Archive for April, 2008

Keputusan Lead “Rahsia PPC Percuma”

April 26, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Lama tak menulis..Agak kaku jugak. Saya terpaksa meninggalkan DiariAdsense hampir seminggu lamanya. Semuanya oleh sebab pembikinan dan pelancaran PPCPercuma.com. Huhuhu..Lagipun sekarang ni pelajar-pelajar di kebanyakan universiti sedang bersengkang mata nak baca buku…Gara-gara nak jawab soalan peperiksaan. Waduhhh….

Sekadar makluman para pembaca DiariAdsense, saya sedang bertungkus lumus menyudahkan salah satu perancangan saya untuk 2008 ni. Nak buat bisnes online…Alhamdulillah dah pun siap dan dah mula dilancarkan.. InsyaAllah dalam masa beberapa hari lagi saya akan umumkan plak promosi besar-besaran oleh Rakan JV.

Takpe, kita tinggal dulu ye.. Macammana dengan income Adsense semua? Ok tak? Hoho..biasa la kalau seciput dua.. Benda alah macam ni tak mudah nak jadi mudah..Perlukan kesabaran dan kesungguhan. Resepi kejayaan ramai penggiat adsense terkenal ialah mereka bersungguh-sungguh. Tak perlu pun tau semua teknik promosi. Sebaliknya cukup sekadar 2 teknik saja dan di praktiskan betul-betul..

Ok, saya nak teruskan ke agenda utama saya. Seperti yang termaklum, saya pernah melancarkan ebook percuma ” Rahsia 7 Dalam Adwords” 24 hari yang lalu. Apa yang saya lakukan ialah saya pelbagaikannya dengan menggunakan khidmat The list virus serta membuat pertandingan bagi lead terbanyak.. Sayangnya..di awal proses pelancaran saya mengalami masalah teknikal..

Ada-ada je link yang tak dijejak dan subscriber yang tak dikesan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menukar pertandingan agar menjadi lebih mudah. Ya hanya dengan membantu saya mempromosikan ebook tersebut di blog mahupun forum atau newsletter. Natijahnya, memang berkesan. Dalam masa yang sama, masalah teknikal berjaya diselesaikan pula dalam tempoh 6 hari selepasnya.

So, di bawah ni saya nyatakan berapa banyak subscriber yang saya dapat selamat 24 hari ini.

New Picture (104)

Secara keseluruhannya matlamat saya untuk mencapai 1000 subscriber tak tercapai dalam masa 20 hari. Banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Read the rest of this entry →

Hadiah Sebuah Ebook & JV PPCPercuma dot Com

April 17, 2008 • naem • blog reactions

Tolong…..

Tolong……

Tolongg…………..Baca petikan artikel di bawah… hehehe

Salam buat semua

Saya tak dapat nak berceloteh panjang untuk post hari ni. Cuma apa yang saya dapat singkapkan ialah saya nak mempromosikan ebook saya sendiri.

Barangkali ada yang belum pernah membaca ebook tulisan saya, jadi boleh dapatkan disini. Panduan percuma yang saya tajukkannya dengan perkataan ” Rahsia 7 Dalam Adwods “.

adwords jejak terakhirKemudian saya kongsikan 1 tips yang tak ramai orang tahu tentang mengaktifkan Adwords menggunakan Maybank2u. Percuma jugak ebook tu. Khas kepada mana-mana subscriber saya yang telah dapatkan ebook percuma pertama saya di atas. Untuk maklumat tentang ebook tu, boleh baca disini “Aktifkan Adwords Dengan Maybank2u

Ok…tarik nafas jap…

Saya ringkaskan..

Pada 20hb April nanti, saya akan lancarkan ebook pertama saya versi berbayar.

Maklumat tentang ebook :

rahsia ppcpercuma

Tajuk : Rahsia PPC Percuma
Kenapa dengan tajuk ni ? Saya dah bingung sebenarnya. Tapi apa yang rahsia tu ialah bagaimana saya menggunakan tawaran sedia ada syarikat Pay Per Click (PPC ) seperti Adwords untuk membina akaun dan menjalankan kempen iklan tanpa perlu hiraukan kos.

