Apakah Jenis Niche Yang Lumayan Dalam Adsense?
Soalan lagi… 2 hari sudah tajuk post saya pun berbentuk soalan. Tak percaya? Cuba cek balik . “Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?” bertarikh 17 Mac, ” Wow! Google Around The World ? ” bertarikh 14 Mac, ” Kenapa Lim Kit Siang Boikot MB Perak? ” bertarikh 13 Mac dan ” MajalahIM : Apa Kata Mereka ? ” bertarikh 12 Mac.Untuk kesekian kalinya saya letakkan soalan juga sebagai tajuk artikel saya hari ini.
Manusia normal tentu akan tanya bila tak tahu. Betul kan? Sebab itu saya berhasrat nak letakkan soalan je sebagai tajuk post saya. Didalam post kali ini, saya nak bincangkan niche ( pasaran ) yang menguntungkan dalam Adsense. Yup, memang untung kalau betul-betul dioptimasikan secara berkesan. Malang kalau sebaliknya.
Oh ya, memilih niche ni memang penting. Kalau tidak menumpukan pada niche ( pasaran ) yang spesifik, boleh jadi gila blog tu. So, disini kuasa fokus diterapkan dan kesannya akan memberikan pulangan yang menggembirakan. Tapi bagaimana ? Oh…. saya pernah terangkan dalam post-post sebelum ini hal berkaitan pemilihan niche ni. Berikut saya korek balik dari arkib diariadsense.com yang berjaya diselamatkan :
- Ai, Percuma Satu Niche Setiap Hari?
- Teknik Niche Dalam Adsense
- 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 1
- 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2
Jadi apakah niche yang paling lumayan dalam Adsense ni ? Huh..susah jugak nak jawab ni. Kalau ikutkan semuanya lumayan sebab program Google Adsense bukannya berbayar. Tetapi isu sekarang ialah YANG PALING lumayan. Yang dok baca ni tahu tak? Kalau tahu, bebanyak terima kasih sebab kesudian untuk berkongsi di ruangan komen di bawah nanti.. Hehehe…
Berikut adalah hasil tinjauan, temuramah dan skodeng pihak diariAdsense.com di seluruh pelusuk forum Adsense yang ada dalam Internet. Oleh sebab hanya tinjauan, temuramah dan skodeng, jadi maklumat ini bukanlah lengkap pun. Apapun nyesal jugak le kalau tak baca selanjutnya.. Oh!…
Niche ( Pasaran ) Yang Lumayan Dalam Adsense ialah Niche Yang :
- berkaitan law ( undang-undang ). Lebih kepada servis perundangan la ni
- berkaitan loan ( pinjaman ). Keperluan kredit membuka peluang kepada Ah Long -ahlong internet..hehehe
- berkaitan insurans. Semua aspek dalam kehidupan nak dijamin. Jadi ini lah servis yang akan menjadi penjamin.
- Berkaitan kesihatan. Yang saya maksudkan lebih kepada kesihatan bertujuan untuk kesempurnaan seperti kosmetik, kecantikan, berat badan dan sewaktu dengan sekufunya
- berkaitan credit card. Oh, yang ni nak sama macam perkara kedua.
- ada kaitan dengan peluang menjana pendapatan. Ramai yang nak cari side income, so memang demand sangat tinggi
- berhubung
sulitkait dengan Webhosting.- ada bau-bau bacang dengan “real estate”. Ini lebih kepada property ( hartanah)
- nak sama macam perkara 6. Lebih spesifik kepada stock market.
- seiring dan sejalan dengan penyakit-penyakit kronik manusia ( cancer & diabetes )
Di sebalik topik-topik yang saya nyatakan ni, anda boleh dan tak perlu pun segan untuk meneroka niali Ads yang ditentukan bagi setiap katakunci. Oh ya, rasanya web site ini lebih mudah digunakan berbanding melihat bidaan sang pengiklan di adword. Lihat paparan di bawah. Cuma tuliskan katakunci sahaja, senarai katakunci berkaitan dan nilai ads akan terpapar kemudiannya.

