Archive for May, 2008

Trafik dan Pelanggan Melalui PPC

May 30, 2008 • naem • blog reactions

Program Paid Per Click adalah antara program penjanaan kewangan yang terkenal di kalangan sesiapa yang baru ingin mencari peluang di internet. Masakan tidak, ia menawarkan pembayaran hanya dengan klik iklan dan ia percuma, malahan ramai yang menyertainya walaupun keuntungan sekerat Cuma. Satu klik bernilai $0.01, mungkin ia hanya sesuai bagi yang gigih. Namun, bagaimana jika kita menjadikannya sumber trafik dan pelanggan berpotensi, adakah ia berkesan?

Mengikut pengalaman saya sendiri, ia berkesan dan murah. Anda boleh mendapatkan traffik dari 1000 orang pengunjung unik dengan hanya USD3.20 bagi pengunjung US sahaja manakala USD1.95 bagi pengunjung antarabangsa. Potensi pengiklanan melalui PPC adalah ditentukan dengan kebijaksanaan anda memilih sasaran prospek.

Untuk mendapatkan maklum balas yang baik termasuk jualan yang agak berkesan, saya sarankan untuk set hanya kepada pengunjung US dan UK. Ini kerana pengunjung dari negara ini lebih terbuka akan perniagaan di dalam talian dan ini adalah satu kelebihan kepada penjual. Ciri ini boleh didapati di http://www.cash-hi.com yang mana mereka membezakan antara pengunjung yang kita pilih. Read the rest of this entry →

Pendapatan Melalui Entrecard

May 25, 2008 • naem • blog reactions

Entrecard merupakan salah satu sistem penarik trafik dan loyal reader yang baik. Ia telah dipelopori oleh John Chow, pemilik John Chow Dot Com dan juga usahawan internet sepenuh masa menerusi syarikat penjualan barangan elektronik, TZZ Media. Sejak mula diperkenalkan, ia telah menarik ramai blogger dari seluruh dunia untuk bersama-sama membentuk sebuah komuniti. Namun begitu, selain dari bertukar fikiran, tahukah anda Entrecard juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan dari pelbagai cabang?

Photobucket

Entrecard credits sebenarnya boleh dijual secara besar-besaran samada di eBay atau web anda sendiri. Nilai semasa Entrecard masih di dalam fasa perbincangan namun ramai sudah mula menjualnya sehingga USD12.50 bagi setiap 1000 EC. Contoh terbaik halaman web yang menjual Entrecard point secara besar-besaran ialah http://www.entrebank.com.

Entrecard boleh digunakan untuk memdedahkan servis yang anda gunakan. Bagaimana? Sebahagian dari blogger dan webmaster meletakkan widget Entrecard di forum dan minisite mereka kerana dengan menggunakan Entrecard, ia pasti akan dilawati dan peratus untuk mendapat jualan juga lebih tinggi. Ramai yang menggunakan Entrecard sebagai exposition percuma, seperti blog pengiklanan saya yang menawarkan email marketing murah di http://2700000.blogspot.com.

Anda juga boleh menambah revenue apa-apa program pengiklanan PPC dengan meletakkan banner pengiklanan di bahagian bawah selepas widget. Ini kerana ramai yang secara tidak sengaja akan klik banner pengiklanan anda dan peratusnya agak tinggi. Teknik ini lebih terbukti jika pelawat menggunakan slow internet connection kerana upload yang lembap memang dapat mencipta error dalam klik. Antara contoh yang boleh dilihat ialah di http://www.kabelduit.com.

Jangan terkejut kerana pertandingan di kalangan ahli Entrecard juga selalu membabitkan wang yang tinggi sehingga USD1000.00! Ia biasa berkaitan dengan pertandingan berdasarkan dropping di widget Entrecard mereka dan ia masih menjadi trend sehingga sekarang. Masih banyak lagi laman web yang menggunakan Entrecard sebagai medium dan syarat pertandingan seperti http://www.joetech.com.

Jadi, bagaimana? Read the rest of this entry →

Kenapa Iklan Saya 1 Sen

May 23, 2008 • naem • blog reactions

Erm..Susah jugak nak menjawab. Semalam saya ada terima satu mesej dari sistem pesanan ringkas ( SMS )…

“Slm,naem. sy plawt setia blog awk.sy bnyk wt tip awk.keyword
tinggi nilai dia.tp bila ada klik 1 sen je dpt.nape ek?”

Oh terlupa plak nak maklumkan…Buat masa ni saya masih dalam kursus. Jadi masa tu agak terhad untuk menulis depan komputer. Ini pun masa-masa curi je. Biasanya lepas subuh dan sebelum tidur aje yang saya ada.

Berbalik kepada soalan di atas, saya terfikir sekejap. Nak jawap atau tak? tambahan plak sms yang saya terima dari no celcom…Ouchhhh… mahal…hehehe..Saya pernah menulis ttg hal nak tahu iklan yang terpapar diblog adsense ni…ehm..trimas sebab ada para pembaca setia yang ikuti tips yang dikongsi disini.

Tapi akhirnya saya jawap jugak..

Untuk anda ketahui jawapannya, saya senaraikan satu sebab sahaja di sini kenapa iklan yang kita jangka nilainya mahal tetiba hanya 1 sen je nilainya per klik:

iklan tersebut dipenuhi dengan MFA site

satu je jawapan saya..Kenapa…hoho tak sempat nak tulis panjang-panjang..adsense filter ads

Tahu tak apa itu MFA ( Made For Adsense ) site? MFA ni sebenarnya dibuat untuk hanya mendapat hasil dari adsense je.Biasanya pengiklan akan membuat satu blog/website yang takde pun value untuk pengguna/pembaca dan hanyalah bertujuan untuk adsense semata-mata. Apa yang diorang lakukan
ialah mengiklan dalam niche yang mahal ( tinggi nilainya ). Ia seolah-olah membeli traffik pada nilai yang murah untuk mendapatkan kliks yang mahal.

So memang nasib badan le bagi mana2 yang selalu dapat iklan dari MFA site.

Jadi apa penyelesaiannya ?

Jawapannya ialah terpaksa la kena filter ads

ini adalah senarai iklan dari URL MFA. Read the rest of this entry →