Referral ID PPCPercuma.com Bermasalah?

April 9, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Sejak saya lancarkan ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” lima hari yang lalu, alhamdulillah saya mampu mencapai jumlah subscriber hampir 500 orang. Rata-ratanya adalah rakyat Malaysia. Hohoho..Sudah pasti le sebab ebook ” Rahsia 7 Dalam Adwords” ditulis dalam edisi bahasa dan sasaran saya juga adalah rakyat Malaysia. Walau tak sebanyak otai-otai IM yang lain, saya berjaya menyedapkan hati sendiri ..ohhhhh…

Sasaran saya ialah 1000 orang subscriber menjelang 20 April 2008 nanti. Rasanya tak mustahil.Tapi boleh jadi jugak mustahil…Ada beberapa sebab yang saya fikirkan ia akan menjadi mustahil.

Setakat hari ini, hanya 10 orang sahaja yang telah berjaya mendapatkan ebook “Adwords : Jejak Terakhir! “ . Ya, ebook ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan 5 orang subscriber mengguna ID masing-masing. Peratusan yang terlalu kecil. Akhirnya apabila saya betul-betul selidik, nampaknya ada berlaku masalah besar dalam script yang saya gunakan tersebut.

 

 

Script yang saya gunakan ialah script viral marketing. Script ini dikenali sebagai “The List Virus”. Untuk menggunakannya, anda perlu membayar sejumlah USD$ 97 sebulan.

Nak tahu tentang masalah yang saya hadapi dengan script ni?

New Picture (80)

  • Saya perasan link -link ID referral tak berfungsi dengan baik. Hairan jugak saya sebab saya dah ikut “guide” yang disediakan oleh team “The List Virus”. Jadi sebarang “tracking” gagal berfungsi
  • Masalah log in bagi yang tak dapat nak akses ke laman download
  • Borang subscriber yang tak dapat nak berfungsi baik bersama autoresponder yang saya gunakan ( Getresponse ).
  • Link ” resend notice” yang gagal berfungsi. Fungsinya ialah menghantar pesanan kepada mana-mana subscriber yang belum mengesahkan pendaftaran
  • perkhidmatan menghantar emel ” autoresponder” terus dari sistem utama penyampaian juga gagal diakses

Itu lima masalah yang saya hadapi dan saya pasti memberi kesan kepada rakan-rakan subscriber yang lain..

Baru tadi, saya telah membaca satu emel yang dihantar kepada saya melalui ruang support. Mujur saya terima. Di bawah saya lampirkan untuk tatapan semua :

Terimakasih,

Saya dah pun download Ebook “Adwords: Jejak Terakhir!” tapi bila saya
semak akaun affiliate saya untuk bulan April, tak ada satu refferal pun.
Lebih hairan lagi macam mana saya boleh dapat link untuk download
jika tiada refferal langsung.

Saya ada sedikit pengalaman dengan affiliate marketing dan berharap
dapat mencapai 100 refferal dan dapatkan ebook berbayar dengan
percuma. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk saya capai.
Lihat pencapaian terkini saya:

http://tips.j************n.com/2008/02/berita/keputusan-muktamat

-pertandingan-cabaran-j**************m/

Saya rasa sistem Naem mungkin ada kesilapan di mana-mana kerana
tak mungkin saya tidak mendapat sebarang refferal. Harap Naem dapat
buat semakan dan memperbetulkannya kerana saya akan teruskan
promosi jika yakin refferal saya direkod dengan betul.

Terima kasih,

ps: saya mengaktifkan link download tersebut sebab saya percaya saudara penulis ni mampu mendapatkan lebih dari 5 subscriber

Sebagai jalan penyelesaian , saya telah memikirkan 2 cara yang terbaik bersama.

  1. Syarat untuk memiliki ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!” tersebut telah saya permudahkan dengan cara membuat ulasan diblog masing-masing mahupun menggunakan pelbagai medium lain seperti “newsletter”

  2. Syarat 10 orang pertama yang mendapat 100 orang subscriber pula akan saya permudahkan dengan pemilihan berdasarkan kepopularitian blog si pengulas dan respons pengunjung, kebijaksanaan menggunakan ruang-ruang penulisan internet seperti di bookmarking site, mahupun ketekunan membantu saya mempromosi melalui autoresponder masing-masing.

Untuk syarat kedua, saya tetapkan tarikh sehingga 20 April 2008 nanti. Bagi ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!”, memang menjadi hasrat saya untuk berikan percuma kepada anda semua. Tapi…saya rasa lebih baik jika anda dapatkannya melalui sedikit pengorbanan usaha supaya ia akan mempunyai nilai tersendiri buat diri masing-masing… Saya sangat galakkan untuk anda membuat ulasan mahupun menyebarkannya menggunakan saluran emel mudah yang telah disediakan.

