Pulang Ke Rahmat Allah
November 15, 2007 • naem • blog reactionsSalam buat semua..Jangan buat-buat muka terkesima dengan tajuk di atas. ![]()
Saya baru saja menyudahkan “paper” terakhir saya untuk semester 6 pada jam 5 petang tadi. Ini kiranya satu berita baiklah buat diri saya. Dah lama tak update DiariAdsense.com ni. Masalah datang melimpah-limpah. Mujur tak rebah.Oh ya, saya tegaskan di sini sebelum rakan-rakan terus membaca post ini, saya takde apa-apa nak dikongsi dalam post ni. Cuma nak khabarkan yang masalah semasa saya dah selesai. Dari laptop hinggalah ke masalah “internet connection”, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Untuk hari-hari yang mendatang, saya masih belum bersedia. Banyak perancangan saya yang terkubur tapi banyak juga yang menerjah-nerjah minda ni.
Okay la, setakat ni je la dulu. Saya nak buat sesuatu yang percuma untuk rakan-rakan semua. Sesuatu yang saya harapkan dapat membantu sesiapa sahaja mendapatkan atau meningkatkan hasil dari adsense. Sesuatu yang asas dan lebih ke arah langkah demi langkah dalam meningkatkan hasil adsense. Berikan saya masa 3 hari dari sekarang. InsyaAllah ( jika diizinkan tuhan ), saya akan sempurnakannya dan sebarkan kepada rakan-rakan semua.
ps: terima kasih kerana sudi singgah di sini.











