Archive for March, 2008

Kenapa Lim Kit Siang Boikot MB Perak?

March 13, 2008 • naem • blog reactions

Artikel ini takde kena mengena dengan topik jana pendapatan dari Google Adsense. Cuma sekadar kemaskini tentang isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, provokasi demi provokasi semakin rancak diperhebatkan. Termasukla api perkauman yang dimainkan oleh media perdana. Bahaya sungguh…Mujur

Baru tadi saya ikuti perkembangan politik Malaysia berkaitan isu kerajaan campuran di Perak. Nampaknya Lim Kit Siang buat-buat tak faham ke atau sengaja tak faham? Hairan jugak… Baru sehari yang lepas pengerusi DAP perak sebulat suara membuat keputusan untuk menyokong pilihan Sultan Perak.. Alih-alih hari ni bertukar angin plak. Yang saya maksudkan bukannya Ngeh Koo Ham tapi si Lim Kit Siang buat hal dengan niat beliau untuk memboikot majlis angkad sumpah esok hari… Ini bukan isu remeh temeh.. Apakah si Lim Kit Siang tak sedar dengan keputusan yang dia buat ? Oh….. apa nak jadi ni?

Ini saya petik dari The Star bertarikh March 12 jam 8:45 pm

DAP to boycott Perak MB swearing-in

PETALING JAYA: The DAP central executive committee (CEC) has voiced its unhappiness over the appointment of Perak PAS secretary Mohammad Nizar Jamaluddin as Mentri Besar of Perak.

In a statement on Wednesday, DAP adviser Lim Kit Siang said, “The DAP CEC has given approval for the formation of a Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS.”

Lim said DAP leaders, members and supporters are shocked at the decision to appoint a PAS assemblyman as Perak MB….

Nampak tak? ada percanggahan dengan keputusan DAP sebelum ini. Saya cuba-cuba untuk meninjau sebentar di Blog Lim Kit Siang, tapi dah sampai tahap Internet Server Error 500. Bandwith dah lebih la tu… Ini plak saya petik dari website DAP.

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 12th March 2008:

DAP CEC has given approval for the formation of a Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS – DAP Perak SAs to stay away from swearing-in ceremony

The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.

Lim Kit Siang, pesanan dari saya untuk mu…

Saya rakyat yang memilih dan menentukan siapa perwakilan saya. Anda seharusnya mementingkan agenda nasional melebihi kepentingan parti ( nampak macam ada unsur perkauman ). Hormati keputusan Sultan seadanya dan jangan angkuhkan diri dengan pendirian sebegitu rupa..Sangat memalukan jika kehebatan Barisan Rakyat yang anda tampilkan seolah -olah mempunyai kegilaan kuasa yang amat sangat. Kenapa perlu ada percanggahan pendapat dengan keputusan yang dibuat Sultan? Apakah Lim Kit Siang sudah lupa dengan perpaduan kaum selama ini. Anda lebih tua dari saya. Bahkan cukup selesa untuk saya gelarkan anda dan rakan sesebaya anda sebagai datuk ( orang yang dah tua ). Kenapa perlu ada percanggahan dalam hal sesensitif ini. Apakah Lim Kit Siang lupa yang kerusinya masih lagi dibawah kekuasaan kerajaan Negeri Perak.

“Derhaka rakyat dibuang negeri, derhaka Lim Kit Siang padah DAP”

Info tambahan : Negeri Perak telah ditawan oleh barisan Pembangkang dalam PilihanRaya Umum ke 12 yang lalu. Pembangkang merampas Perak dengan majoriti mudah 31 daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di mana DAP menang 18 kerusi PKR (7) dan PAS (6).

Kemaskini :

Salahfaham berhubung isu pelantikan menteri besar baru Perak telah selesai, kata Pengerusi DAP Perak.

Berikutan itu, katanya, semua ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS.

Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini pagi ini.

ps: harap-harap penyelesaian yang baik dipenghujungnya.

pps : Alhamdulillah…Sekarang masa-masa untuk mengisi kemenangan..

MajalahIM : Apa Kata Mereka ?

March 12, 2008 • naem • blog reactions

Sila baca betul-betul…Tolong letakkan cawan minuman yang anda pegang. Tulisan di bawah tidak sesuai dibaca di bawah pengaruh “alkohol”. Tulisan dibawah telah disunting hasil perbualan dengan makhlus halus…oh!

 

Seputeh : Oi…ko dah baca ke belum MajalahIM?

 

Semerah : MajalahIM ? Tak pernah dengar pun? Ko mengarut ape ni? Majalah lain takde ke? Majalah PC ke, Majalah Wanita ke…hehehe

 

Seputeh : Tu le engko ni. Aku dah cakap awal-awal. Nak jadi Internet Marketer atau sekroni ( bukan KJ dan Undi Lah ye ) dengannya, perlu meng”update”kan diri ko selalu.

 

Semerah : Oooo…ye ke? Naper plak dengan MajalahIM ? Ko ade ke? Moh sini nak bace.. Percuma kan?

 

Seputeh : Ha ah..nah ambil ko…

majalahim

 

Sambil seputeh menolak-nolak laptopnye yang dah berusia tu..Kembang kempis hidung beliau sebab dah berjaya membuktikan yang kononya dia la ter”update” dengan isu-isu semasa dalam keusahawanan internet.

 

2 Jam berlalu..Tekun sungguh rupanya si Mamat semerah ni membaca. Terpacul keluar dari bibir Semerah …

 

Semerah : Cit Poodah…ape punya majalah daaaa….Takde gambar-gambar menarik lansung…Kaler je yang banyak…Masukkan la gambo skit..Ini sidang redaksi pun tak tunjuk muka..Cit Poodah..

