Dilema “Percuma” & “Berbayar”

November 20, 2007 • naem • blog reactions

Kan bagus kalau segalanya percuma. Minyak petrol percuma, tol percuma, belajar percuma, isteri percuma, makan pakai percuma, ebook percuma dan segala-galanya percuma. Tapi, berapa ramai yang menghargai “percuma” tersebut. Kenapa? Hidup & nyawa pun percuma cuma ramai yang tak menghargainya. Sumber-sumber alam yang tuhan kurniakan pun percuma. Tuhan tak minta pun pada manusia ( makhluk ciptaannya ) untuk membayarnya. Sebab..Tuhan tahu manusia tak mampu pun nak membayarnya. Hanya tuhan hendakkan manusia “bersyukur”..Berterima kasih..Itu la yang menjadi perbezaan nilai antara hidup berkualiti dan hidup yang tak mensyukuri.

panduan adsense

Tulisan ni saja je saya coretkan. Sebenarnya nak maklumkan tentang sesuatu yang percuma dari saya tu dan ia  masih belum dapat disempurnakan. Saya baru siapkan ecover untuk sesuatu yang percuma tu. “Seequeze page” belum siap lagi. Maklumla sebab percuma..Hehehehe…so, Kudrat ni pun agak malas la sikit nak menjadikan ia berkos. Setakat ini kos masa dan tenaga je la.

Oh ya, berbalik kepada bebelan saya di atas.  Rasanya ada kaitan  dengan situasi yang berlaku di dalam dunia internet khususnya dan adsense umumnya. Ada sesiapa di sini yang bersetuju yang percuma adalah yang terbaik untuknya? Angkat jari manis masing-masing kalau bersetuju.

  • Alangkah baik jika ” Panduan Raja Adsense” percuma…
  • Alangkah baik jika ” F2R” percuma…
  • Alangkah baik jika ” Pakej Kit Blogger” percuma…
  • Alangkah..alangkah..alangkah….

Kan best kalau semua ebook, sotfware dan tool yang berkaitan adsense percuma. Tak perlu bayar.Namun, mustahil la kan. Sebabnya tak ramai dari kita yang pandai menghargainya. Buktinya berlambak emel-emel,newsletter, ebook-ebook yang percuma di sediakan di internet. Kalau inbox emel tu penuh je dengan “junk mail” dan juga “newsletter” yang pelbagai. Di bahagian hardisk pula, penuh dengan ebook-ebook yang didownload dan dihiaskan dalam komputer. Mujur buku digital tak berhabuk dan tak dimakan anai-anai. :-)

Itu tentang ” banyak “. Sedikit pula yang membacanya. Sedikit juga yang mengamalkannya. Sedikit juga yang mengujinya dan mencubanya. Alasannya “tak sempat nak membaca”, “tak menarik”, “saya dah tau”( walhal tak tau ), “ebook percuma tak bernilai” dan macam-macam la..Hakikatnya yang percuma akan ditinggalkan. Sebab ia tak memberi kesan apa-apa kerugian kepada diri. Waduh…ini la yang tak baiknya.

Kesimpulannya ,yang percuma itu sia-sia disebabkan sifat dan sikap manusia. Tetapi, hanya segelinitir sahaja yang tahu memanfaatkannya. Mari kita dengar pendapat para pembaca pula.

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>