Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12

March 9, 2008 • naem • blog reactions

Sekadar kemaskini dari DiariAdsense.com

Berikut adalah “snapshot” dari web pilihanraya pas berkaitan keputusan pilihan raya umum ke-12.

 

keputusan pilihan raya ke 12

Secara keseluruhannya, saya turut berpuas hati ( chewwaaah..macam le aku ni penganalis politik ) . Kemenangan sudah digapai, sekarang adalah masa-masa untuk mengisi kemenangan tersebut. Suasana politik yang berubah angin ni diharapkan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya..

Bagi rakyat, kurangkan alasan. Apa yang kami (rakyat) tuntut adalah janji-janji yang diberikan. Saya yakin ramai para pembaca blog ini yang sudah muak dan mual dengan janji-janji Be End…Kali ini kita akan sama-sama melihat angin perubahan dan kerja keras Barisan Rakyat untuk memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara. Harapan agar segala kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin dititikberatkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Sungguhpun beberapa janji yang diberikan oleh calon-calon Barisan Rakyat agak janggal untuk terlaksana di atas pemerintahan yang masih bersisakan Be End, perjuangkan!!!….nyatakan pada seluruh rakyat bahawa hasil kerja dan usaha Barisan Rakyat memang jitu. Mudah-mudahan kami rakyat akan dapat menikmati kesenangan berkat kejayaan Barisan Rakyat.

Tags: [tags]Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12,PRU 12,Analisa PRU 12[/tags]

ps: ebook belum siap sepenuhnya..Harap maaf. Saya tetap akan menyiapkan secepat mungkin.

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

10 responses to “ Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 ”

  1. #1 borakbola
    09.03.08 at 11:10 pm

    tahniah buat ba sebab berjaya menidakkan 2/3 majoriti.at least barulah kerajaan maju untuk rakyat

  2. #2 Din Beramboi
    10.03.08 at 10:56 am

    Tahniah, tahniah dan tahniah…..beta sungguh berpuas hati dan bersyukur. Hehe..Negeri beta pun berjaya dipertahankan oleh Tok Guru kesayangan beta dan beta sememangnya tidak sanggup negeri beta di rogol bertubi-tubi oleh Be End terutamanya Awang Adek Hussin yg mahu menjadi bapak tiri beta.. :)

  3. #3 beduz
    10.03.08 at 5:10 pm

    harap segala manifesto yang dijanjikan akan terlaksana tanpa gangguan mana2 pihak..takbir!!

  4. #4 ahib0205
    10.03.08 at 6:42 pm

    Td pg sempat jeling berita terkini ada tunjuk la yg ramai ke kediaman rasmi paklah utk dgr paklah berucap.

    Pak Lah kata dia tidak akan letakkan jawatan dan akan terus berjuang! LAst ucapan tu paklah laungkan HIDUP BN (3X), HIDUP BARISAN (3X)

    Ternyata amat berbeza di Kelantan, Tok Guru berjuang atas dasar ISLAM dan laungan TAKBIR yg bergema.

    Moga kita tergolong dlm golongan org yang diberkati oleh Allah…

  5. #5 Nadlique
    10.03.08 at 11:06 pm

    Kalau nak ikutkan, memang ada hikmahnya BN dinafikan 2/3 majoriti and Barisan Rakyat menawan banyak kerusi parlimen. Hancur luluh ego Barisan Nasional yg menyangka mereka kebal.

    Walaubagaimanapun, saya masih tidak begitu yakin dengan manifesto yg dibentangkan oleh Barisan Rakyat. Saya risau ekonomi negara akan lumpuh. Harap-haraplah saya salah.

    Apa-apa pun, sama-samalah kita mentadbir negara Malaysia ke arah keamanan dan kemajuan.

  6. #6 kita
    11.03.08 at 9:51 am

    takbir :)

  7. #7 Afzai Afandi
    11.03.08 at 11:11 am

    Selepas ni..perjalanan dari KL ke Kedah tanpa tol..heheheh.

    Buat tuan punya blog…tahniah dapat MB baru.

    Panas ku sangka hingga ke petang,
    Rupanya hujan di tengah hari,
    Kelantan ku sangka dapat ditawan,
    Rupanya ku hilang 5 negeri….

  8. #8 naem
    11.03.08 at 12:48 pm

    “orang tamak selalu rugi ”
    “macam anjing gila bayang”

    hohohoho…. :d Baru pemimpin nak sedar, jangn permain rakyat…Tak guna angka2 ekonomi yang gah kalau rakyat tak dapat merasa.

  9. #9 titan
    13.03.08 at 12:48 am

    NO komen. Aku dapat SMS tu gak afzai. lebih 20 orang dah dok hantar.. Huhu..:-w

  10. #10 SyedHafidz
    04.04.08 at 12:16 pm

    Tahniah kepada BA!!
    Negara akan lebh maju sebenarnya jika mempunyai pembangkang yang kuat.
    Bukan seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu mengatakan negara tak perlukan pembangkang,cukup sekadar parti pemerintah sahaja

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>