Salam buat semua,
Hampir 10 hari saya meninggalkan diariadsense. Hari ni saya kembali menulis. Saya agak terhalang dek kelembapan internet di kampung ni. Justeru, banyak cubaan dan kajian saya juga terhad. Saya cuma boleh membaca emel. Menulis di blog pun masih boleh tetapi hanya boleh menulis aje la. Nak berkongsi sesuatu yang baru sukar la pula. Apapun sebagai blogger, kita tak boleh biarkan asset kita usang begitu saja.Y a,blog merupakan asset pada seorang blogger. Tetapi bukan semua blogger ada blog yang betul-betul menjadi asset kepada dirinya. Hehehehe..jangan pening kepala.
Oh ya, tajuk kat atas tu dalam bahasa omputih. Lebih kurang begini la maksudnya “ bagaimana nak buat duit yang boleh berkerja untuk anda”. Sepanjang kelembapan internet tahap cipan ni, rasa kosong pula hidup saya. Sebalik kekosongan tu, mujur saya dapat isikannya dengan membaca buku. Salah satu buku yang masih belum saya habis baca ialah “Rich Dad Poor Dad” yang ditulis oleh Robert Kiyosaki. Rakan-rakan kenal tak pada
Robert Kiyosaki ni? Permainan Cashflow dia memang menarik dan banyak bermanfaat dalam memahami asas kewangan. Saya pernah main dalam masa 3 hari je. Itu pun sebab kursus yang MARA berikan.

Okay, biasanya didakam internet ni ramai yang ingin tahu “
bagaimana buat duit” tapi tak ramai pula yang terfikir “bagaimana nak buat duit supaya berkerja untuk diri sendiri”? Soalan ni agak pelik. Macam sepelik orang menarik duit. Hehehe… Tapi dengan akal yang tuhan anugerahkan, ia tak mustahil. Lihat contoh nyata dalam dunia internet, ramai usahawan di Malaysia ini menggunakan teknik affiliate bagi mengupah orang ramai menjual barangan mereka. Dengan hanya modal yang tak seberapa, mereka telah dapat menggunakan tenaga kerja yang ramai,barangkali sebahagiannya tenaga yang pakar dan cekap.Selain itu, contoh lain ialah pengiklanan di internet seperti di Adword, lihat sajalah hanya dengan beberapa dollar, orang-orang ini telah berjaya menjadikan duit mereka berkerja untuk mereka. Paling jelas sekali lihat bagaimana Google menggunakan kita semua untuk mencipta /menjadikan duit berkerja untuk mereka. Betul tak?
Cuma, di sini saya ingin berkongsikan sedikit apa yang saya rasakan. Sepanjang saya di hadapan laptop dan di dalam dunia internet ( baru je ), ramai yang saya lihat berpusu-pusu mencari cara “bagaimana nak buat duit”, “bagaimana nak cari duit”, “bagaimana mencari pendapatan sampingan” dan macam-macam lagi. Termasuklah saya pun..Hohoho… Sebenarnya “mindset” kita tu mesti diubah. Lihat bagaimana orang-orang “kaya” berfikir. tetapi tak semua orang kaya itu tidak bermasalah. Lihat pula pada orang-orang dahulu kal. Contoh senang untuk orang-orang Islam ialah zaman sahabat-sahabat nabi. Bagaimana seorang miskin boleh menjadi kaya? bagaimana seorang rakyat menjadi kaya? Fikirkan cara mereka berfikir.
Sedikit bayangan dari saya, kenapa kita perlukan duit? Cuba tanya diri masing-masing. Banyakkan perkara yang boleh dibuat dengan duit. Malangnya apabila kita telah berjaya mencari duit, semakin banyak jugalah kita mula berbelanja. Tak gitu? Saya tak tujukan ini kepada para pembaca tapi saya fikirkan ia terkena atas batang hidung saya sendiri. Nampaknya lebih banyak berbelanja hari ini, sama lah dengan lebih banyak kita mula berhutang. Hehehe..Labih banyak berhutang akhirnya memaksa kita semua menemui kebuntuan. Mujur ada juga sebahagiannya bijak dengan mencari jalan untuk menambahkan pendapatan. Tetapi…duit bukanlah penyelesai kepada semua permasalahan. Yang paling penting ialah bagaimana kita menggunakan duit tersebut.
Setakat ini lah dulu. Cukup sekadar memberitahu khabar yang saya masih hidup. ? Fikirkan “bagaimana kita nak jadikan duit berkerja untuk kita” biarpun dengan cara berblog dan dalam dunia internet hari ni. Wassalam
Ps: Kepada yang masih kabur dalam adsense, saya sarankan baca tulisan saya tentang “Panduan Raja Adsense “ ini. Sedikit sebanyak ia membantu anda yang asas atau masih kabur.