Ada Apa Dengan “Tut Tut”?
December 8, 2007 • naem • blog reactionsPertama dalam segalanya ( macam first & foremost la kot ), perbetulkan minda bersihkan hati. Untuk membaca topik kali ni, saya hanya akan menggunakan panggilan “tut tut” ye. Saya pun tak pasti kenapa “tut tut”. Walaubagaimanapun, 3 blog saya telah mendapat ranking yang baik dalam SERP ( search engine results pages). Tanpa perlu susah payah lagi, hatta blog yang baru 1 post pun telah berjaya memikat hati Google untuk mengindeks blog saya tersebut dan memberikan peluang kepada saya 10 hingga 20 unique visitor sehari tanpa berbuat apa-apa pun. Dapat ranking baik pula tu untuk keyword yang pendek dan tepat serta hangat dipasaran. Nak tahu? “tut tut” kalau diperhalusi memang bagus. Saya pun tak sangka “tut tut” tu boleh memberikan impak sebegini.
Apa “tut tut” tu? saya yakin ramai antara kita yang tahu tentang tut tut tu. Yang pasti ia bukan “tut tut” untuk sesuatu yang kotor. Hohoho.. Tapi “tut tut” ni lain. Bagi yang masih baru dalam dunia blogspot, saya memang cadangkan teknik “tut tut” ni. Sebabnya mudah je. Hanya perlu Google indeks sekali je, blog tersebut dah tentu berada di rangking yang baik. Saya bercadang untuk perhalusi lagi teknik “tut tut” ni. Tapi akibat internet yang lembapnya tahap cipan, saya terpaksa menghentikan niat tersebut. Apapun, setakat apa yang saya telah lakukan dan perhatikan, asas “tut tut” pun dah sangat memberansangkan. Jika diizinkan tuhan, saya akan sambung semula dan memperkasakan “cuba jaya” saya dalam teknik “tut tut” ni.
Anda bagaimana? nak tahu tak? Saya nak bukakan satu pertandingan untuk semua..Hohoho. Sesiapa yang berjaya meneka apa itu “tut tut” yang saya maksudkan, beliau akan mendapat hadiah teristimewa. Apa dia? hanya dia dan diri saya je yang tahu. So,mari la teka. Opps, pastikan ada huraian serba sedikit tentang ‘tut tut” tu.











