Keputusan Lead “Rahsia PPC Percuma”
April 26, 2008 • naem • blog reactionsSalam buat semua…
Lama tak menulis..Agak kaku jugak. Saya terpaksa meninggalkan DiariAdsense hampir seminggu lamanya. Semuanya oleh sebab pembikinan dan pelancaran PPCPercuma.com. Huhuhu..Lagipun sekarang ni pelajar-pelajar di kebanyakan universiti sedang bersengkang mata nak baca buku…Gara-gara nak jawab soalan peperiksaan. Waduhhh….
Sekadar makluman para pembaca DiariAdsense, saya sedang bertungkus lumus menyudahkan salah satu perancangan saya untuk 2008 ni. Nak buat bisnes online…Alhamdulillah dah pun siap dan dah mula dilancarkan.. InsyaAllah dalam masa beberapa hari lagi saya akan umumkan plak promosi besar-besaran oleh Rakan JV.
Takpe, kita tinggal dulu ye.. Macammana dengan income Adsense semua? Ok tak? Hoho..biasa la kalau seciput dua.. Benda alah macam ni tak mudah nak jadi mudah..Perlukan kesabaran dan kesungguhan. Resepi kejayaan ramai penggiat adsense terkenal ialah mereka bersungguh-sungguh. Tak perlu pun tau semua teknik promosi. Sebaliknya cukup sekadar 2 teknik saja dan di praktiskan betul-betul..
Ok, saya nak teruskan ke agenda utama saya. Seperti yang termaklum, saya pernah melancarkan ebook percuma ” Rahsia 7 Dalam Adwords” 24 hari yang lalu. Apa yang saya lakukan ialah saya pelbagaikannya dengan menggunakan khidmat The list virus serta membuat pertandingan bagi lead terbanyak.. Sayangnya..di awal proses pelancaran saya mengalami masalah teknikal..
Ada-ada je link yang tak dijejak dan subscriber yang tak dikesan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menukar pertandingan agar menjadi lebih mudah. Ya hanya dengan membantu saya mempromosikan ebook tersebut di blog mahupun forum atau newsletter. Natijahnya, memang berkesan. Dalam masa yang sama, masalah teknikal berjaya diselesaikan pula dalam tempoh 6 hari selepasnya.
So, di bawah ni saya nyatakan berapa banyak subscriber yang saya dapat selamat 24 hari ini.

Secara keseluruhannya matlamat saya untuk mencapai 1000 subscriber tak tercapai dalam masa 20 hari. Banyak perkara yang perlu saya perbaiki.
Oh ya, dari pengiraan yang saya sendiri lakukan. Tiada seorang pun yang berjaya menaja lebih dari 100 orang subscriber. Hal ini ada kaitan dengan masalah teknikal yang saya hadapi sejak mula melancarkan script ini.
Walaubagaimanapun, saya tetap telah memilih orang perseorangan yang saya rasakan saya percaya mereka-mereka ini mampu mendapatkan lebih dari 100 orang subscriber.Mereka-mereka ini saya rahsiakan sahaja dan saya akan hubungi sekejap lagi untuk memberikan saguhati berupa kupon Adwords bernilai RM187 sahaja.
itu je la kot..Nak pi diskusi plak…
p.s: Ingin tahu tentang kaedah mudah menjimatkan kos pengiklanan PPC anda ? Cuba segala info yang terkandung di dalam “Rahsia PPC Percuma”. Ketahui bagaimana saya tidak mengeluarkan sesen pun untuk mendapat kredit Adwords percuma RM 187 di sini.













#1 titan
26.04.08 at 11:19 pm
800? Ok apa tuh. Lebih dari cukup rasanya..
#2 naem
27.04.08 at 1:28 am
bro, cek emel yang bo gunakan ni…saya ada send sesuatu
#3 titan
27.04.08 at 6:34 am
OK. Dapat. Nanti aku cuba. Nak pakai cara yang mana ek. Aku baru je habis baca ebook ko nih..
#4 naem
27.04.08 at 11:11 am
1) daftar akaun baru
2) guna kad kredit atau cara bayaran yang sama pun takpe
3) lepas daftar, masukkan kod tu…video ada terangkan..
nanti akan terus terpapar RM187 dan potongan RM20..So total balance is RM167…percuma….hoho
#5 SangPelangi
02.05.08 at 9:09 pm
Salam Naim, saya dah subscribe tapi die tulis “dah tak terima subscriber” kenapa ya?
#6 Asharudin
03.05.08 at 1:05 pm
[...]saudara Naem dari DiariAdsense.com telahpun melancarkan hasil penulisannya melalui E-book mengenai pengiklanan PPC ini. Tajuk E-book beliau adalah PPC Percuma[...]
#7 aman
03.05.08 at 5:25 pm
adush…akaun bank online kong la pulak…nanti isnin baru nak topup..
#8 naem
03.05.08 at 5:39 pm
ohh,,,saya dah unsubscribe dah sistem tu..so, memang tak leh nak subscribe..apapun jap lagi saya perbetulkan..
#9 zool
04.05.08 at 5:12 pm
Wah dah lama tak singgah sini..

Nampak semakin bertambah hebat si Naem ni sedangkan saya masih tercari-cari arah lagi..
Tahniahlah..
#10 SyedHafidz
05.05.08 at 1:21 pm
Wahh..

menarik eBook nie..
Saya mesti beli punya coz projek akan datang nak try PPC marketing…
#11 wardahshauqah
09.05.08 at 4:04 pm
Ermmmmm….lama Bro Naem tak menulis….mesti tersangat sibuk dgn bisnes terbarunya…semoga beliau sukses selalu dan semakin ramai dari muda mudi sekarang mengikut jejak langkah beliau dan member2 lain dicni….Semoga diberkati Allah selalu
#12 Blog Keusahawanan dan Catatan Peribadi ModelNiaga Dot Com » Menjana Wang Secara Autopilot.
11.05.08 at 5:53 pm
[...] ada satu panduan PPC buat pertamanya dalam bahasa Melayu di http://www.ppcpercuma.com yang di tulis oleh saudara naem. Saya mencadangkan kepada anda yang berminat untuk memaksimakan pendapatan anda dengan cara ini [...]
#13 syamsulariff.com
14.05.08 at 10:18 pm
salam naem..moga berjaya dgn bisnes yg dilaksanakan tu ye
#14 hanep
15.05.08 at 4:42 am
wow! agak menarik ni!!
#15 abdfatah
21.05.08 at 9:51 am
tak dapat laa nak kejor kalo buat jemputan join apa kebenda sekalipun …. hahahaha…