Archive for February, 2008

3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2

February 11, 2008 • naem • blog reactions

Artikel ini adalah bahagian kedua “3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 1. Di dalam kupasan sebelum ini, saya sedaya upaya sepenuh tenaga mengupas kenapa kita semua tidak digalakkan untuk menumpukan niche blog pada katakunci tunggal ( Single-term Keyword ). Tapi itu cuma 1 sebab baru. Untuk kali ini, saya kupaskan lagi dengan sebab yang kedua.

 

2) CTR ( Click Through Rate ) Yang Rendah

CTR atau click through rate ni macam pernah dengar kan? Hohoho..Kalau masih baru dalam dunia adsense, boleh la sikit-sikit saya terangkan. Tapi kalau dah “expert”, buat-buat pejam mata je la ye. Ok. CTR ni biasanya anda akan perasan di bahagian akaun adsense. Angka yang dipaparkan dalam peratusan. So, kalau saya dipanggil Dewan Bahasa & Pustaka..hohoho..saya akan bagitau yang CTR ni ialah peratusan pengunjung yang lihat adsense di blog anda dan diorang klik iklan adsense tu. Boleh faham tak? Kalau ada 10 orang berkunjung ke blog anda yang ada adsense dan 2 klik terhasil dari pengunjung tersebut. Berapa CTR yang akan dapat?

adsense CTR

Jika saya berikan tumpuan pada kata kunci tunggal untuk optimasi dan niche blog saya, saya mungkin akan menderita dari CTR yang rendah. Rendahnya CTR memberi kesan dalam pendapatan adsense anda. Tahu kenapa? Pengunjung yang datang dari carian kata kunci tunggal lebih terarah kepada sikap “ketidakpastian”. Lagipun blog yang menggunakan “kata kunci tunggal” seperti “blog” akan menerima iklan adsense yang umum dan tidak mahal ( kebaragkalian iklan MFA pun boleh terpapar jugak ). Oh ya, Saya tak dapat mendedahkan CTR sebenar akaun adsense saya. Tetapi kebiasannya di tahap normal je. Sekitar 2% dan 5% sahaja. Ini nilai peratus yang normal. Cuma agak sakit jugak la berbanding orang lain yang dapat CTR yang tinggi. CTR yang tinggi bermaksud peratusan klik yang diterima juga tinggi. Posisi ads dan lain-lain faktor menyumbangkan keberkesanan optimasi adsense tersebut. Antara faktornya juga ialah tumpuan niche. Biasanya saya pasti ramai blogger yang membina blog dengan niche yang terlalu “general” akan menderita dari kesan CTR yang rendah ni ( lainle kalau dia tak berminat dengan adsense ). Untuk pemahaman lanjut berkenaan konsep CTR, e CPM dan lain-lain akan saya tulis pada artikel seterusnya berkaitan Matematik Dalam Adsense ni.

 

Artikel ini akan bersambung pada tulisan seterusnya di ” 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 3″

ps: artikel ini adalah olahan dari pemahaman penulis dan pengalaman sebenar.Idea dan isi ni bukan yang saya punya. Cuma saya huraikan dalam Bahasa Melayu dan sesuaikan dengan keadaan saya. Untuk bacaan asal, rakan-rakan boleh rujuk tulisan Jontahan Leger di sini. Beliau merupakan penulis kepada ebook 7 Search Engine Myths Exposed ( 7 Dongengan Enjin Carian Terbongkar ) . Jika anda masih belum memiliki ebook bernilai ini, dapatkannya PERCUMA di sini.

7 search engine myth exposed

Tags:[tags]adsense niche,jonathan leger,untargetted traffic[/tags]

 

3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 1

February 8, 2008 • naem • blog reactions

Bunyi tajuk ni agak janggal. Saya terpaksa menukarkan istilah “single-term” keyword kepada “kata kunci tunggal” supaya lebih mesra bahasa. Chewwwwaah…

Banyak perkara yang boleh disentuh berkenaan hal katakunci ( keyword ) ni. Sebelum ni pun saya pernah menulis artikel berkaitan pemilihan kata kunci yang ada hubungkait dengan kajian pasaran ( niche ). Antara artikel -artikel yang boleh anda rujuk seperti dibawah :

Secetek ilmu yang saya fahami, rupa-rupanya ada 2 jenis kata kunci yang sepatutnya kita tahu. Tahu tak? Kalau tak tahu…jap lagi saya bongkarkan. Pemilihan 2 jenis katakunci ( keyword ) ini akan menentukan usaha, tumpuan pasaran, masa dan kejayaan kita semua. Silap memilih, ia akan membezakan usaha, tumpuan pasaran, masa dan kejayaan kita. Untuk kefahaman yang jelas berkenaan hal ini, saya sarankan rakan-rakan tonton semula video ini.

