Archive for January, 2008

Harap Maaf Dalam Pembikinan

January 14, 2008 • naem • blog reactions

dalam pembikinan

Harap Maaf : Jika anda perhatikan, setiap artikel saya yang dipaparkan tidak berfungsi dengan baik. Tanda “more” di hujung setiap post menyebabkan artikel-artikel saya hilang separuh. Apapun, saya sedang mencari jalan penyelesaian. Harap Maklum.

UPDATE

Masalah pertama selesai. Tapi masalah kedua plak buat kecoh. Ni nak panggil jurutera wordpress tolong perbaik kejap.. Jangan sedey ye.. Nanti kita jumpa semula. Kalau takde aral melintang, saya akan kembali semula dalam masa 5 hari dari sekarang. Kalau tak, subscribe dulu blog diariadsense ni supaya nanti mudah rakan-rakan nak skodeng samada blog ni dah okay atau tak. Saya dah ubah direktori blog ni ke diariadsense.com/blog . Jadi, jangan tak isi form subscriber di bawah ye.

Masukkan Emel Anda Di Sini:

Delivered by FeedBurner

7 Misteri Enjin Carian Terbongkar

January 11, 2008 • naem • blog reactions

Macam “101 Tip Adsense Terbongkar” tulisan Labanon pula bunyinya.

Hakikatnya saya bukan nak mengulas tentang “101 Tip Adsense Terbongkar” kali ini. Saya dah pun buat ulasan tentang ebook Labanon ni sebelum ini. Untuk artikel ini, saya nak berkongsi sama-sama dengan anda satu lagi ebook yang pasti memang bernilai dari segi isi kandungannya. Apa pula ebook tu naem? Jap, biar saya tarik nafas dulu. Kang semput pula dibuatnya.

Begini ceritanya. Saya sekarang ni tengah dok baca sebuah ebook hasil tulisan Jonathan Leger. Yang pasti ebook ni tentu lah percuma. Hohoho.. Yup, kenal tak Jonathan Leger ni? Saya pernah tulis perihal beliau dalam post terdahulu. Cuba semak balik artikel ini ‘???:Komen Lebih Bermakna Dengannya“. Jadi tak payah la saya bersusah payah nak huraikan tentang personaliti si Jonathan Leger ni lagi kan. Bagi saya, Jonathan Leger ni memang best. Sebab beliau menulis hasil dari pengamatan dan ujikaji beliau sendiri. Itu yang best tu. Kalau ada tip dari beliau. Maksudnya tip tersebut tip yang “real” atau nyata sebab beliau akan membuktikan tip-tip tersebut dengan tindak tanduk beliau sendiri. Bukan sekadar omongan kosong la katakan.

Apa yang saya sedang baca kali ini ialah berkaitan 7 Misteri Enjin Carian. Bukan 1, bukan dua, bukan tiga…habis tu empat ek? Hok aloh,macam nak berpoligami pula. Beliau hanya gariskan 7 sahaja tip berkaitan kemisterian enjin carian. Nak tahu lebih lanjut,memang kena baca la ebook ni.

Untuk rakan-rakan yang masih risau akan size hardisk komputer dan size MB pendrive tu, jangan risau. Ni saya nak buat rumusan dan ulasan dulu. Bukan buah pulasan ye. Opss..back to the main purpose. Saya buat ulasan dulu sebelum rakan-rakan fikir nak mendownload ebook ni.

searchenginemyth

Jonathan Leger dengan beraninya mendedahkan 7 rahsia yang menghantui setiap “newbie” berkenaan optimasi enjin carian. Saya tertarik dengan siri pendedahan kali ini. Beliau gariskan 7 perkara yang sering IM dan otai-otai internet lain pesan. Ya, jelas beliau pesanan si IM dan otai-otai internet yang terdahulu banyaknya omongan kosong sahaja. Tidak berasas. Dan sama sekali tidak melakukan kajian bagi setiap apa yang dipesan oleh mereka. Waduh…pedas berapi si Jonathan Leger ni. Apa yang beliau celotehkan tu ? Okiesssss…saya gariskan secara ringkas je la ye. Sekadar gambaran untuk rakan-rakan. Berikut adalah petikan dari sebahagian “preface” ( atau dalam bahasa kampung saya “muqaddimah” ) :

The “gurus” and SEO “forum gods” were repeating what they had heard, not what they themselves were doing. How do I know this? Because none of the bogus advice was backed up with facts, proofs and examples. It was just empty words promising the world if you “did this” or “did that.” The nay-sayers were doing the opposite, saying “this” or “that” wouldn’t work because they didn’t think it would, not because they could prove that it wasn’t working for themselves or others.

Nampak tak? Bukankah terlalu memeritkan hati sebahagian otai-otai blogger yang lain. Tak mengapa, kita lihat lagi apa yang menarik dan memang misteri seperti yang ditulis beliau. Beliau gariskan 7 misteri untuk dibongkarkan seperti berikut :

  1. Myth #1: Google Knows All and Sees All
  2. Myth #2: Google Will Not Rank Duplicate Content
  3. Myth #3: You Must Get Links From Related Subject Sites to Rank
  4. Myth #4: Your Site Must Focus On One Subject To Rank
  5. Myth #5: High PageRank Means Good Rankings
  6. Myth #6: To Maintain Good Rankings, You Must Add New Content
  7. Myth #7: The Biggest Myth: Ranking in Google is Hard

Dari setiap misteri yang menghantui tu, beliau ( Jonathan Leger ) buat kesimpulan sendiri pula. Ini bukan kesimpulan kosong tau. Ada bukti dari beliau dan saya sendiri pun dah perhatikan bukti tersebut dengan tindakan saya. Ok, saya senaraikan kesimpulan beliau bagi setiap kesimpulan pula ye . Berikut :

