RM 5 Untuk Menulis di DiariAdsense

May 16, 2008 • naem • blog reactions

Salam..

Saya mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk menulis apa sahaja asalkan ada kaitan dengan Adsense di blog saya :

[+] Diari Adsense

Bayaran bagi satu artikel yang mengikut syarat adalah RM1 - RM5.

Syarat2 :

  1. ditulis dlm bahasa melayu
  2. tidak kurang dari 150 patah perkataan
  3. hanya artikel bersesuaian aje yang dipilih
  4. tidak copy & paste artikel org lain
  5. tidak ada unsur2 illegal
  6. WargaNegara Malaysia ( saya baru dapat permohonan dari orang indonesia )

setiap artikel akan ditapis dahulu. Jika artikel tersebut tidak bersesuaian, saya akan pulangkan untuk si penulis lakukan pengubahsuaian.

Cara memohon :

  1. reply thread ini & kata minat
  2. lawati diariadsense.com
  3. tulis artikel dlm word
  4. hantar pd saya melalui emel ( diariadsense[@]yahoo.com.my )
  5. Jika terpilih,akan disiarkan..jika tak, saya akan maklumkan perubahan dan pengubahsuaian

* Ulasan produk ( affiliate ) dibenarkan asalkan ada input ilmiah.

Bayaran akan dibuat melalui maybank. Jika anda mempunyai akaun selain Maybank, caj RM2 akan dikenakan…Jadi saranan saya tulis le 2 ,3,4 artikel ke…

p.s: hanya 10 artikel sahaja yang akan dipilih setiap bulan… Artikel selebihnya, akan disiarkan pada bulan seterusnya atau mengikut budi bicara saya..

p.s.s.:: Setiap artikel akan dibayar antara RM1-RM5. Artikel yang lebih berunsur untuk mempromosikan produk atau affiliate, hanya akan dibayar RM1 SAHAJA. Galakan untuk menulis artikel berkaitan TIPS & PERKONGSIAN INPUT.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Spurl
  • YahooMyWeb

12 responses to “ RM 5 Untuk Menulis di DiariAdsense ”

  1. #1 Ramzan Rajablog
    17.05.08 at 12:52 pm

    wah menarik gak ;)

    anyway dapat kredit tak author? for example written by etc from name.com?

    thanks,
    Ramzan Rozali

  2. #2 naem
    17.05.08 at 4:02 pm

    rasanya takde masalah…

    saya galakkan untuk sediakan maklumat ttg penulis

    contoh macam ni:

    “Mohd Naim Abdul Rahim adalah seorang yang begitu aktif dalam dunia blog. Seringkali membantu setiap newbie yang ingin tahu tentang adsense.Untuk tips dan informasi terkini, kunjungi http://www.diariadsense.com

  3. #3 kita
    18.05.08 at 10:24 am

    :d,,,ermm maknanya saudara naem dah semakin sibuk ler ni….

  4. #4 naem
    18.05.08 at 11:41 am

    erm..nak kata sibuk tu tak jugak le…cuma saya nak belajar “outsource” method sambil melangkah lebih jauh lagi… :)

  5. #5 titan
    18.05.08 at 7:46 pm

    Hoho..macam berminat. Tapi nanti la dulu. Ada keje sket..

  6. #6 masud
    19.05.08 at 2:44 pm

    Saya dari Indonesia gimana bisa kirimnya? via E-Gold bisa?

  7. #7 naem
    19.05.08 at 3:53 pm

    minta maaf…saya tak dapat penuhi permintaan dari negara luar

  8. #8 buja
    21.05.08 at 3:38 pm

    Assalamualaikum,,,

    saya minat lah nak menulis,,, tapi sekiranya artikel tu saya keluarkan dalam blog saya boleh tak saya hantar yang tu jer,, atau artikel tu hendaklah baru dan tak keluar mana2 blog atau web walaupun blog saya sendiri

  9. #9 naem
    21.05.08 at 7:04 pm

    artikel tu mesti fresh..Kalau dah post di blog sendiri, saya tak dapat nak terima la…

  10. #10 farhan firdaus
    23.05.08 at 3:50 pm

    Salam,saya amat berminat la dengan tawaran abang naem nie.Disamping dapat menjana sedikit pendapatan,saya jugak dapat la menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang penulisan dan adsense.tq for your promotion.

    -newbie internet marketer-

  11. #11 farhan firdaus
    23.05.08 at 3:54 pm

    Bila tarikh akhir hantar artikel bagi setiap bulan???

  12. #12 naem
    23.05.08 at 4:30 pm

    takde tarikh..hantar je..saya baca,saya faham,saya puas hati, saya bayar..

    kalau tak, saya minta edit dulu

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>