Terima Kasih En Shuth : SempoiHosting.com
January 19, 2008 • naem • blog reactionsArtikel ini khas saya paparkan untuk mengucap terima kasih kepada en Suhaimy pemilik webhosting SempoiHosting.com
Sepanjang penglibatan saya secara serius di dalam dunia blog ni, saya hanya mengenali 2 webhosting yang benar-benar memuaskan hati saya. Yang pertama saya langgan ialah webhosting dari en shuth sempoihosting. Rakan-rakan kenal siapa en Suhaimy ni? Kalau tak kenal, nampaknya tahap penglibatan anda di dalam internet Malaysia terlalu bayi nak dikatakan..hehehe..maaf kalau menyinggung ye.
Siapa En Suhaminy ni?
Saya belum pernah bertemu muka dengan beliau. Adakah en Suhaimy ni Perdana Menteri Uganda? Hohoho..Semestinya jawapan itu terlalu kudus. Kehkehkeh.. En suhaimy @ shuth bukan seorang panglima di zaman silam mahupun abang kepada Hang Berlima. Saya mengenali beliau sebagai seorang blogger dan Usahawan Internet Malaysia. Beliau memiliki beberapa web perniagaan yang didaftarkan atas Extreme D Enterprise (SA0012991-A). Beliau merupakan seorang usahawan yang saya katakan sejati ( tulen le,takde main-main tongkat Ali ataupun ali cafe ), sebab saya lihat beliau mempelbagaikan sumber pendapatan beliau bukan hanya pada menjual ebook sahaja. Lihat je bisnes yang beliau laksanakan. Opss..biar saya senaraikan dengan lebih mudah untuk ditatap di bawah :
Tahun 2005
-
Extreme-d.com = Beliau mendaftarkan perniagaan beliau atas nama Extreme D Enterprise (SA0012991-A). Memang perniagaan yang sah bukan? Hurmmm..saya ni bila la pula?
-
Maskahwin.com = Ini pula laman web perniagaan online yang beliau bina. Haaa…ni khas untuk yang nak berumahtangga. Contohnya macam saya ni le..Jika tak salah saya, produk ini dijual dalam versi cetakan tapi kini hanya dalam edisi e-buku sahaja. Apa isi kandungan ebook “maskahwin yang hilang” ni? Ooooo..saya tak tahu..maaf ye. Tapi anda boleh membantu saya mengetahui isi kandungan ebuku ini dengan membelinya di sini. Murah je. RM15 je.
Tahun 2006
-
Wangcyber.com = Haaaa…yang ni kalau tak tau, memang nak kena cepuk. Tapi takpe la kalau masih baru lagi..hehehe. Wangcyber.com merupakan sebuah komuniti yang diasaskan oleh beliau dan kini semakin bertapak kukuh dalam menyatukan semua blogger-blogger Malaysia. Kalau belum lepak kat sana, janganla malu-malu. Saya selalu juga ada di sana. Tapi bukan setiap masa la. Banyak ilmu yang boleh dikutip di komuniti wangcyber.com ni.
-
Blog Mohd Suhaimy.com = Ini pula blog peribadi beliau. Saya jarang bertandang memandangkan saya ni kurang bersiar-siar di dalam internet. Rutin harian saya ialah berblog dan buat ujikaji. Walau apapun, blog peribadi beliau memang unik sekali. Tahu kenapa? Yup..sekali baca isi kandungan blog tu, saya tak menyangka beliau adalah seorang yang dewasa. Hohoho..Jangan marah en shuth. Saya maksudkan tulisan en shuth ni sempoi dan lebih santai. Kalau baca tu, nampak mesra dan macam kawan pulak. Itu yang saya cakap tak nampak tulisan tu datang dari orang yang seusia dengan en shuth ni. Cuba la pi baca. Hehehe..Saya pun sedang mencuri2 teknik menulis en shuth ni.