 

 

Bagi yang pernah menonton video ini, kita teruskan perbincangan selanjutnya kenapa saya nyatakan 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”.

1) Untargetted Traffic (Pengunjung Yang Tidak Tertumpu )

Contoh : saya membina blog dan mensasarkan niche blog saya dengan kata kunci “teddy bear” ( walaupun kata kunci ni ada 2 patah kata ia tetap diklasifikasikan kata kunci tunggal ). Adakah saya orang yang bijak? Pastinya tidak. Mustahil untuk kita penuhi permintaan ( carian ) para pengunjung dengan tepatnya. Tetapi , dengan penumpuan pada kata kunci “teddy bear”, saya telah mengabaikan tujuan sebenar para pengunjung berkunjung ke blog saya tersebut. Barangkali yang berkunjung tujuannya untuk membeli barangan “teddy bear” dari Australia misalannya. Di bawah saya titipkan “screenshot” carian pengunjung berkaitan katakunci “teddy bear” dari SEO Book Tool. So, mesti boleh fikirkan apa yang pengunjung ingin cari dan apakah katakunci yang bagus untuk dioptimasikan?

Artikel ini akan bersambung pada tulisan seterusnya di ” 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 2″

ps: artikel ini adalah olahan dari pemahaman penulis dan pengalaman sebenar.Idea dan isi ni bukan yang saya punya. Cuma saya huraikan dalam Bahasa Melayu dan sesuaikan dengan keadaan saya. Untuk bacaan asal, rakan-rakan boleh rujuk tulisan Jontahan Leger di sini. Beliau merupakan penulis kepada ebook 7 Search Engine Myths Exposed ( 7 Dongengan Enjin Carian Terbongkar ) . Jika anda masih belum memiliki ebook bernilai ini, dapatkannya PERCUMA di sini.

7 search engine myth exposed

Tags: [tags]adsense niche, jonathan leger, untargetted traffic[/tags]

Michael Cheney’s Adsense Video Percuma!!!

February 6, 2008 • naem • blog reactions

Ada sesiapa yang kenal Michael Cheney? Ada tak?

Nak tulis panjang-panjang kat sini, tapi takut terlewat pula nak siapkan projek seterusnya. Nampaknya saya berceloteh ringkas je la ye… Semalam saya terbaca salah satu newsletter yang saya langgan. Memang banyak newsletter yang saya langgan ( Off course PERCUMA ). Bebola mata hanya tertarik pada tip-tip dan benda-benda percuma. Kalau setakat newsletter nak promote produk affiliate, saya dah delete awal-awal lagi..Hohoho.. Bukan apa, satu produk dilancarkan, hampir 20 emel newsletter yang ceritanya perkara sama dan tujuan untuk promote affiliate diorang. Huh…tension jugak kalau asyik nak kena keluar duit..hehehehe

Ini screenshot salah satu akaun emel yang saya ada.

emel

Salah satunya emel yang menghentak-hentak bebulu mata saya ialah emel dari Michael Cheney ( Aaaahh..tak kisah siapa dia, asalkan barang tu dia nak bagi percuma ). So, saya pun buka dan baca emel beliau dengan penuh seribu pengharapan untuk dapatkan barang percuma. Oh ya, terlupa nak maklumkan, kadang-kadang tak boleh percaya sangat tajuk emel diorang ni. Pernah jugak tertipu dengan tawaran percuma. Walhal nak promote link affiliate dia jugak. Dengan kebengangan yang amat sangat, saya klik je button unsubscribed.

Tinggalkan dulu geram saya yang tak abis tu. Berbalik kepada barang percuma si mamat Michael Cheney ni Di bawah ni saya paparkan screenshot barangan percuma yang beliau nak bagi.

 

michael cheney adsense video

imej ni hakmilik michael cheney

Ok lah, taknak celoteh panjang-panjang. Jom tonton video si Michael ni dan ambil apa yang patut.. Jumpa lagi…

 

michael cheney adsense video

Tags:

Tags: , ,