Secara keseluruhannya, saya sangat kecewa mengunakan script ini. Script ini popular kerana digunakan oleh beberapa usahawan Pay Per Lead dimana mereka menawarkan USD dollar untuk setiap subscriber. Saya tertarik dengan script ini disebabkan “kemudahan” yang disediakan khas untuk subscriber. Selain dari “tool marketing” yang telah disediakan, “link id” plak lebih mematangkan sistem subscriber tersebut. Malangnya saya gagal menjadikan ia berfungsi seratus peratus. Saya telah pun cuba menghubungi pemilik script ini samada melalui Skype mahupun ruang support, malang sejuta malang sebab tak pernah dijawab atau di balas pertanyaan saya. Memang hampeh tul…

Akhir sekali, saya harapkan para pembaca semua dapat memberikan komen dan pandangan membina kepada saya untuk mutu yang lebih baik bagi menghasilkan ebook-ebook percuma saya seterusnya. Saya berhajat benar untuk dengar pandangan rakan-rakan tentang ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” dan ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!“.

 

ppcpercuma

( ini adalah sebahagian banner untuk ebook saya seterusnya )

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan ubah dah gunakan script lain bagi memudahkan dan menambahkan keefektifan sistem penyampain khas untuk subscriber semua. Doakan mudah-mudahan saya dapat sempurnakan secepat yang mungkin.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Spurl
  • YahooMyWeb

13 responses to “ Referral ID PPCPercuma.com Bermasalah? ”

  1. #1 kita
    09.04.08 at 3:57 pm

    kesian kat naem erkkk..harap sabar ler..tu ler cabaran berusan dengan mat saleh lebih-lebih lagi sistem yg tak populor kat malaysia ..harap sabar n teruskan perjuangan

  2. #2 Maizul
    09.04.08 at 11:20 pm

    Nasib baik bro Jimie ada hantar email. Saya punya pun sama tengok kosong je. terfikir jugak selalunya otai-otai IM ni sekejap je sampai newslettter mereka mengenai benda yang percuma dan menarik di dalam email tapi senyap je. Mungkin diorang pun tengah menunggu2 untuk promot untuk masa terdekat kemungkinan di sebabkan masalah ID referral ni.

  3. #3 abdfatah
    10.04.08 at 7:00 am

    yea laa saya pun takleh jugak. ayooo kosong aje laa… camner nih? kalo berterusan 2,3 hari lagi tak best macam nih… ada link tetapi tengok kosong aje…

  4. #4 SyedHafidz
    10.04.08 at 10:22 am

    Biasala masalah teknikal nie..
    Hope jangan morale down lak ek..
    :)

  5. #5 awqi_zar
    10.04.08 at 8:04 pm

    salam naem,
    jumpa link nie time b’siar2 di internet..seswai utk yg pki google adwords..
    http://www.google.com/intl/en/adwordseditor/

  6. #6 naem
    10.04.08 at 9:48 pm

    saya sedang cuba ubah untuk pakai post affiliate pro plak..nanti ok, saya maklumkan..

    thanks bro awqi_zar, nanti boleh dibuat huraian lanjut ttg software tu..

  7. #7 awqi_zar
    11.04.08 at 9:45 pm

    bro?haha..xpyah bro la naem..dh la sebaya,name pun dh same dh..haha..gud luk k..

  8. #8 Han
    13.04.08 at 11:23 am

    ooo…
    masalah ni rupanya naem…
    patutlah satu referal pun takde…hehe
    takpe lah…

    apa2 pun semoga naem berjaya memasarkan ebook ni…
    ;)

    han

  9. #9 naem
    13.04.08 at 6:30 pm

    thanks bro han.. :d

  10. #10 titan
    16.04.08 at 12:30 am

    ehm..pasal referrals link tu. dari dulu aku dah pelik. tapi aku biar je ko betulkan. tapi dari aritu, memang takde sekor pun under aku biarpun ramai register under aku. tak apalah. aku tak kesah sangat. Apapun, nak jugak aku tahu siapakah yg dapat buku terakhir tu. Hehe :d

  11. #11 naem
    16.04.08 at 12:42 am

    setakat ni ada 16 orang semenjak dah ok script ni…

    sorry la bro titan..tak sengaja…lepas ni tak buat dah

  12. #12 titan
    17.04.08 at 2:15 am

    okla tu klu dah ok. aku pun dah nampak track skrg..:)

  13. #13 Keputusan Lead “Rahsia PPC Percuma” | diariadsense.com
    18.05.08 at 10:07 pm

    [...] Ok, saya nak teruskan ke agenda utama saya. Seperti yang termaklum, saya pernah melancarkan ebook percuma ” Rahsia 7 Dalam Adwords” 24 hari yang lalu. Apa yang saya lakukan ialah saya pelbagaikannya dengan menggunakan khidmat The list virus serta membuat pertandingan bagi lead terbanyak.. Sayangnya..di awal proses pelancaran saya mengalami masalah teknikal.. [...]

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>