JomSeminar : Membongkar Rahsia 5 Usahawan Internet Malaysia
April 7, 2008 • naem • blog reactionsSejak dua menjak ni, macam -macam yang hangat dan panass berlaku. Walaupun asyik hujan je memanjang setiap petang. Yang hangat tetap hangat persis sehangat goreng pisang kat tepi blok yang saya huni ni. ermmmm…saya pun hangat jugak..Tapi taknak la jadi hangat-hangat taik ayam.
Sebelum maghrib tadi, sempat jugak le saya melewati satu demi satu blog yang menjadi kegemaran saya. Antara blog yang memang best dan mengujakan bila membaca ialah blog titan. Bro titan ni memang pandai menulis. Kalau nak banding tulisan saya dengan tulisan bro titan ni, tulisan saya lebih kaku.Sopan le kot…hohoho… Maaf saya jarang bahasakan diri “aku”. Dah terbiasa dari sekolah menengah sampai le ke Universiti berbahasakan diri “ana”. Sampaikan member-member berlainan latarbelakang pun terpaksa bahasakan diri “ana” dengan saya…hohoho..menyusahkan betoi le ko ni naim..kehkehkeh..
Ok, apa yang menarik dan panass sangat ni ada kaitan dengan bidang keusahawanan internet tanah air. Yup..takde kaitan pun dengan kes Sufiah atau Shilpaa Lee tu. Dan takde jugak kena mengena hidup atau mati dengan kekucar kaciran politik Pak Lah dan Barisan Nasional. Apa yang menarik tu? Lihat dulu imej dibawah…
Secara peribadinya ini adalah seminar yang menarik. Pssss..saya ni belum pernah menghadiri mana-mana seminar lagipun yang berkaitan usahawan tanah air ni.. Ohhh..bukan taknak pi, tapi bak kata orang hati belum terpanggil lagi. Tu yang malas nak pergi tu.
Berbalik kepada JomSeminar ni, saya cuba je memeriksa butiran ” siapa disebalik tabir” tapi gagal. Maklumat yang saya dapat terlalu umum. Lebih berahsia sebenarnya. Hohoho..Selak punya selak, baru le saya dapat tahu JomSeminar ni dianjurkan oleh salah seorang speakernya yang saya kenal sebagai Bro Yusry. Jujur saya katakan saya tak kenal beliau. Mungkin disebabkan saya tak pernah menghadiri mana-mana seminar sebelum ini, jadi saya kurang mengenali lebih dekat siapa penganjur ni. Saya cuba selak-selak Google, dan saya terjumpa satu site yang ada kaitan dengan “yusry+affiliate”. Laman web tu ialah ” http://ultrajv.com “. Betul ke ini kepunyaan Bro Yusry???…haaa…tak perlu jawab ye…
Tak kisah le siapa bro Yusry ni, yang penting beliau dengan jayanya telah sedaya upaya membantu mengenengahkan satu perkongsian hebat dalam keusahawanan internet tanah air.
JomSeminar.com ni merupakan seminar perniagaan dan pemasaran internet bagi bakal usahawan internet Malaysia. Siapa lagi kalau bukan saya dan rakan-rakan kan? Modul seminar pula akan disampaikan oleh beberapa speaker yang terdiri daripada usahawan internet sepenuh masa dan berpengalaman. Mereka-mereka tu ialah :
1) Fuad Latif - Dari penulis buku “15 cara efektif internet marketing”
2) Syed Ikhwan - Sifu adsense
3) Yusri - Expert Programmer dan seorang yang pakar dalam Affiliate serta CPA.
4) Alang - Usahawan Internet sepenuh masa, dan insyaAllah akan membincangkan perihal bisnes directory.
5) Gobala Krishnan - Blogger dan expertise wordpress. Anda memang kenal nye dia.
Info lanjut seminar adalah seperti berikut:
- Tema: Multiple Streams of Online Income
- Deskripsi Modul:Mendedahkan pelbagai kaedah membuat duit daripada internet sama ada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan
- Tarikh: Sabtu, 10hb Mei 2008
- Masa: 9 am hingga 5 pm
- Kapasiti Peserta: 30 hingga 100 orang
- Lokasi: Hotel Armada, Petaling Jaya
- Yuran : RM 479
Oh ya, berita baik jika anda berdaftar sekarang!
Jika anda menjadi 30 orang yang mendaftar terawal, anda hanya perlu bayar dengan harga diskaun RM 397 sahaja! Ulang sekali lagi, RM 397 sahaja!
Oleh sebab tempat adalah terhad tetapi ramai yang ingin pergi , bolehlah menghubungi syed Ikhwan secara terus di talian 013 3936460 ataupun email kepada beliau di syed_ikhwan[at]yahoo.com. Untuk pendaftaran segera, terus je laman web JomSeminar dan daftar untuk jadi ahli.
ps: sebahagian ayat ni turut dicedok dari sumber lain seperti dari blog syed rajaaffiliate . Terima kasih ye