Nak cuba ? Guna link ini http://www.adsenseads.com
Oh ya, ada tak sesiapa yang berminat untuk memiliki Top 8000 katakunci bernilai untuk bulan Mac 2008 ? Sumbernya dari software keywordcountry. Kalau ada, tinggalkan juga permintaan anda supaya saya boleh kasi guna emel… Percuma dengan bersyarat. Syaratnya saya lampirkan dalam emel.

Hooo…cukuplah sepuluh kan? Ada lagi? Haaaa….takpe-takpe, silakan untuk tambah point lagi kat ruangan komen kat bawah. Semestinya pandangan para pembaca adalah pandangan yang berharga..
LATEST UPDATE
Saya tak bercadang nak gunakan emel untuk link download top 8000 HPK adsense untuk bulan Mac 2008. Jadi boleh dapatkannya secara percuma di sini.
File Name: top8000l.zip
Size: 500KB | Description: top 8000 hpk
Tags: , ads value, best adsense site, niche adsense









March 19th, 2008 at 7:23 am
bagus gile tips nie.wahh.thanks eh
March 19th, 2008 at 8:06 am
kat dalam blog ni tak der pun iklan google..ke u letak dalam blog lain..leh tahu blog u yg lain
March 19th, 2008 at 8:16 am
nice tool naem
dlu ada gak guna, lupa apa namanya. pastu diorang dah tak jadik, tak tercarik-carik yang len lepas tu. Anyway nice sharing. Got to blog this
March 19th, 2008 at 8:33 am
aku nak naem keyword yang power tu boleh?x kesahla apa syaratnya.janji dapt keyword tu.yang pasti keyword tu mesti powerkan.hehee
March 19th, 2008 at 8:45 am
[...] Kini saudara Naim telah menunjukkan tool yang bagus bagi HPK iaitu http://www.adsensekeywords.com. Untuk kefahaman dan pelbagai info yang menarik mengenai keywords untuk adsense ini, saya syorkan anda membaca post penuh di blog Diari Adsense.com bertajuk: Apakah Jenis Niche yang Lumayan dalam Adsense? [...]
March 19th, 2008 at 9:23 am
Salam,Naem sy nak jgk keyword tu,thanks
March 19th, 2008 at 12:21 pm
saya nak.. emel dh letak tu?
March 19th, 2008 at 3:26 pm
Wa…bagus artikel ni. Naem, aku pun nak la keyword power tu. Share yea…
Apapun syarat, aku nak jugak…asalkan x suh aku terjun menara KLCC dah lerr..
/
March 19th, 2008 at 8:57 pm
software yg bagus…aku suka esp article spinner tu..dh bookmark dh pun site tu..

March 19th, 2008 at 11:22 pm
Banyak ilmu ko menulis pasal adsense yer…bak mai kat aku sekali yang ko nak bagi by email tu naem
March 20th, 2008 at 12:33 am
saya dah ubah niat…hehehe…dapatkan secara percuma top 8000 hpk tu di atas…saya dah letak link download di hujung post
March 21st, 2008 at 5:34 pm
salam naem,

nie nk kongsikan bersama GoogleTopTrends dari 19/2-3/3 2008 dari Wordze..drpd t’simpan jek baik kongsikan.. http://www.sendspace.com/file/669cou ..
March 21st, 2008 at 5:46 pm
thanks…bagus info ni..
March 21st, 2008 at 8:40 pm
oh naem,
bkak diari lagi satu yek..bguz2..
March 21st, 2008 at 8:54 pm
a ah..tapi saya masih belum betul2 bersedia nak bagi tumpuan pada diari tu lagi..buat masa ni banyak lagi yang tergendala.
March 22nd, 2008 at 2:05 am
hm.. naem, better ko bg komitment takat mana yg ko mampu dulu beb…
takut tak terkjer2 n tak sempat jek.. hehehe
March 23rd, 2008 at 12:21 am
salam naem..
nie de lg info..feed utk hourly gTrend –>> http://www.google.com/trends/hottrends/atom/hourly
de satu lg web –>> spyfu.com
March 23rd, 2008 at 11:40 am
thanks bro awqi_zar
May 12th, 2008 at 3:52 am
macam mana nak masukkan keyword dalam blog supaya trafik tak putus-putus cari blog kita?
March 1st, 2009 at 2:49 pm
bro aper password file .RAR untuk http://www.adsenseads.com