8 Rahsia Naem | DiariAdsense Terbongkar!!!

Hohoho..saya sedang cuba belajar buat ayat-ayat HYPE… So, tajuk hari ni pun mesti kena HYPE le skit. Baru mengancam kan???

Menjelang demam ujian “mid-sem” di universiti ni, mula la saya demam dan sakit perut. Bersengkang mata baca buku dengan bersengkang mata untuk aktiviti internet ni sungguh berbeda. Rasa lagi terbeban kalau buku yang nak dibaca takde lansung gambar. Huhuhu…Macammana la albert eisntein boleh bertahan ye? Tak meraban ke kepala otak dia?

Ok. Taknak merokok melalut panjang. Saya bukannya “politician”.Almaklum le perang pilihan raya dah dekat ( Yahooo!!!!, Katakan Taknak Pada Pemimpin Kurap ( not corrupt ) ).

Pada Februari 11 yang lalu, ada “incoming link” muncul tetiba je kat dalam “dashboard” blog saya ni. Nak dijadikan kisah rupa-rupanya saya telah DIPAKSA untuk membongkarkan “8 Perkara Yang Awak Tak Tahu Tentang Saya“. Huh!!!! Ingatkan nak bagi duit..Hehehe..Sebaliknya nak kena pecah rahsia plak.. Aktiviti tag kali ini dimulakan bro titan dan dipanjangkan oleh emet ( kebetulan beliau pun tag saya juga, cuma tak perasan je ). Pastu si Syed Hafidz ( RajaAffiliate.com ) plak menge”tag” saya ni. Ouchh!!! waduh-waduh gitu!.

Dengan rasa terhutang body budi ( ini sosial contribution tau ), so syed, saya akan sahut permintaan awak. Jangan kecewa atau menangis di dalam loker ye…

Nak dedahkan 8 rahsia saya. Hohoho semestinya TIDAK… saya sesekali TIDAK AKAN DEDAHKAN RAHSIA SAYA. Tetapi, saya akan coret-coretkan juga 8 perkara yang rakan-rakan internet tak tahu tentang saya .

 

  1. Saya pernah belajar di sekolah agama di Kedah. Kalau nak tahu, sekolah tu ialah Maktab Mahmud. Saya terpaksa belajar 21subjek dalam setahun. Memang best arr.. Bahasa arab??? hehehe, skit-skit boleh laaaa…Kalau tersesat atau terdesak , masih boleh bertutur dalam bahasa arab lagi. ( Bahasa Arab Tinggi SPM saya A1 ). Tapi sekarang ni otak dah biol sebab saya terkeluar dari landasan bebudak sekolah agama. Agak ketinggalan dalam kefahaman yang mendalam tentang seni bahasa. Apapun, alhamdulillah, saya masih boleh faham ayat-ayat alQuran yang dibaca.

maktab mahmud

  1. Saya tak pasti dilahirkan dengan mempuyai bakat kepimpinan atau tak. Hohoho.. Perasan la naim ni. Sejak sekolah rendah, saya pernah menjadi Ketua Pengawas. Masuk pula sekolah menengah, gagal dipilih menjadi ketua kelas. hehee.. Tetapi, dengan sedikit usaha, saya di amanahkan untuk menjadi Pengerusi Pertubuhan Pengakap Sekolah waktu tingkatan 4. Masa tu di kira usia yang muda untuk menjawat jawatan pengerusi di sekolah saya. Alhamdulillah, saya dan kawan-kaan seperjuangan berjaya menonjolkan imej sekolah agama bukan sahaja cemerlang di dalam aspek agama, tapi kumpulan 23 ( ini nama scout group ) agak digeruni sekitar sekolah-sekolah daerah kota setar masa tu.. Ngehngeh.. Pada tahun 2003, sekolah saya menghantar seramai 53 orang Pengakap Raja untuk pentaulihan di istana Negeri dan jumlah ini adalah jumlah yang paling ramai di negeri kedah semenjak 3 tahun sebelumnya. Bravo-bravo.

  2. Saya nak teruskan lagi tentang bakat kepimpinan ni. Sewaktu di matrikulasi, terpaksa pula menjadi Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar memandangkan Mantan presiden bergegas ke universiti luar. Nampaknya saya semakin mengasah bakat kepiminan saya. Akan tetapi, sehingga lah tugasan saya sebagai Setiausaha Agung Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya tamat pada sesi 2007/2008, saya rasa sangat gundah dan tersinggung dengan politik dan kepimpinan. Sifat jengkel pada politik menutup hati saya untuk terus mengasah bakat kepimpinan yang ada. So, saya taknak jadi ahli politik..Hehehehe

