Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…

Salam buat semua.

Saya harap tulisan kali ini lebih terus kepada point yang ingin saya nyatakan. Pada 4 hb April lepas saya telah lancarkan ebook PERCUMA yang bertajuk “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Kandungan ebook tersebut boleh dirujuk pada artikel ini “Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!! “.

 

rahsia 7 dalam adwords

( Kunjungi www.ppcpercuma.com )

Namun begitu, bukan setakat ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” sahaja yang percuma. Saya turut tawarkan satu lagi ebook percuma “Adwords : Jejak Terakhir!” sebagai pelengkap kepada siri pengenalan Google Adwords. Ohh…memang percuma. Saya tak terniat nak kenakan sebarang harga pun sebab saya yakin ramai yang akan mendownload dari membeli buat masa ni. Lagipun saya harap ebook tersebut menjadi amal saya di dunia dan bekalan di hari akhir sana. InsyaAllah.

 

adwords:jejak terakhir

Ebook ” Adwords : Jejak Terakhir!” adalah pelengkap kepada ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya telah nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mempromosikan kepada rakan -rakan yang lain dan mendapat 5 subscriber di bawah URL yang disediakan akan mendapat ebook ini secara percuma. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa orang je yang berjaya. Saya hairan jugak. Hohoho..macam ada masalah teknikal di pihak saya rasanya.

Justeru, di dalam post ini saya ingin nyatakan yang saya ingin memberikannya secara percuma sahaja dengan syarat yang lebih mudah. Ermmm..nak kata syarat tu takle, lebih kepada cara yang perlu rakan-rakan lakukan untuk memastikan anda boleh dapat ebook tersebut secara percuma.

Caranya :

 

  1. Anda mesti mendaftarkan diri di www.ppcpercuma.com untuk mendapatkan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords terlebih dahulu. Pastikan anda telah mengesahkan akaun anda. Anda turut dibekalkan dengan “alat promosi” khas.

  2. Pada setiap jam 12.30 malam, saya akan memindahkan data subscriber ke dalam autoresponder rasmi saya ( Getresponse ). Anda tidak perlu mengisi borang sekali lagi. Hanya perlu periksa emel anda untuk pastikan anda mendapat emel dari saya ( Getresponse ) dan mengesahkannya. Tujuannya mudah untuk saya menghantar siri tips dan apa sahaja yang berguna untuk anda semua.

  3. UPDATE : dapatkan 5 orang subscriber di bawah anda dan dapat ebook percuma.
  4. Gunakan “alat promosi” yang disediakan didalam akaun masing dan buatkan satu ulasan di blog masing-masing. Mudah je. Saya ada sertakan ayat promosi di dalam akaun masing-masing. Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan ini lah masa nya untuk anda cuba membina blog sendiri menggunakan blogspot.com.

  5. Setelah mengulas, tinggalkan komen di sini. Nyatakan url post anda dan URL ID akaun anda.

Itu sahaja. Mudah bukan? oh ya…Untuk 5 orang pengulas terbaik dan mendapat respons pengunjung diblog masing-masing yang ramai, akan diberikan ebook seterusnya oleh saya yang bertajuk “RAHSIA PPC PERCUMA“. Ebook ini akan membongkarkan kepada anda cara-cara mudah untuk mengurangkan kos pengiklanan PPC tanpa menjejaskan jualan/lead/ataupun traffik.

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Tags: , , , ,

25 Responses to “Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…”

  1. zaki Says:

    Wah! Bagus ni, rajinnya buat e-book. Memang betul, memberi bahan bermanfaat seperti itu adalah amalan dan bekalan yang bagus. Keep it up bro.

    Look forward for coming ebooks from you. Adios :d

  2. kita Says:

    bagus ebook ini..nanti saya review dalam blog saya

  3. titan Says:

    hehe. aku dah reveiw dan dah baca semua tu. Ehm, leh pakai maybank. Nanti aku test power.;)

  4. zaki Says:

    89048

    http://zakiyamani.com/2008/04/06/free-google-adwords-guideline-ebook/

    :d/:d/:d/

  5. Razif Yusof Says:

    Maklumat yang menarik & berguna…:-?

  6. naem Says:

    bro zaki, saya dah aktifkan link download dalam akaun bro..Thanks

  7. Ebook Percuma : Rahsia 7 Dalam Adwords - Page 5 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia Says:

    [...] nyatakan ID url anda. keterangan yang lebih lengkap saya telah nyatakan di dalam blog saya disini Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi… | diariadsense.com terima kasih [...]

  8. mozumel Says:

    ape khabar kawan lama?? kenal lagi tak aku.Zulhilmi xkmkn..kalau tak ingat tak mengapa. Apa2 pun taniah aku ucapkan.ebook yang penuh informasi. keep up the good work.. :d

  9. Maizul.com » Blog Archive » Rahsia 7 Dalam Adwords Says:

    [...] 7 Dalam Adwords Rahsia 7 Dalam Adwords adalah sebuah ebook yang telah dihasilkan oleh saudara naem. Ianya sebuah ebook percuma yang menerangkan bagaimana cara-cara untuk mendaftar dan menjalankan [...]

