6 Tip Optimasi Imej Di Enjin Carian

December 14, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua,
Selain dari memberi tumpuan kepada teknik optimasi kandungan berorientasikan teks, kita juga boleh menumpukan optimasi enjin carian menggunakan imej. Pasti ramai yang telah sedar tentang perkara ini. Tetapi masih ramai juga yang buat-buat lupa atau tidak tahu bagaimana caranya.

Tahukah rakan-rakan bahawa optimasi imej di enjin carian boleh memberikan traffik yang tidak disangka? Tak susah sebenarnya. Bagi yang telah biasa menggunakannya, pasti tersenyum lebar membaca artikel ini. Dari pengamatan saya, biarpun salah satu blog saya hanya mempunyai 2 post sahaja dan baru dibina dalam masa 5 hari. Dengan optimasi imej, ia menyumbangkan sekurang-kurangnya 20 orang pengunjung setiap hari. Menarik tak? Itu baru satu kes. Antara lain, saya juga berjaya meletakkan blog saya di rangking top 3 untuk keyword yang utama dan ringkas serta tepat dan berjaya menerima kunjungan 200 pengunjung baru setiap hari. Bukan susah sangat kan? Walhal jika hanya menumpukan pada optimasi kandungan teks ( optimization of textual page content ), agak sukar bagi saya untuk dapatkan ranking top 3 dari 300 juta halaman di Google.

Justeru,bagaimanakah optimasi ini dilakukan? Saya akan berkongsi serba sedikit dari apa yang telah saya lakukan di sini.

 

Tip 1 : Namakan file imej tu dengan keyword

Jika anda menggunakan imej , namakan file imej tersebut dengan jenama laptop tersebut. Lebih tepat lebih bagus. Ingat, niche juga amat penting dalam optimasi ini. Contohnya saya namakan imej laptop saya “ “. Untuk menggunakan imej tersebut, pastinya imej laptop yang diupload akan tertera sebegini

http://namadomain.com/aceraspire5920g.gif

Tip 2 : Manfaatkan IMG ALT

Cara kedua ini memerlukan sedikit pengetahuan tentang kod HTML. Tidak susah sebenarnya. Jika anda biasa menggunakan wordpress.org (blog sendiri ) atau wordpress.com, kod html ini telah dipasang secara auto semasa anda mengupload imej tersebut. Tetapi jika anda menggunakan blogspot, penggunaan imej agak sedikit rumit. Pada pengamatan saya, blogger.com memberikan ruang untuk mengupload imej dan ruangan ALT=”” dibiarkan kosong. Lagipun Google baru sahaja mengumumkan bahawa imej dari blogspot.com akan diindeks bermula bulan ini. Jadi, saya mengunakan Flickr.com sebagai hosting kepada imej yang saya gunakan. Saya tidak menguplaod imej terus dari blogspot.com sebaliknya setelah mengupload imej dari Flickr dan melakukan sedikit optimasi SEO dan tag di sana, barulah saya meletakkan imej tersebut di blog blosgpot.com saya.

Kod HTML “ALT” bertindak sebagai penanda untuk imej. Jika lelabah enjin carian merayap di blog anda, lelabah tersebut akan membaca imej yang mempunyai optimasi ALT yang betul.

<img src=”http://url-imej-anda.com/aceraspire5920g.gif” alt=”acer aspire 5920G “ >

Tip 3: Imej ada kaitan dengan keyword post,

Menggunakan imej yang bertepatan dengan kandungan dan keyword utama post agak penting juga. Seperti contoh di atas, saya menggunakan imej laptop acer aspire untuk menambahkan huraian utama kandungan post saya berkaitan laptop acer Aspire. Optimasi post untuk SEO juga begitu penting dalam hal ini.

Selain dari keyword post, perhatikan juga keyword utama pada “title”( tajuk ) post. Tips tambahan, memastikan “title” blog dan “title” post adalah dalam tag H1 adalah satu kelebihan kepada blog dan imej anda diindeks enjin carian berdasarkan keyword yang anda inginkan

Tip 4 : Gambar Yang Menarik

Rasanya tak perlu saya berikan huraian yang panjang tentang bahagian ini. Sudah tentu imej yang menarik akan dilihat para pengunjung. Saya menggunakan photoshop untuknya. Anda boleh dapatkan panduan atau ilmu tambahan tentang skill teknikal dalam menghasilkan imej yang menarik. “Just Google It”

Tip 5 : Gunakan Flickr

Pernah dengar tentang Flickr? Saya masih kurang arif tentang Flickr. Kajian terhalang akibat connection yang lambat di kampung ini. Walaubagaimanapun saya selalu menggunakan Flickr sebagai host kepada imej-imej diblog saya. Flickr merupakan website yang menjadi host kepada file-file imej dan begitu popular di internet selain imageshack. Flickr turut menawarkan akaun percuma yang bersaiz 100MB sebulan. Saya memiliki lebih dari satu akaun Flickr dengan menggunakan Yahoo ID yang berlainan. Sudah tentu sebab ia percuma.Hehehe. Tahukah anda tag imej di Flickr dianggap tag imej di Technorati? Wow! Optimasi 2 dalam 1. Untuk memahami tag, anda boleh bacanya di post saya bertajuk “Optimasi Tag di Technorati

Tip 6 : Hakcipta, Duplicate Content

Untuk bab ini, rasanya sebagai newbie saya kurang menitikberatkan. Apapun sejak akhir-akhir ini saya mula mempelajari bagaimana menghormati hak didalam internet ini. Biasanya setiap imej dari internet yang ingin saya gunakan, saya akan memaklumkan pemilik imej tersebut terlebih dahulu. Bergantung kepada URL host imej tersebut. Susah dan sukar. Jika tidak menerima jawapan, imej tersebut akan didownload dan diubah sedikit sebanyak. Biasanya saya akan menggabungkan 2 imej menjadi 1 dan mengubah size serta memastikan imej tersebut dalam format GIF bagi mengelakkan isu duplicate content. Opss, duplicate imej rasanya.

 

Cukup sekadar 6 tip saya senaraikan. Sebenarnya banyak lagi. Memandangkan keadaaan internet yang lembap, banyak tip-tip dan teknik yang tidak dapat saya uji. Hal ini menghadkan saya memaparkan blog-blog ujikaji saya disini. InsyaAllah, sekembalinya saya ke kampus nanti pasti akan saya melakukan lebih banyak ujikaji. Selamat mencuba.

 

ps : Anda boleh menyebarkan post ini di blog anda asalkan memberikan link semula ke DiariAdsense.com

pps: jika anda masih kabur tentang adsense, saya sarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense di sini. Ketahui cara-cara yang betul dalam menjana pendapatan dari Google. Bagi yang mahu mula membina kredibiliti dalam internet, gunakan Pakej Kit Blogger bagi membantu anda membina blog sendiri seperti saya.

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>