  3. Saya adalah seorang buta IT dahulu. Betul..Tak tipu…Maklum le orang kampung.. Mana ada komputer macam orang lain.Mak ayah pula peniaga kecil-kecilan. Betapa butanya IT ni sehinggakan saya tak tahu nak buat emel sendiri dan fobia dengan internet. Sifat malutak bertempat tu terlalu kuat. emel pertama saya pun dibuat oleh kawan baik saya. Hohoho.. Tapi sekarang sudah berubah.. Kehkehkeh.. nak kata pandai sangat tak le.. Tapi dah memang berubah banyak la… Hahaha.. Dari “zero” jadi “hero” la katakan…

  4. Erm…ada 3 lagi ek… Ok. Nak kenal lagi kan? Saya ni hensem ke?…Hohohohoho.. Ini soalan subjektif.. Saya akui ciptaan tuhan itu indah dan kita mesti menghargainya seadanya. Tak kisah kita kacak atau tidak, semuanya ada 1001 hikmah disebaliknya. Bersyukur pada apa yang ada, insyaAllah nikmat tuhan akan datang berlimpah ruah kemudiannya. Untuk makluman, saya masih lagi single tapi dah tak “available”. Hohoho…insyaAllah, saya sedang cuba mengumpul duit untuk kahwin selepas ijazah nanti. InsyaAllah…

  5. Oh ya terlupa nak maklumkan yang saya ni anak sulung dari 5 orang adik beradik. Nampaknya tanggungjawab tu agak besar la kan.. Apapun syukur kepada tuhan, saya hidup dan lahir dalam keluarga besar yang sangat mengambil berat. Saya perhatikan dunia hari ini, tak ramai ahli keluarga yang mengambil berat hal keluarga masing-masing. Jangankan nak rapat dengan atuk saudara atau moyang saudara, adik beradik sendiri pun masih bertikam gunting lidah. Hidup saya sehingga hari ini didorong bukan dari mak ayah sahaja, sebaliknya makcik dan pakcik saudara, atuk dan nenek saudara bahkan moyang saudara.. Hohoho.. banyaknya sepupu keluarga kau naim ni. Takde la, saya rasa bahagia sungguhpun kami bukan dari golongan berada. Ada yang susah, sepupu yang lain akan turut membantu.

  6. Pendapatan internet? Hurm ..sehingga hari ini saya hanya bergantung kepada adsense je. InsyaAllah saya akan berusaha melebarkan sumber rezeki saya kepada pelbagai bidang yang lain dalam alam maya ni. Nantikan ebook saya seterusnya dalam beberapa bulan lagi… Beli tau…

  7. Saya kuat tiduuuuurr.. Tapi itu dulu.. Sebelum saya bertemu dengan laptop dan internet.. Hahahaha.. Kalau nak tahu, maksud “naim” itu ada dua. Silap sebut maksutnya akan terus berlainan maknanya. Cuba teka…

Hehehehe.. dah cukup la ye.. harap-harap kita akan terus kenal mengenal antara satu sama lain. Kata orang “tak kenal maka tak cinta”. Tapi jangan takut ye, sebabnya “bila dah kenal, tak semestinya bercinta” kan???

Seterusnya, saya nak lebih mengenali orang-orang di bawah ni. Siapa mereka ni ?

  • BorakBola - blog tentang bola.. memang best. Taknak jual ke cd-cd game ke atau apa-apa aje ttg aksesori bola ek? hehehe
  • Bizmalaya - akak ni nampaknya suri rumah cyber ni.. Yang dah berumahtangga, boleh belajar dari akak ni
  • Bro Vangardx - theme baru dia mengancam tau.

Harap maaf kalau bertindih permintaan ni. Kalau tak nak jawab pun tak kisah.. Tapi, nanti saya takkan bagi le peluang membaca ebook versi berbayar saya akan datang secara percuma…Hohoho..

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

25 Responses to “8 Rahsia Naem | DiariAdsense Terbongkar!!!”

  1. syamsulariff.com Says:

    huhu..ada ugutan disitu :p

  2. borakbola Says:

    hohohoh.perancangan tue ada banyak dalam kepala.perlaksanaan tue yang tak ada..kena pelan2 kayuh..thanks for the tag

  3. naem Says:

    Hehehe…masih dalam pembikinan. So, nanti testimonial memang sangat diperlukan … Saya dah buka peluang…Kalau taknak, tak ape..hehehe:d

  4. bizmalaya Says:

    :)..tq nanti saya akan kenalkan siapa diri saya pulak..tq naem

  5. bizmalaya Says:

    ermmm napa i komen tak leh erk

  6. Afzai Afandi Says:

    Hebat tu…Bahasa Arab A1. Aku pun dulu sekolah agama gak, tapi bahasa arab SPM aku cukup2 kredit jer..