  10. naem Says:

    zul? mula tu mmg tak kenal..tapi dah pi selidik blog ngan mybloglog..so kenal la…apapun, congratz coz menjejakkan kaki ke alam siber ni… :d

    bro maizul, cek akaun ye..thanks sebab bagi ulasan ..Tolong bagi ID URL…Bro maizul guna username sham ke?

  11. awqi_zar Says:

    pening jap naem..lepas 7Rahsia dlam Adwords de lg ebook Adwords:Jejak terakhir pastue ade lg buku heh..tjuk Rahsia PPC Percuma yek..haha..pening skit..dh nk exam dh..

  12. naem Says:

    yup ada lagi….tapi yang terakhir tu ada “umppph” skit…:d

  13. edifier Says:

    saya dah review di blog saya tp dalam base omputih la sikit..heheh..ni link post nye
    http://ultimate-resalerights.com/tips/?p=45

    ID:88961

  14. naem Says:

    thanks edifier…please check ur account :)>-

  15. Maizul Says:

    Naem haah :d ID saya 88817

  16. naem Says:

    bro maizul, saya dah upgradekan…minta maaf ye…sejak 2 3 hari ni, internet dari maxis broadband ni menyakitkan hati… :-w

  17. Mazri Says:

    Hi, boleh join? Saya dah banyak baca ebook tentang adword. Paling terbaik setakat ini ialah Beating Adword. Saya dah bandingkan dengan produk adword yang lain. Tidak setanding dengan Beating Adword.

    Saya download percuma saja ebook yang berhaga USD$67 tu. “Terjumpa” di internet. Saya baca dan saya cuba, memang berbaloi dan berhasil. impression sket tapi klik banyak, sehingga kos keyword saya turun menjunam.

    Memang saya rasa bertuah dengan ebook Beating Adword. Saya akan translate tip dalam ebook tu ke dalam bahasa Melayu suatu hari nanti. Jangan lupa klik nama saya kat atas. ok. TQ.

  18. naem Says:

    thanks mazri..sama le dengan saya..saya pun belajar dari ebook tu jugak…

    Saya tak pernah baca ebook adwords yang lain, jadi saya tak dapat nak buat perbandingan..Bagi saya semua ebook bagus selagi input yang saya dapat tu saya boleh amalkan…

    ps: bro mazri nak tak jadi penulis di blog PPCPercuma saya tu?

  19. Mazri Says:

    Saya tengah nak habiskan baca ebook Escape with Adword dan lagi satu Adword Confession.

    Paling saya nak baca ialah ebook dari Perry Marhall. Pakar Adword. Saya terjumpa ebook ini di internet, tapi xleh bukak. Protected.

    p/s: Tawaran bro naem tu bagus juga. Saya tidaklah terer mana pun. Hanya hobi saya suka membaca. En naem lagi terer kan? :)

  20. naem Says:

    thanks sebab sudi dengan tawarn saya tu.kalau mazri setuju, mazari boleh terus daftarkan diri di blog PPCPercuma saya tu,nanti saya setkan mazri sebagai penulis…tawaran saya kupon Euro 30 ( RM187 ) Adwords untuk 5 artikel permulaan ni.

    oh ya,Saya dah baca ebook perry marshal tu..rasanya tak beating adwords tu lebih lengkap…

    Yang adwords confesion tu pun saya dah baca gak, adwords blackbook, adwords voucher,37 adwords secret,adwords mistake,adwords180, maximize adwords,adwords handbook…

    Ohhh…tak larat nak praktis…setakat ni sy tak praktis semua yang sy baca tu..tak sempat..ni saya sedang mula praktis satu demi satu…

  21. PPCPercuma dot Com » Blog Archive » Aktifkan Adwords Dengan Maybank2u Says:

    [...] Cara mudah pembayaran menggunakan “Bank Transfer” ini dah pun saya catatkan dalam ebook PERCUMA saya ” Adwords: Jejak Terakhir”. Nak tahu lebih lanjut tentang ebook percuma ni? Rujuk artikel saya di sini “Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…” [...]

  22. ilhamputra Says:

    thanx bro.memang info yang baru lagi saya yang masih lagi newbie dalam menjana pendapatan dengan internet.saya dah pon review promosi ppc ni dalam blog saya.memang tips yg baik dan harap dapat membantu sy buat duit dgn kaedah ni.tahniah kerana berjaya menghasilkan panduan ni

  23. naem Says:

    ilham boleh tolong maklumkan saya url ulasan tu tak? mudah saya nak track dan perhatikan ID ilham..

    nanti boleh la saya aktifkan terus dari akaun Ilham

  24. zack Says:

    Hi,

    Ilmu yang saya dapat itu amat bagus sekali…
    Sesuai untuk orang baru macam saya

    :)

  25. GOogleads Says:

    :-?:-?:-?:-?:-?
    adakah ini .Same dengan penemuan seorang doktor yang mengatakan Beliau dapat Google adwords percuma

Leave a Reply