Ai, Percuma Satu Niche Setiap Hari?
December 20, 2007 • naem • blog reactionsSalam buat semua,
Niche atau dengan kata lain ialah topik tumpuan memang sangat penting dalam apa jua lapangan bidang mencari dan menjana pendapatan dalam internet ni. Ada sesiapa yang nak bantah? Angkat jejari dan klik butang pangkah kat toolbar atas.Hehehehe.
Sebelum ini saya telah menulis dan berkongsikan sesuatu yang percuma dengan para pembaca DiariAdsense. Oh ya, jika anda masih belum dapatkan barang percuma tu, klik aje post saya bertajuk “Nah, Percuma Squeeze Page Template!“. Pasti anda berminat sebab ia hebat, menarik dan percuma sahaja.
Titipan kali ini berkaitan dengan niche. Rasanya ramai yang berkunjung ke sini sudah mempunyai asas dalam bidang menjana pendapatan online . So, tak perlu la saya susahkan diri untuk terus menulis apa itu niche. Saya memang bukan seorang pakar dalam bidang niche seperti abg Zul Smartusaha, tapi sedikit sebanyak niche yang saya pilih di dalam bidang adsense ni, hari demi hari semakin baik teknik niche saya. Tahu kenapa niche itu penting?
Bercakap tentang Niche, saya nak berceloteh sikit. Segala bidang perlukan pengkhususan. Betul tak? Jika anda ingin menjadi seorang lelaki yang tegap, kena la kawal pemakanan dan selalu bersenam mengikut aturan. Kalau nak makan ayam goreng, pergi la ke KFC. Kalau sakit perut, pergi aje ke tandas. Kalau nak menyimpan duit nak pi haji , pergi aje ke Lembaga Tabung Haji. Tanpa niche, kemungkinan besar kita semua tak tahu nak menyimpan duit nak pi haji di bank yang mana satu. Silap-silap pergi menyimpan di Bank Pertanian. Bukankah itu satu kecelaruan?
Baiklah saya gariskan beberapa perkara tentang kepentingan Niche dalam bidang online ini ialah :
Menjimatkan Masa : Dengan niche, usaha anda untuk meletakkan( merangkingkan) blog atau web anda lebih mudah. Dengan topik tertumpu, enjin carian dapat mengkategorikan blog/web anda dengan topik tersebut.
Meminimakan Kerja : Anda menjadi seorang yang bijak disebabkan pandai menguruskan diri dan tenaga kerja. Tiada niche tersendiri akan menghilangkan tumpuan anda sekaligus mensia-siakan usaha-usaha nad selama ini. Kenapa perlu menebang pokok sebelantara sedangkan cukup sebatang untuk dibuat kayu api sebulan?
Menjenamakan Diri : Ini khas kepada sesiapa jua yang ingin dikenali dalam kerjanya. Untuk menjadi seorang doktor disamping pakar dalam bidang ekonomi serta berkerja sepenuh masa dalam bidang kejuruteraan memang menyukarkan. Orang kenal anda sebab anda mampu buat 3 perkara dalam satu masa. Tapi orang lebih gemarkan seseorang yang mahir dalam bidang tersendiri. Lihat saja ilmuwan Islam contohnya ataupun sarjana barat misalannya. Sungguhpun mereka pakar dalam bidang yang lain, tetapi mereka lebih dikenali dengan satu bidang sahaja. So, lebih bijak anda memilih niche, lebih bijak anda menjenamakan diri.
Ohoho, rasanya dah cukup la apa yang saya ingin coretkan disini. Sekadar perkongsian bersama, saya sering menerima satu niche setiap hari. Yup, satu niche secara percuma. Dan ia disertakan dengan 1000 keyword di dalam niche tersebut. Jadi mudah la saya nak buat kajian lebih lanjut bagi setiap topik yang diberikan. Lihat satu niche umum yang telah saya terima hampir 2 minggu yang lalu :
Todays NicheADay niche is: diabetes
Estimated Overture Monthly traffic: 425020
High PPC Bid Price: $3.10
Setiap niche umum ini akan disertakan dengan 1000 keyword berkenaannya dan jumlah carian sebulan bagi setiap keyword niche tersebut. Sumber keyword dan jumlah carian adalah dari software keyword discovery. Tak perlu susah saya nak fikirkan apa topik yang perlu saya berikan tumpuan. Sekadar lihat jumlah carian bagi setiap keyword dalam niche tersebut, saya sudah menjimatkan masa saya sekaligus memudahkan saya mengesan apakah niche yang menguntungkan. Mudah bukan. Setiap hari satu niche umum. Kemudian lakukan la sendiri kajian bagi setiap keyword niche bagi mencari niche yang paling menguntungkan.
Jika anda inginkannya, daftarkan diri dengan www.NicheADay.com
Ps : Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense. Ada bonus misteri kepada pembeli bertuah melalui link saya ini.
Pps : mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini DiariAdsense akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera di bahagian sidebar ( feedburner ) atau klik salah satu button di atas sekali.
Ppps : Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Pengorbanan Itu Suatu Ibadah