    Kiranya, ko ni memang ada bakat kepimpinan. Baguslah tu untuk title ko sebgai anak sulong..cam aku jugak :)

    Maassalamah, wailalliqa’

  7. sam Says:

    wah!! boleh tahan juga si naem ni.. [-(

  8. naem Says:

    kak bizmalaya, saya guna akismet. Memang bermasalah skit akismet ni nampaknya. Semua komen akak mesti masuk kuarantin dulu. Heran sungguh..

    “maassalamah, wailalliqa’” dah lama tak guna ayat ni.

    Boleh tahan? Huh! itu yang tak tahan ..hohoho:d

  9. affuan Says:

    ciptaan Allah itu semua hensem. :d/

  10. salihin Says:

    all the best naim…

  11. ahib0205 Says:

    memang HYPE! caya2.. apa2 pun aku tertarik satu jek pasal ko. pasal nk kawin tu. tahniah! :)

  12. titan Says:

    21 subject? Campur feqah, tauhid dengan tajuwid, tasawurf dan lelain ke? Lebih kurangla. Tapi yg ingat-ingatla..aku tak terer cam ko. Bahasa Arab tinggi dapat 4B je..selalu dapat 7D je..Hehe. Takpe. Ko memang terer..

    Bukan aku yg tukang setat. Fahmishah setat tag aku. Pastu bermula la balik era taq-mengetag nih..

  13. saharman Says:

    amacam income adsense kau sekarang ni still maintain ke ..?

  14. Han Says:

    huh…A1 tu bahasa arab…
    tak buat blog bahasa arab ke naem??…hehe
    boleh dpt kawan2 org arab lak…

  15. naem Says:

    Bro titan, saya nak cuba cek asal usul tag ni, tak boleh masuk blog bro plak.. itu pasal saya buat andaian tag kali ni bro yang mulakan.

    Income saya? hohoho..tak sekencang dulu lagi dah.. Almaklumle banyak faktor2 yang dah semakin hari akan berubah.

    Nak buat blog bahasa arab? hehehe..saya ni buat blog ekonomi boleh le..Dah lama dah tinggal. So, termangu-mangu jugak la nak kecek arab ni..huahuahua@-)

  16. borakbola Says:

    hehe.bro ada pertandingan best kat laman web borakbola.kalau rasa nak join apa salahnya :):)

  17. emet Says:

    Hi naim, menarik kisah ko ni…

    Perkara no 4 tu sama la mcm aku gak, aku ni pon start kenal “internet” ni pon masa umur aku 20-21. Dulu yang aku tau cuma Yahoo n MSN jer…:) Itu pon ntah pape ntah yang aku wat…

  18. bizmalaya Says:

    oo patut ler…buat masa sekarang ni tak sempat nak balas tag u naem..nanti akak ceritakan pasal diri akak k

  19. catzer Says:

    erm sekolah agama erk, aku dulu dpt tawaran sekolah agama lps UPSR..ekekekek.tak pergi sbb parent aku suruh fikir betul2,jgn nanti dah masuk then nak kuar plak..aku terpilih masuk ke sekolah tu sbb menjadi antara 10 pelajar terbaik sekoalh agama rakyat peringkat daerah.Huh,actually aku superb nakal so parent aku risau aku buat hal mcm2..

  20. noorizam Says:

    lama tak masuk blog naem.. kena tag manjang je aku nih.. tapi tak berbalas2 lagi.. :)

  21. Syamsulariff.com » Lindsay Lohan cannot speak malay Says:

    [...] now forget about the crap introduction above because i want to answer my friend’s tag first. By the way, naem has been tagged by Syed Hafidz & Emet before that “tag” [...]

  22. 8 Mystery About KakiBangku, The Author Of BorakBola.Net Revealed For Readers Says:

    [...] seminggu di’tag’ oleh Naem di Diari Adsense dan baru-baru ini ini pula oleh Afham pula, tibalah masanya segala misteri peribadi, rahsia gelap [...]

  23. zool Says:

    Wah naem pun kena tag jugak ye…
    Saya pun dulu buta IT..
    sekarang tak berapa buta tapi kena pakai spek…
    Melalut plak….

  24. PELUANG PERNIAGAAN INTERNET » Blog Archive » Di Sebalik Bizmalaya Says:

    [...] leh cerita banyak-banyak nanti tak der privacy :).lagipun saya dah janji ngan saudara naem kan… Tak baik tak tunai janji, nanti dosa lak kan..heheheh.tak byk citer yang menarik pun psl [...]

  25. starline Says:

    Sama macam member saya la,Maktab Mahmud jugak.Bijak gila tapi x buat e-biz,sekarang dia jadi saintis.perghhh..

Leave a Reply