.