New Picture (96)

Yup..Fakta perlu tahu ! Read the rest of this entry →

Blog PPCPercuma vs Blog DiariAdsense

April 13, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua..

7 hari yang bakal menjelang tiba nanti akan menguji setiap dari hasil pembelajaran saya selama lebih kurang 5 bulan bagi semester ke 6 di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya. Huh…semakin ribut kepala otak dibuatnya. Nak baca buku, nak ulangkaji, nak uji projek ppc, nak update diariadsense, nak siapkan web untuk seorang YB, nak siapkan projek bisnes online pertama, nak penuhi permintaan adly aka Labanon untuk MajalahIM 3  lagi,…nak…nak…nak kahwin! hohoho…

Ikutkan hati semua nak dibuat. Tapi menjelang kesesakan lalulintas masa yang ada ni, nampaknya banyak le yang terpaksa dimadukan. Masa untuk makan dimadukan, masa untuk menulis blog dimadukan, masa untuk adsense dimadukan, masa untuk tidur dima….??? hurmmmm…

Kita tinggal sekejap ngomelan seorang manusia yang lemah ini. Kita beralih pula kepada topik yang sepatutnya. Apa topik hari ini? Owwhhh…Topiknye mudah iaitu saya nak perkenalkan kepada rakan-rakan para pembaca sekalian yang saya sebenarnya telah siapkan sebuah lagi blog khas untuk PPC. Yup..blog berkaitan pengiklanan internet.

Ini linknya http://www.ppcpercuma.com/blog atau klik header blog dibawah.

Rahsia Pengiklanan Pay Per Click Percuma

Bertambah satu blog, bermaksud bertambah satu lagi peluang pendapatan, bermaksud juga bertambah satu lagi tanggungjawab sebagai blogger kesepian. Namun berkurang jugak la masa untuk bermalas-malasan. Memang rutin harian untuk mewatakkan diri sebagai seorang pemalas terhormat…Ohhhh…

Jika di DiariAdsense dot Com, semestinya saya akan kupaskan pelbagai perkara yang asalkan ada bau-bau bacang mahupun durian dengan Pakcik Adsense. Akan tetapi berbeza dengan blog baru saya yang satu lagi. Blog PPCPercuma tersebut diharapkan akan dapat mewarnai dunia perblogan dengan topik dan niche tersendiri. Yang pastinya  saya akan terus kekalkan gaya tulisan  supaya dapat memesrakan diri dengan para pembaca sekalian. Alaaaa..nak tiru ala-ala bro Titan EarnCent dan En Shuth RahsiaBlogger tu. Gaya yang masyuuukk..hehe

Ermmm…Mungkin agak rasa janggal topik Adwords, YSM, dan lain-lain PPC dibincangkan disini. Justeru, saya mengambil keputusan tersengaja untuk melancarkan blog baru tersebut. lagipun ada lebihan database, itu yang gatal-gatal tangan nak buat blog lain. Kalau ikutkan hasil kerja, ada 3 blog semuanya. Tapi blog yang satu lagi saya masih nak simpan dan sengaja taknak popularkan memandangkan masanya belum tiba. Mujur guna Netkl saranan Abg ZulSmartusaha tu,memang menjimatkan.

Okies…itu je la kot kemaskini terkini dari saya. Bukan berita terkini mahupun MalaysiaKini, apa yang pasti ialah kini saya menjadi seorang lagi penulis kepada blog yang bakal menerajui dunia perblogan ppc di Malaysia. Chewwwwaaah.. Lepas ni mana tau, kot-kot boleh JV dengan OTAI IM besar macam En Sham RajaAdsense.

ps: matlamat dan halatuju blog tu belum lagi difikirkan. Mungkin selepas 10 post baru saya akan fikirkan

pps: Kalau dah ada yang berminat nak bertukar-tukar link dengan blog PPCPercuma tu, boleh le tawarkannya di sana ye. Mesti best ni…Blog yang guna domain berbayar je la ye. BlogSpot atau yang seangkatan dengannya saya keberatan nak terima.

ppps: Harap rakan-rakan yang dah tahu tu , berkunjung le ke blog saya tersebut. Nak promote lebih-lebih malas plak. Rasa macam segan semacam je. Hohoho..