Archive for April, 2008

Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…

April 6, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua.

Saya harap tulisan kali ini lebih terus kepada point yang ingin saya nyatakan. Pada 4 hb April lepas saya telah lancarkan ebook PERCUMA yang bertajuk “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Kandungan ebook tersebut boleh dirujuk pada artikel ini “Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!! “.

 

rahsia 7 dalam adwords

( Kunjungi www.ppcpercuma.com )

Namun begitu, bukan setakat ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” sahaja yang percuma. Saya turut tawarkan satu lagi ebook percuma “Adwords : Jejak Terakhir!” sebagai pelengkap kepada siri pengenalan Google Adwords. Ohh…memang percuma. Saya tak terniat nak kenakan sebarang harga pun sebab saya yakin ramai yang akan mendownload dari membeli buat masa ni. Lagipun saya harap ebook tersebut menjadi amal saya di dunia dan bekalan di hari akhir sana. InsyaAllah.

 

adwords:jejak terakhir

Ebook ” Adwords : Jejak Terakhir!” adalah pelengkap kepada ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya telah nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mempromosikan kepada rakan -rakan yang lain dan mendapat 5 subscriber di bawah URL yang disediakan akan mendapat ebook ini secara percuma. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa orang je yang berjaya. Saya hairan jugak. Hohoho..macam ada masalah teknikal di pihak saya rasanya.

Justeru, di dalam post ini saya ingin nyatakan yang saya ingin memberikannya secara percuma sahaja dengan syarat yang lebih mudah. Ermmm..nak kata syarat tu takle, lebih kepada cara yang perlu rakan-rakan lakukan untuk memastikan anda boleh dapat ebook tersebut secara percuma.

Caranya :

 

  1. Anda mesti mendaftarkan diri di www.ppcpercuma.com untuk mendapatkan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords terlebih dahulu. Pastikan anda telah mengesahkan akaun anda. Anda turut dibekalkan dengan “alat promosi” khas.

  2. Pada setiap jam 12.30 malam, saya akan memindahkan data subscriber ke dalam autoresponder rasmi saya ( Getresponse ). Anda tidak perlu mengisi borang sekali lagi. Hanya perlu periksa emel anda untuk pastikan anda mendapat emel dari saya ( Getresponse ) dan mengesahkannya. Tujuannya mudah untuk saya menghantar siri tips dan apa sahaja yang berguna untuk anda semua.

  3. UPDATE : dapatkan 5 orang subscriber di bawah anda dan dapat ebook percuma.
  4. Gunakan “alat promosi” yang disediakan didalam akaun masing dan buatkan satu ulasan di blog masing-masing. Mudah je. Saya ada sertakan ayat promosi di dalam akaun masing-masing. Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan ini lah masa nya untuk anda cuba membina blog sendiri menggunakan blogspot.com.

  5. Setelah mengulas, tinggalkan komen di sini. Nyatakan url post anda dan URL ID akaun anda.

Itu sahaja. Mudah bukan? oh ya…Untuk 5 orang pengulas terbaik dan mendapat respons pengunjung diblog masing-masing yang ramai, akan diberikan ebook seterusnya oleh saya yang bertajuk “RAHSIA PPC PERCUMA“. Ebook ini akan membongkarkan kepada anda cara-cara mudah untuk mengurangkan kos pengiklanan PPC tanpa menjejaskan jualan/lead/ataupun traffik.

Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!!

April 4, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Alhamdulillah, tak sangka saya dapat menyiapkan 97% kerja-kerja bagi salah satu projek saya untuk tahun 2008. Yup, untuk melancarkan ebook percuma sendiri dan ebook berbayar akan datang.

Minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran di fakulti kebelakangan ni memang menyibukkan. Macam-macam yang nak kena disiapkan. Memang tak aman nak duduk selese. Hohoho..Bangun pagi-pagi je, dah terus kena persiapkan minda dan motivasi diri. Takut dan risau sifat malas.

 

rahsia 7 dalam adwords

Oh ya, berbalik kepada ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini. Tujuan saya menghasilkan ebook ini lebih kepada memenuhi permintaan para pembaca DiariAdsense.com . Tentu rakan-rakan masih ingat ( masihkah kau ingat :-" …oyoyoyo ) tentang artikel saya berkaitan mendapatkan kredit percuma pengiklanan dari Yahoo Search Marketing. Ya, artikel bagaimana saya menggunakan USD$30 untuk mendapatkan USD$100 kredit pengiklanan secara percuma dari YSM. Justeru, saya juga menjanjikan untuk menyiapkan panduan khas berkaitan Adwords… Haaaa…akhirnya siap jugak.. Kalau diikutkan saya nak lancarkan pada 1 hb April 2008 ( saya ada nyatakannnya dalam post lepas ), tapi disebabkan tak henti-henti mengodek-ngodek sistem yang saya gunakan ni. Susah jugak nak gabungkan autoresponder Getresponse dengan sistem ni.

Ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini menghuraikan 7 perkara utama dan asas bagi setiap pemula Adwords memiliki akaun Adwords. Saya turut masukkan cara mudah untuk anda mendapatkan kredit pengiklanan dari Google sebanyak USD$ 55 dengan bermodalkan USD$ 5 sahaja. Oh….Saya sekali lagi menekankan yang pelancaran ebook ini bukan ingin menjadi pesaing dengan mana-mana ebook Adwords lain yang berada di pasaran. Saya sekadar ingin berkongsi dan mencuba langkah di dalam dunia perniagaan ebook internet Malaysia.

Cuma ada beberapa perkara je yang saya pasti anda akan temui dari ebook saya ni. Antaranya sistem yang saya gunakan untuk mengedarkan ebook ini. Saya sedaya upaya “mencuba dengan jaya” tapi risau kebarangkalian untuk “mencuba dengan gagal”. Saya harap para pembaca dapat memberikan pandangan ikhlas dan membina berkaitan sistem yang saya sedang gunakan untuk mempromosikan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini.

Ada beberapa tawaran menarik untuk anda melalui ebook percuma saya ini. Nak tahu ? Haaa… boleh mula mendownload sekarang disini.

 

www.ppcpercuma.com

ps: tak pandai nak design, main hentam je..hohoho..asalkan boleh berjimat lagi

pps: kepada bro borakbola, vangardx and kak bizmalaya, check emel. Saya dah hantarkan 2 ebook yang saya janjikan..Untuk photoshop action script ( nak buat ecover ebook ) khas buat kak bizmalaya, nanti saya sendkan khusus.