3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2
February 11, 2008 • naem • blog reactionsArtikel ini adalah bahagian kedua “3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 1. Di dalam kupasan sebelum ini, saya sedaya upaya sepenuh tenaga mengupas kenapa kita semua tidak digalakkan untuk menumpukan niche blog pada katakunci tunggal ( Single-term Keyword ). Tapi itu cuma 1 sebab baru. Untuk kali ini, saya kupaskan lagi dengan sebab yang kedua.
2) CTR ( Click Through Rate ) Yang Rendah
CTR atau click through rate ni macam pernah dengar kan? Hohoho..Kalau masih baru dalam dunia adsense, boleh la sikit-sikit saya terangkan. Tapi kalau dah “expert”, buat-buat pejam mata je la ye. Ok. CTR ni biasanya anda akan perasan di bahagian akaun adsense. Angka yang dipaparkan dalam peratusan. So, kalau saya dipanggil Dewan Bahasa & Pustaka..hohoho..saya akan bagitau yang CTR ni ialah peratusan pengunjung yang lihat adsense di blog anda dan diorang klik iklan adsense tu. Boleh faham tak? Kalau ada 10 orang berkunjung ke blog anda yang ada adsense dan 2 klik terhasil dari pengunjung tersebut. Berapa CTR yang akan dapat?

Jika saya berikan tumpuan pada kata kunci tunggal untuk optimasi dan niche blog saya, saya mungkin akan menderita dari CTR yang rendah. Rendahnya CTR memberi kesan dalam pendapatan adsense anda. Tahu kenapa? Pengunjung yang datang dari carian kata kunci tunggal lebih terarah kepada sikap “ketidakpastian”. Lagipun blog yang menggunakan “kata kunci tunggal” seperti “blog” akan menerima iklan adsense yang umum dan tidak mahal ( kebaragkalian iklan MFA pun boleh terpapar jugak ). Oh ya, Saya tak dapat mendedahkan CTR sebenar akaun adsense saya. Tetapi kebiasannya di tahap normal je. Sekitar 2% dan 5% sahaja. Ini nilai peratus yang normal. Cuma agak sakit jugak la berbanding orang lain yang dapat CTR yang tinggi. CTR yang tinggi bermaksud peratusan klik yang diterima juga tinggi. Posisi ads dan lain-lain faktor menyumbangkan keberkesanan optimasi adsense tersebut. Antara faktornya juga ialah tumpuan niche. Biasanya saya pasti ramai blogger yang membina blog dengan niche yang terlalu “general” akan menderita dari kesan CTR yang rendah ni ( lainle kalau dia tak berminat dengan adsense ). Untuk pemahaman lanjut berkenaan konsep CTR, e CPM dan lain-lain akan saya tulis pada artikel seterusnya berkaitan Matematik Dalam Adsense ni.
Artikel ini akan bersambung pada tulisan seterusnya di ” 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 3″
ps: artikel ini adalah olahan dari pemahaman penulis dan pengalaman sebenar.Idea dan isi ni bukan yang saya punya. Cuma saya huraikan dalam Bahasa Melayu dan sesuaikan dengan keadaan saya. Untuk bacaan asal, rakan-rakan boleh rujuk tulisan Jontahan Leger di sini. Beliau merupakan penulis kepada ebook 7 Search Engine Myths Exposed ( 7 Dongengan Enjin Carian Terbongkar ) . Jika anda masih belum memiliki ebook bernilai ini, dapatkannya PERCUMA di sini.
Tags:[tags]adsense niche,jonathan leger,untargetted traffic[/tags]













#1 SyedHafidz
12.02.08 at 4:00 pm
thanks naem..
ilmu baru yang saya dapat hari nie..
tp saya ada 1 soalan nak tanya..
adakah dalam 1 blog tu kita kena letak lebh daripada 1 keyword?
bukan ke tak niche?
konfius..
#2 naem
12.02.08 at 6:04 pm
Untuk kes ni, saya fikir lebih sesuai kalau saya katakan niche dan keyword utama tu yang patut diberi perhatian. Contohnya keyword “mesothelioma” terlalu umum dan lebih mudah terdedah kepada MFA activity..
Tapi kalau kita memang spesifikkan usaha untuk menumpukan niche pada keyword utama contoh “mesothelioma consultan”, lain pula hasilnya.
#3 kita
13.02.08 at 8:06 am
memang betul kata naem..kalau kita buat blog umum susah sikit nak dapatkan ctr tinggi…baik kita tumpukan pada satu keyword sahaja kot
#4 Han
14.02.08 at 2:01 pm
ni translate dari SEO expose tu le ni…hehe
bagus juga tu naem…
ramai yang tak tahu BI ni…(termasuk saya)…hehe
han
#5 Apakah Jenis Niche Yang Lumayan Dalam Adsense? | diariadsense.com
19.03.08 at 1:25 am
[...] 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2 [...]