Tahun 2007
-
RahsiaBlogger.com =Ini
pula satu lagi bisnes online yang beliau miliki. Tapi kali ini, ebook berkenaan blog ini diterbitkan oleh Truewealth Publishing. Wah..wah..wah..Hebat siot en shuth ni. Siap ada JV dah dengan syarikat percetakan buku Malaysia. Memang tak dapat nak menepis aura hebat en shuth ni.. Hehehe…Nak beli buku ni. Hah..boleh beli online ataupun pi cari kat kedai buku. Memang ada. Tapi jangan pi cari kat Warung Mamak Roti Canai. Kompem takde.
-
SetBersalin.com = Dari “maskahwin”, bertukar arah ke blog dan berniaga ebook. En
Shuth ni pelbagaikan pula perniagaan beliau kepada set bersalin pula. Saya tak pasti samada en shuth pernah bersalinmenggunakan set bersalin ini. Cuma yang pasti ini mesti hasil usahasama suami dan isteri. Betul tak en Shuth.?
Nampak tak? Memang menakjubkan.. Bidang kefahaman dalam berniaga dan usahawan en Shuth ni memang mendalam. Saya pun ada impian macam tu jugak..Oppsss…panjang jugak ulasan saya ni. Tapi saya ada tertinggal satu lagi perkara nak dikongsikan. Tentang SempoiHosting.com
Sempohosting.com : Pakej Hosting Fleksible
Sempoihosting.com telah diitubuhkan pada bulan May 2005 bagi menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain serta penyewaan ruang web dengan inovasi baru. Kami mensasarkan perkhidmatan profesional kami kepada individu serta industri kecil di Malaysia bagi membantu mereka memperkembangkan perniagaan mereka di internet dengan kos yang paling minimum dan menjimatkan.
Di sempoihosting.com kami amat menitikberatkan keselesaan serta kemudahan pelanggan. Oleh itu, semua proses yang melibatkan pelanggan seperti, proses penempahan, proses pembelian serta proses pembayaran kami amat mudah untuk dilakukan. Kami menyediakan berbagai pilihan untuk pelanggan menjelaskan bayaran, sama ada melalui kad kredit, fpx, maybank2u, cimbclicks, pospay, mobile money, cek, wang pos ataupun bank-in secara konvensional.
Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan “penyewaaan ruang web mampu milik” bagi semua pengguna-pengguna internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Kami bertekad untuk memberikan sokongan teknikal yang profesional dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kami, dimana kakitangan sokongan kami sentiasa bersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi email bagi menguruskan segala sokongan teknikal yang diperlukan. Kami disini sentiasa fokus terhadap keperluan anda yang dinamik kerana kami memahami, kejayaan anda adalah kejayaan kami.
petikan : Tentang Kami “sempoihosting”
Saya banyak kali menghadapi masalah dalam bab-bab hosting ni. Dari domain name, parked domain la..Add on domain dan macam-macam lagi..Memang “zero”. Mujur saya langgan hosting pada orang yang sebetulnya. Rasanya “support” yang diberikan en shuth ni setanding dengan penyedia webhosting lain yang popular seperti NetKL ( saya juga gunakan netkl ). So, kalau nak beli hosting atau domain name, beli saja dari sempoihosting. Nescaya rakan-rakan takkan mengalami masalah tiada “support” yang memuaskan.
ps: masalah saya dengan blog diariadsense.com ni di bantu en shuth. Sungguhpun banyak yang tak dapat dibaiki, bagi saya dah memadai seorang Usahawan Internet yang hebat seperti beliau sudi memberi support yang macam tak pilih bulu..Hohoho.. En Shuth, 2008 ni moga lebih terus suksess.
tags : rahsia blogger, sempoihosting, wangcyber, extreme-d, penyedia webhosting














#1 vangardx
19.01.08 at 4:44 am
moga kedua2 usahawan (shuth dan naem) berjaya disemua lapangan
#2 kuasadua
19.01.08 at 9:44 am
Tu lah naem, dah lama blog naem ada problem..masalah apa sebenarnya?
Ni dah ok ker? Kalo dah ok alhamdulillah
#3 naem
19.01.08 at 9:57 am
masalah tu banyak jugak yang dah diselesaikan. Contohnya “waktu komen” pun ok dah..
yang lain-lain ialah, semua post terdahulu lenyap macam tu je la. Boleh cari balik cuma ambil masa.