  1. Myth #1:Yes, Myth #1, that Google knows all and sees all, is undeniably false.
  2. Myth #2, that Google will not rank duplicate content, is undeniably false.
  3. Myth #3, that you must get “themed links” to rank well, is undeniably false.
  4. Myth #4, that your site must focus on one subject, is undeniably false.
  5. Myth #5, that high PageRank means good rankings, is undeniably false.
  6. Myth #6, that you must add fresh content to rank, is undeniably false.
  7. Myth #7: So, to recap, make sure your links contain the right link text, are from a variety of Class C IP addresses from a variety of web hosts in diverse
    geographical locations, and make sure your site doesn’t acquire links too fast
    (especially if it’s new).

Kesimpulan di atas terlalu umum untuk saya nyatakan. Lebih baik anda baca sendiri. Saya ada terfikir untuk membuat huraian bagi setiap kesimpulan yang dibuat beliau. Barangkali boleh le tambah isi untuk DiariAdsense ni bagi artikel seterusnya. hehehe..

Rasanya itu je la dulu untuk kali ini. Oh ya, terlupa pula nak maklumkan. Ebook ini sebenarnya dah lama berada dalam pasaran. Dah ramai yang mempromosinya. Saya tak pasti blog mana yang promosikan ebook ni. Tapi jelas pada saya ialah isi kandungan ebook ini sangat menarik. Satu lagi, ini lagi menarik. Untuk setiap download, Jonathan Leger akan kasi USD$0.25 cent. Boleh tahan kan? Yup…saya promosikan ebook ni kat diariadsense.com. Kemudian rakan-rakan download menggunakan link saya. Jadi saya akan dapat la imbuhan tu. Kemudian anda pula mempromosinya diblog. Setiap pendaftaran ahli baru dibawah anda pun akan saya terima komisennya. Menarik tak untuk dipromosi ebook ni. Bukan susah pun kan? Saya istilahkan diri saya. Rakan-rakan pun boleh dapatkan komisen ini dari Jonathan Leger. Caranya seperti saya maklumkan di atas.

SearchEngineMythsExposed

 

Kesimpulannya , kepada yang masih belum mendapatkan ebook ini secara percuma. Dapatkannya menggunakan link saya ini. ( yup..memang saya akan dapat komisen nanti dengan penyertaan anda ). Saya doakan rakan-rakan turut mendapat imbuhan juga dengan mempromosikannya pada rakan-rakan yang lain.

2000 Pengunjung+Skandal Seks Chua Soi Lek

January 8, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

Tulisan kali ini harap-harap pendek saja. Susah juga nak menulis ringkas tapi padat. Apapun cuba jaya je la. Ok. Untuk makluman, artikel kali ini hanya sekadar memaklumkan kemaskini berkenaan projek pertama saya tahun 2008 iaitu mengedarkan ebook “” secara percuma kepada 50 orang terawal yang telah membuat ulasan masing-masing samada di blog,website, forum atau mana-mana ruang di dalam internet.

Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma

 

Setakat ini hanya 25 orang sahaja yang telah saya kenalpasti membuat ulasan dan link-link download telah dihantar kepada mereka. Jika anda salah seorang yang masih gagal menerima link download ebook ini, sila maklumkan kepada saya menggunakan ruangan komen ini ataupun terus menggunakan ruangan hubungi saya.

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa perkara yang perlu rakan-rakan ketahui tentang Ebook Panduan Mari Mengenal Tag & Ping ini ialah :

  1. Hanya diberi terus kepada 50 orang terawal yang membuat ulasan berkenaanya. Rujuk panduan membuat ulasan yang cuba saya permudahkan di post ini
  2. Link download ebook tersebut akan dipadam dalam masa 24 jam selepas penerima menerima link download tersebut
  3. Ini ebook tulisan pertama saya yang diedarkan secara umum
  4. Penerima boleh mengedarkan kepada rakan-rakan yang lain. Sila pastikan rakan-rakan yang menerima ebook dari anda tidak mempersia-siakannya

Ebook Mari Mengenal Tag & Ping ini sebenarnya hanya sesuai kepada anda yang telah mengetahui tentang asas-asas berblog dan turut faham tentang adsense. Jika anda masih lagi kabur apa itu , ebook ini tidak sesuai untuk anda. Selain itu, jika anda masih belum memiliki blog dan tidak pernah berblog, ebook ini lebih “advance” dari apa yang anda sedang faham. Justeru, sesiapa yang masih kabur harap dapat terus bersama DiariAdsense.com. Gunakan saja kemudahan Feedburner ini untuk menjadi subscriber DiariAdsense.com

Masukkan Emel Anda Di Sini:
Delivered by FeedBurner

 

Oh ya? Jika anda lihat tajuk di atas macam menakjubkan. Tapi ini satu kenyataan. Sekadar ujikaji berkenaan tag dan ping. Saya telah bina sebuah blog ( Blogspot ) pada 2 hb Januari 2008. Blog tersebut sekadar ujikaji saya menggunakan kod HTML tag dan . Pada 4 hb Januari 2008, tanpa sebarang optimasi yang lain. Blog tersebut telah mendapat rankingnya tersendiri bagi keyword panas berkaitan topik . Dalam 12 jam pertama, blog tersebut menerima 13++ lebih pengunjung baru. 24 jam seterusnya blog tersebut menerima kunjungan 2+++ lebih pengunjung baru.

tag-dan-ping-ujikaji