Blog PPCPercuma vs Blog DiariAdsense

April 13, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua..

7 hari yang bakal menjelang tiba nanti akan menguji setiap dari hasil pembelajaran saya selama lebih kurang 5 bulan bagi semester ke 6 di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya. Huh…semakin ribut kepala otak dibuatnya. Nak baca buku, nak ulangkaji, nak uji projek ppc, nak update diariadsense, nak siapkan web untuk seorang YB, nak siapkan projek bisnes online pertama, nak penuhi permintaan adly aka Labanon untuk MajalahIM 3  lagi,…nak…nak…nak kahwin! hohoho…

Ikutkan hati semua nak dibuat. Tapi menjelang kesesakan lalulintas masa yang ada ni, nampaknya banyak le yang terpaksa dimadukan. Masa untuk makan dimadukan, masa untuk menulis blog dimadukan, masa untuk adsense dimadukan, masa untuk tidur dima….??? hurmmmm…

Kita tinggal sekejap ngomelan seorang manusia yang lemah ini. Kita beralih pula kepada topik yang sepatutnya. Apa topik hari ini? Owwhhh…Topiknye mudah iaitu saya nak perkenalkan kepada rakan-rakan para pembaca sekalian yang saya sebenarnya telah siapkan sebuah lagi blog khas untuk PPC. Yup..blog berkaitan pengiklanan internet.

Ini linknya http://www.ppcpercuma.com/blog atau klik header blog dibawah.

Rahsia Pengiklanan Pay Per Click Percuma

Bertambah satu blog, bermaksud bertambah satu lagi peluang pendapatan, bermaksud juga bertambah satu lagi tanggungjawab sebagai blogger kesepian. Namun berkurang jugak la masa untuk bermalas-malasan. Memang rutin harian untuk mewatakkan diri sebagai seorang pemalas terhormat…Ohhhh…

Jika di DiariAdsense dot Com, semestinya saya akan kupaskan pelbagai perkara yang asalkan ada bau-bau bacang mahupun durian dengan Pakcik Adsense. Akan tetapi berbeza dengan blog baru saya yang satu lagi. Blog PPCPercuma tersebut diharapkan akan dapat mewarnai dunia perblogan dengan topik dan niche tersendiri. Yang pastinya  saya akan terus kekalkan gaya tulisan  supaya dapat memesrakan diri dengan para pembaca sekalian. Alaaaa..nak tiru ala-ala bro Titan EarnCent dan En Shuth RahsiaBlogger tu. Gaya yang masyuuukk..hehe

Ermmm…Mungkin agak rasa janggal topik Adwords, YSM, dan lain-lain PPC dibincangkan disini. Justeru, saya mengambil keputusan tersengaja untuk melancarkan blog baru tersebut. lagipun ada lebihan database, itu yang gatal-gatal tangan nak buat blog lain. Kalau ikutkan hasil kerja, ada 3 blog semuanya. Tapi blog yang satu lagi saya masih nak simpan dan sengaja taknak popularkan memandangkan masanya belum tiba. Mujur guna Netkl saranan Abg ZulSmartusaha tu,memang menjimatkan.

Okies…itu je la kot kemaskini terkini dari saya. Bukan berita terkini mahupun MalaysiaKini, apa yang pasti ialah kini saya menjadi seorang lagi penulis kepada blog yang bakal menerajui dunia perblogan ppc di Malaysia. Chewwwwaaah.. Lepas ni mana tau, kot-kot boleh JV dengan OTAI IM besar macam En Sham RajaAdsense.

ps: matlamat dan halatuju blog tu belum lagi difikirkan. Mungkin selepas 10 post baru saya akan fikirkan

pps: Kalau dah ada yang berminat nak bertukar-tukar link dengan blog PPCPercuma tu, boleh le tawarkannya di sana ye. Mesti best ni…Blog yang guna domain berbayar je la ye. BlogSpot atau yang seangkatan dengannya saya keberatan nak terima.

ppps: Harap rakan-rakan yang dah tahu tu , berkunjung le ke blog saya tersebut. Nak promote lebih-lebih malas plak. Rasa macam segan semacam je. Hohoho..