#1 titan
07.04.08 at 8:54 pm
hehe..aku baru je lepas makan beger McD. tersedak aku tadi. Rupanya naem cakap pasal aku plak. Aii..hehe.
Masa sekolah dulu. Kadang2 je aku biasakan diri aku ana. Tapi tak lekat. sebab tu aku prefer dengan keakuan berbanding kesayaan atau keanaan. Jangan tanya aku mengapa kerana aku takde jawapan yang tepat.
Ehm,aku pun tak tahu pasal yusry tu. Kalau tak kerana kekangan masa dan beberapa perkara. Memang aku pegi semata-mata nak tahu siapakah yusry ini.
#2 naem
07.04.08 at 9:06 pm
seminar yang mantap..Harap-harap krew jomseminar tu datang baca ulasan saya ni…Bukan ape, lagi cantik kalau team JomSeminar detail kan skit modul seminar..
BTW, mayb ada reason diorang tak dedahkan kot…”husnus dzon”..
#3 Din Beramboi
08.04.08 at 1:56 am
Aku lagi bengap bahasa arab ni. “Husnus zon” tu ape dia Naem? Lapisan ozon ker? huhu…
Ermm, ko pegi ke Naem? Kalau ko nak pegi, bgtau aku yer. Aku nak ikut..hehe. sibuk jer.
Aku ni mcm org tua kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang ayam berkokok. Klu borak2 ngan member bdak API, ckp “ana” n “anta” la. Klu selain tu, “aku” jer..hehe.
#4 titan
08.04.08 at 2:45 am
husnus zon = bersangka baik
hehe. aku biasa dengan keakuan.
#5 kita
08.04.08 at 10:48 am
maybe diorang tak dedahkan modul coz dia orang dah ada nama sebagai sifu dalam bisness internet
#6 naem
08.04.08 at 11:16 am
thanks bro titan…husnu ni asal hasan..kalau bersangka buruk, “su’u dzon “…
hoho..jadi kelas bahasa arab plak…
tak kisah bro titan, “aku” ke, “ana” ke, “i” ke, yang penting mahabbah dan ukhuwwah tu ada..
#7 SyedHafidz
08.04.08 at 12:39 pm
Hehehehe..

cedok ayat ke?
takpe2…takde masalah..
#8 naem
08.04.08 at 12:43 pm
#9 En Dlie
08.04.08 at 1:59 pm
Saya pun ada buat review kat blog.. nampaknye program jom seminar ni dah dapat liputan yang meluas..
#10 SyedHafidz
09.04.08 at 11:22 am
Perghh..statement tu bahaya…


Boleh menimbulkan syak wasangka bloggers lain..
#11 naem
09.04.08 at 11:45 am
kasih manusia ni banyak cabangnya..
#12 Syed Ikhwan
10.04.08 at 4:59 pm
Program JomSeminar ini actually dibarisi speaker-speaker yang dikenali ramai sebenarnya, termasuklah Yusry. Saya yakin most of us mengenali kita jika saya reveal identity beliau dan saya juga salah seorang di antara pengkaji setiap teknik Yusry pada tahun sebelum ni, tetapi Yusry mengambil keputusan untuk merahsiakan dirinya. Dan saya akui dia adalah salah seorang yang hebat dalam bidang CPA, Affiliate, dan Programming.
Jomseminar yang julung kali diadakan ini akan dihadiri oleh hampir IM Malaysia yang kita kenali samada di WC atau di luar. Itulah salah satu tarikan tersendiri JomSeminar sehingga dapat menarik golongan mereka ini turun padang.
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Seminar JomSeminar yang pertama ini kerana pada seminar mendatang, akan membincangkan topic yang berlainan pula.
Datang jangan tak datang!
Blog Ramsi JomSeminar
http://www.JomSeminar.com