ps: thanks vangardx, saya belum usahawan lagi. Tapi ada hasrat nak jadi usahawan jugak..
#4 ahib0205
19.01.08 at 6:50 pm
bro, sy nk review pasal bor lak mcm yg bro review pasal bro shuth tu. Mcm mana nk contact bro?
#5 titan
19.01.08 at 7:31 pm
Lenkali. Hati-hati dijalan raya. Kan dah ilang tu. Jenuh la nak cari balik..
Apapun. Aku suka baca review yang ini. lengkap dan siap promosi lagi referrals link mas kahwin.
#6 naem
19.01.08 at 7:49 pm
alang-alang menyeluk balang cabutan bertuah, biar sampai menyentuh bulu keti*k…
ahib, nak review saya? ish, segan plak saya ni..Saya takde apa-apa pun
#7 Hafez
19.01.08 at 10:52 pm
saya pun pelanggan sempoihosting, memang betul-betul sempoi.
#8 kaizen
20.01.08 at 11:22 am
naem kalau promote mesti power ayat dia guna.saya dah terpengaruh dah ni nak guna sempoihosting ni
#9 naem
20.01.08 at 4:52 pm
Bukan apa kaizen..Mudah dan agak mesra support en shuth ni. Lebih kepada friendly support.
#10 Safuan
20.01.08 at 7:55 pm
Memang best SempoiHosting nie!!!
#11 shuth
20.01.08 at 8:53 pm
oh!.. sampai macam nie sekali si naem beri review tentang saya! :”>
Terima kasih banyak-banyak lah yer naem.. tak tahu nak cakap apa!.. hopefully blog naem nie terus maju dan suksesss.. suksesss..
#12 kakrozs
21.01.08 at 1:34 am
wah naem..bukan main promote lg..ade ape2 ke..
gurau je..1st time jengok kat blog ni..best gak ek..b4 ni nak intai asik lupe je..pastu td tengok ulangan ‘bang bang boom’ terus teringat nak jengok blog ni..sape punye keje tu..sabo yo la eh…gurau2..
#13 mijie
21.01.08 at 1:36 am
ya, saya pun ingin mengucapkan berbanyak terima kaish pada sempoihosting.com
support di memang marvelous..cepat dan efisien
hosting yang pertama saya guna dan saya pun banyak cadangkan pada kawan2 utk guna sempoihosting bagi yg baru nak bermula..
#14 Labanon
22.01.08 at 5:00 am
Hehe bro naem.. kalau nak tahu bro shuth ni lah salah satu idola saya dalam perniagaan Internet
hehe banyak perkara yang saya belajar daripada beliau dan harap dapat menyaingi beliau suatu hari nanti..
Rahsia Blogger tu buku ler.. bukan ebook..
#15 naem
22.01.08 at 8:35 am
Opss..tersilap tulis plak ttg Rahsia Blogger tu..hoho..Thanks Labanon.
Kakrozs, datang la bertandang selalu..Hehehe
Bro mijie, yup..saya nak cadangkan kat member2 satu u ni, tapi…hok aloh, tahap celik it masih lagi di tahap microsoft office yang basic je…Har har har…tambahan plak diorang taknak pun tahu apa itu web hosting, apa itu peluang mencari pendapatan internet.. SCAM katanya ( walhal diorang taksebut pun SCAM )
“
#16 Aizat
25.01.08 at 4:41 pm
Wah! saye sedang mencari hosting. mungkin akan mencube sempoi hosting nie.
#17 salihin
25.01.08 at 9:29 pm
ni lah blog yang ceria.. kalau sakit kepala takyah beli panadol… just kunjung blog ni, hilang habis sakit kepala,sakit lutut,sakit pinggang dan yang sewaktu dengannya.
gambar albert Einstein kat ecover tu yg mahal tu..
(nak komen kat post lain tapi post penuh,laku betul komen blog kau)
#18 Krulz
01.03.08 at 7:22 pm
Sempoihosting ni bagus.freindly.Murah plak tu.seswai untuk pelanggan yang baru nak ada website.1st hosting saya masa nak mula2 join internet ni.