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Spurl
  • YahooMyWeb

17 responses to “ Blog PPCPercuma vs Blog DiariAdsense ”

  1. #1 emme
    13.04.08 at 7:29 pm

    Salam, tahniah la Naim. :) Semoga trus sukses. Rasanya belum ada blog berkenaan PPC ni, nnt ble je refer kat blog naim tu. :)>-

    Sape YB yang naim maksidkan tu? :d/

  2. #2 Bila Blog Semakin Merundum | Perniagaan Internet Di Malaysia
    13.04.08 at 10:27 pm

    [...] melihat blog-blog lain yang semakin menigkat seperti Flarebiz , Mohd Suhaimy . Smartzul , Sham , Naem , Earcent dan ramai lagi yang tidak lerlarat untuk saya senaraikan. [...]

  3. #3 catzer
    14.04.08 at 12:35 am

    bagus-bagus..hang mmg pandai memadukan masa :d

  4. #4 naem
    14.04.08 at 12:54 am

    YB tu? hohoho….nanti siap saya tunjukkan ye..saya tak pandai pun buat website ni..Blog boleh le..tapi dah orang suruh, terpaksa le belajar sendiri..lepas exam nanti baru saya on kan projek tu. Buat masa ni cuma siapkan yang simple dulu…

    catz, dah habis dah madu kat umah ni. Esok nak kena beli madu tualang lagi sebotol.. ;)

  5. #5 awqi_zar
    14.04.08 at 2:48 am

    hehe naem..makin b’tambah yek blog..semoga b’tambah rezeki..heee..byh jgak yek blog naem.. diariadsense.com pastu ppcpercuma.com pastu diariwpress.com yek..hehe..klu tak salah sy,diariaffiliate.com tue naem punye ker?hehe..smer nie pki satu hosting ker?ape nme hosting die yek..sy rse tak byk hosting yg bg byk domain dl satu hosting..wah,jimat nie naem..

  6. #6 naem
    14.04.08 at 11:36 am

    satu server..tapi lain2 hosting..saya pakai netkl…yang starter punya. Lagipun saya beli guna kupon netkl tu..jimat 10%…

    support pun ok, size pun besar, RM60 je setahun..tambah skit database..itu je…

    tapi DiariAdsense ni hosting sempoihosting..DiariWpress tu pun sempoihosting jugak…lain dari tu, semuanya guna netkl.

  7. #7 ahib0205
    14.04.08 at 1:46 pm

    ha… tambah blog lagi betoi ka akan kurang malas? so kalo nk kurangkan malas smapai abis malas tu, kena upkan byk2 blog/website la ek :P

  8. #8 naem
    14.04.08 at 2:50 pm

    hoho… ini formula baru tu :-)

  9. #9 Case Closed : Aku sudah Pulang! -- EarnCent.com
    15.04.08 at 8:40 pm

    [...] perut anda buncit sampai tak nampak ibu jari kaki sendiri Tadi aku sempat lawat beberapa blog. Naem dan tambah satu lagi blog baru beliau dan aku rasa tak lama lagi ramai orang pun akan tambah blog [...]

  10. #10 titan
    16.04.08 at 12:24 am

    aku dah tengok blog ppc tu. Tapi takde orang lagi..:-?

  11. #11 naem
    16.04.08 at 12:45 am

    yup…sunyi lagi…memang sepi sebab pasangannya tak keluar lagi…insyaAllah, lepas launch ebook berbayar nanti, ada le pengunjung ke sana…hehe:d

  12. #12 starline
    16.04.08 at 3:26 am

    Ooo.UM rupanyanya..Se-Malaya la kita ni:d

    PPC blog?bagus sebab rasanya tak ada lagi.

  13. #13 awqi_zar
    17.04.08 at 4:41 am

    mmm..camne yek naem dpat 10% off kat netkl tue yek..ble share dgn sy x?klu tak keberatan la..tq..

  14. #14 naem
    17.04.08 at 9:45 am

    ohh..yang tu saya dapat setelah saya langgan “pakej kit blogger ” smartzul..tu dapat kupon 10% tu…

    jadi bila nak langgan netkl je, saya akan gunakan kupon tu…

  15. #15 awqi_zar
    18.04.08 at 1:32 am

    ooo..tq naem..kne bli kit blogger nie..hihi.. :)>-

  16. #16 Keputusan Lead “Rahsia PPC Percuma” | diariadsense.com
    26.04.08 at 5:00 am

    [...] meninggalkan DiariAdsense hampir seminggu lamanya. Semuanya oleh sebab pembikinan dan pelancaran PPCPercuma.com. Huhuhu..Lagipun sekarang ni pelajar-pelajar di kebanyakan universiti sedang bersengkang mata nak [...]

  17. #17 SyedHafidz
    06.05.08 at 8:17 pm

    Tahniah naem…
    hope success selalu..
    :)

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>