 

Seputeh : Ye ke? Alaaaa….gambar bukan nye penting pun..Yang ko nak pi cari gambar Kak G tu ape sal?

 

Semerah : Errrrr..takde le…Aku ni suka menyegarkan mata..Aku ingatkan ni majalah betul..Rupanya majalah dalam komputer.Sengal sungguh le ko ni.. Lain kali cakap le Ezine..Baru aku faham..Orang kampung aku panggil ni Ezine, bukannya majalah..

 

Seputeh : yela -ye la…Aku cepuk kang budak ni. Ok tak MajalahIm ni…errr..Ezine ni?

 

Semerah : KO..Aku tak kenal pun mamat-mamat Team FlareBiz ni. Ko kenal..Link website ye takleh akses pun. Apo kobondo?

 

Seputeh : Sengal ko ni…Nak akses website kena la ada internet. Kalo cucuk kabel LAN tu kat lobang hidung ko tu memang tak boleh aksesnye. Ok, Team FlareBiz ni setahu aku la, diorang ni hasil gabungan 2 orang budak. Diorang bersatu tubuh menghasilkan segala gerak kerja dalam keusahawanan internet bersama… Alaaaa..takan ko tak kenal si Adly aka Labanon tu.. Budak kecik yang dah pandai buat ebiz sendiri dah…Masyuk plak tu…Yang ko ni bila lagi.. aku nanti dulu..oh!

 

majalahim

 

Semerah : Oooo… hehehe…Aku suka tengok cover ezine ni.. Kenape dia letakkan imej si lelaki nak koyak baju…Tak menarik le…Kan bagus kalo….

 

Seputeh : Letak gambo pompuan? Huh! Otak biru sungguh ko ni..

 

Semerah : hehehehe…Apapun aku tak puas hati sangat dengan Ezine ni..Sekali baca, menyerabutkan..Kalau aku budak baru dalam internet ni, memang kompem aku pening lalat nak baca Ezine ni..Aku faham pembahagian dia. Tapi susah jugak la kalo takde pembahagian yang jelas..Kata orang ” section” by “section” le.. Baru sennag skit.. Tapi kan….Hurmmm… Ezine ni untuk saper ek? Macam untuk para pembaca WangCyber je.. Nampak macam tak mesra.. .ohohoho…

 

Seputeh : ye ke ?

 

Semerah : Ha ah…Cuba ko baco..

 

Seputeh : Ha ah…betul le cakap temberang ko tu…Memang tak betul pun apa yang ko cakapkan.. Aku fikir tak juga…Aku dah baca yang edisi kedua.. Memang la pengaruh WC tu kuat. Tapi diorang yang sidang reda ksi ni memang keje kuat. Sekali baca, banyak plak info yang aku dapat. Bukan je setakat Labanon tu tulis, Bro smartzul, Alang, Vince Tan dan macam-macam lagi yang terer -terer ni menulis. Jadi, macam-macam le bidang yang diorang tulis… Dari cara nak buat duit, ada skit psycho hinggalah ke bab kesihatan.. Mungkin lepas ni ada petua “malam pertama” kot..Hohoho..

 

Semerah : Erkk…Ko dah ade edisi kedua tu.. Apsal tak cakap awal-awal..Aku pun nak bace jugak…

majalahim

Rakaman terputus seketika…Sekadar makluman, perbualan ini terpaksa saya hentikan memandangkan saya nak ke kelas sekarang ni..Harap maaf ye…

Seputeh dan Semerah ni tak wujud.. Takde kaitan dengan penulisnye walaupun dia yang menulis. Kalau ada kaitan tu, haaaaa….alamat umur tak panjang le tu… :-)

ps: Nak cuba jadi kreatif, sebab tu tulis macam ni…Ohoho, nampaknya memang kurang kreatif saya ni. Nak kena banyak membaca lagi teknik-teknik menulis yang bagus..

 

pps: Sebahagian tulisan tu agak kasar. Jangan makan hati atau hempedu la ye.. Maaf berbanyak..

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12

March 9, 2008 • naem • blog reactions

Sekadar kemaskini dari DiariAdsense.com

Berikut adalah “snapshot” dari web pilihanraya pas berkaitan keputusan pilihan raya umum ke-12.

 

keputusan pilihan raya ke 12

Secara keseluruhannya, saya turut berpuas hati ( chewwaaah..macam le aku ni penganalis politik ) . Kemenangan sudah digapai, sekarang adalah masa-masa untuk mengisi kemenangan tersebut. Suasana politik yang berubah angin ni diharapkan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya..

Bagi rakyat, kurangkan alasan. Apa yang kami (rakyat) tuntut adalah janji-janji yang diberikan. Saya yakin ramai para pembaca blog ini yang sudah muak dan mual dengan janji-janji Be End…Kali ini kita akan sama-sama melihat angin perubahan dan kerja keras Barisan Rakyat untuk memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara. Harapan agar segala kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin dititikberatkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Sungguhpun beberapa janji yang diberikan oleh calon-calon Barisan Rakyat agak janggal untuk terlaksana di atas pemerintahan yang masih bersisakan Be End, perjuangkan!!!….nyatakan pada seluruh rakyat bahawa hasil kerja dan usaha Barisan Rakyat memang jitu. Mudah-mudahan kami rakyat akan dapat menikmati kesenangan berkat kejayaan Barisan Rakyat.

Tags: [tags]Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12,PRU 12,Analisa PRU 12[/tags]

ps: ebook belum siap sepenuhnya..Harap maaf. Saya tetap akan menyiapkan secepat mungkin.