6 Modul google Adsense- Jana Wang Adsense

November 1, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua..

Syukur dah lepas 2 paper sehingga hari ini. Masih berbaki 3 paper untuk berjuang..hohoho..naik lebam mata. Mengantuk pun ada, malas pun ikut serta. Hari ni rehat sekejap. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk mengupdate tulisan saya ( harap-harap DiariAdsense.com akan semakin sibuk ).

Beberapa hari yang lepas timbul satu isu curi hakcipta ebook-ebook terkenal usahawan Malaysia oleh sebuah laman web. Pada mulanya saya macam tak kisah je, tapi saya tertarik dengan isu Exploitasi : Rajaads, Smartzul, Fai, Jebat, Bitol, Irwan” yang dibincangkan tersebut di Wangcyber tempoh hari. Apa yang menariknya saya pun turut serta untuk mengetahui lebih lanjut. Laman web tersebut ialah kuasawang.com dan ia turut hangat dibincangkan di forum carigold. Jangan kata marah-marah je, maki pun turut dihamburkan pada golongan-golongan tersebut. Tak kisah la nak kaya pun, tapi jangan la senang-senang nak mengeskploitasi karya yang bernilai dengan mengambil keuntungan sendiri. Saya turut ke laman web tersebut dan saya dapati banyak ebook-ebook tempatan yang Mahal dan berbaloi dijual pada harga RM40 sahaja.

Antara ebook tersebut ialah :

  1. Panduan Raja Adsense
  2. F2R
  3. Panduan Jana Wang Adsense
  4. Kesilapan internet
  5. Rahsia buat duit dengan sms
  6. Rahsia sales letter membunuh
  7. ebook seo gergasi
  8. Rahsia aku dan click bank
  9. Panduan paypal
  10. Belajar cpanel
  11. Panduan asas wordpress

Opps..saya bukan nak menulis pasal isu ini sebenarnya, tapi saya sebenarnya baru tersedar rupa-rupanya negara kita ada seorang lagi yang sudi berkongsi ilmu dari pengalaman adsensenya. Apabila saya perhatikan senarai ebook tersebut ( mata saya hanya pada adsense je..hehehe ), saya agak janggal dengan ebook Jana Wang Adsense dan 6 Modul Adsense. Saya tak pernah dengar pun. Jadi bermula pencarian saya menggunakan Google. Akhirnya saya telah menjumpai site Jana Wang Adsense yang dimiliki oleh saudara Ahmad Munawar. Saya ingatkan cuma ada panduan raja adsense je kat Malaysia ni..hohoho..Rupanya ada lagi ebook tentang adsense yang dijual. Saya dapati ebook tersebut telah dilancarkan dan sudah kehabisan. Sekarang ni menunggu fasa kedua dan saya terpaksa menunggu untuk membelinya. Kenapa saya nak beli pula?

Sebenarnya saya tertarik dengan olahan saudara nawar ini dalam ebook percuma beliau ” 6 Modul Google Adsense”.. Bukan apa, saya agak tertarik dengan cara beliau menggunakan kaedah mencari niche dan high paying keyword. Saya baru terfikir cara ni. memang bagus sebenarnya sebab ia membantu kita meluaskan lagi skop atau bidang keyword yang bernilai . Nak tahu lanjut, dapatkan ebook percuma beliau tersebut di sana.

jana wang adsense

Pandangan saya, memang bagus walaupun ia report percuma. Beliau menggunakan site seperti ebay, yahoo answer dan site-site lain yang famous untuk membuat kajian niche. Bayangkan saya telah mendapat beberapa keyword yang purata cariannya adalah 12,000 lebih sebulan sedangkan site yang diindex oleh google bagi keyword tersebut cuma sekitar 7oo lebih sahaja..Wow!..keyword tu pun boleh tahan juga sebab ia bernilai di antara USD$8 hingga USD$18.

Oh ya, cuma satu je yang saya rasa boleh ditambah lagi dalam panduan sebegitu. Sebenarnya saya agak kurang berminat menggunakan site Keyword Selector Tool (overture) ini untuk memeriksa atau membuat kajian keyword. Sudah lama daa dok update..sampai hari ni pun tak update -update lagi. Carian keyword paparkan untuk bulan January 2007 …Sekarang dah masuk bulan November..hehehe..beruban sungguh tool tersebut. Saya menggunakan site SEO Book Keyword Suggestion Tool Features ini untuk memeriksa keyword yang berpotensi untuk site adsense saya . Buat masa ni saya belum ada sebarang komen terhadap site tersebut memandangkan belum ada sebarang keputusan lagi. Cuma hati saya agak lega sebab site ni nampaknya lebih berkredibiliti dari tool keyword tersebut…hehehe..

ps: saya dan saudara nawar ni takde kaitan. Jadi apa yang saya tulis bukan untuk promosi atau apa-apa faedah untuk saya. Saya fikir ia baik dan sesuatu yang baru untuk dikongsi bersama

pps: nantikan post-post seterusnya sebab pembaca diariadsense.com ni akan bersama dengan lebih ramai lagi penulis tamu diariadsense.com ( setakat ni baru 2 orang..hohoho..saya sedang mencari lagi 3 orang )

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>