Adsense perlu tapis juga ke?

Perlu ke adsense tu ditapis? Ya. Atas alasan aper? Atas alasan untuk menapis iklan yang memberikan pendapatan yang rendah. Ho ho ho. Mesti sekarang dah minat nak baca. Dalam post “Apa kaitan PPC dengan Adsense?” saya ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai penggunaan PPC untuk mendapatkan trafik ke dalam web atau blog adsense anda. Jadi secara lansungnya, kebanyakan iklan jenis tersebut memberikan kadar pulangan yang rendah kepada anda. Ho ho ho betul ke ni? Ada orang kata perkara ini betul dan ada pulak kata salah.

adsense competitive ads filterSaya tak buat pun filter tersebut. Biar jer lah. Kenapa? Secara logiknya, Google Adsense selalunya menyenaraikan iklan yang mempunyai nilai bidaan yang tinggi dan jika anda filter iklan berkenaan semakin rendah la nilai bidaan. Itu pendapat saya la (kalau silap tolong tunjuk ajar yer).

Sebagai contoh, iklan yang sering kali keluar kat blog atau web anda bernilai 5 sen satu klik. Jika difilterkan iklan berkenaan, secara logiknya iklan-iklan yang keluar kemungkinan besar akan bernilai 1 sen ke 4 sen. Betul tak?

Rasanya tiada tools yang boleh digunakan sangat untuk mengetahui nilai ini. Syarikat Google pun tak kan nak beritahu. Nanti tetiba semua pulak filter ads lepas tu naya la adsense lepas tu. He He He.

Kebiasaannya apa yang difilter adalah untuk competitive ads. Competitive ads bermaksud syarikat yang menjual produk atau servis yang sama dengan anda. Takut nanti pelanggan senang nak cari penjual lain dan lari pula kepada pesaing kepada produk / servis anda. He he he.

Ini cumalah pandangan saya dan hasil dari pembacaan kepada beberapa laman blog dan forum.

1. http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/6658-siapa-ada-list-adsense-filter.html

2.http://www.problogger.net/archives/2006/11/22/increase-adsense-earnings-with-competitive-ad-filter/

3. http://www.liewcf.com/blog/archives/2005/09/adsense-ads-filter-or-not/

4. http://forums.digitalpoint.com/showthread.php?t=30296

5. http://adsense.blogspot.com/2005/09/preventing-leaky-filters.html

Sekiranya anda mempunyai pandangan yang berbeza amatlah digalakkan komen supaya kita dapat sama mempelajari mengenai perkara ini.

Mengenai penulis:

“Timothy adalah seorang yang begitu aktif dalam dunia blog. Walaupun masih baru dalam dunia blog, beliau berusaha untuk menambah ilmu mengenai perniagaan internet. Untuk tips dan informasi terkini, kunjungi http://www.taukey.com/blog

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Tags: ,

10 Responses to “Adsense perlu tapis juga ke?”

  1. kita Says:

    tepat sekali..i pun tak pernah guna filter…pendapat kita sama,filter digunakan untuk menangkis iklan yang sama dengan produk kita.

  2. taukey Says:

    hmmm….ok…hehehe….sesiapa yang ada guna filter blh jer kongsi kat sini…kita bincang sebab nak tengok kegunaan filter tersebut…mungkin ada kebaikan lain selain menangkis iklan yang sama dengan produk kita….

  3. naem Says:

    saya pun tak filter ads sebenarnya.. takde sebab…Yang penting ialah TRAFFIK…Untuk dapatkan traffik, bergantung pd CONTENT..so, takde guna juga kalau tapis tapi takde value pun utk income

  4. titan Says:

    betul naem. Apapun, traffic paling penting dekat internet nih. Hoho..YSM dan Adword akan jadi mainan aku tahun nih..

  5. Hamba Allah Says:

    Saya guna filter dekat laman tertentu je sebab taknak terkeluar iklan-iklan yg berunsur atau menyokong pihak-pihak tertentu umpama iklan yang sering keluar menyatakan barangan / produk dari negara YAHUDI tu bagus. Malas nak sokong dia orang… hehe…!!

  6. taukey Says:

    wah titan dah nak jadikan YSM dan Adword mainan erkkk….mesti makin gempak engko tahun ni kan. i salute u my brother …

  7. naem Says:

    bro titan ni ada ala2 john chow..semoga sukses selalu

  8. rohaizad Says:

    aku sebenarnya memang pakai filter.
    sebab aku memang tak suka MFA sites. so sejak aku filter MFA sites ni, adsense aku memang berbeza.

    kalau saper nak list MFA sites, contact aku. kalau aku letak kat sini, tak sedap plak kan.. sebab list tu memang panjang giler. apa yang korang kena buat ialah just copy paste jer dan letakkan dalam account adsense korang.

    benefit dia ialah korang takkan jumpa punya satu click yang bernilai $0.01 tu. best kan?

  9. Kenapa Iklan Saya 1 Sen | diariadsense.com Says:

    [...] ialah terpaksa la kena filter ads ini adalah senarai iklan dari URL MFA. 10-bestsites.com 10-top-sites.com 8-topsites.com [...]

  10. abdullah Says:

    Aku tak paham apa yang dimaksudkan adalah lebih baik
    sekiranya dibuat lagi dua post.. aku tak paham. aku dah
    bina aku punya blog tapi belum diaktifkan lagi.. pasal
    aku belum masukkan aku punya data dan maklumat peribadi
    aku dalam google account .. Adakah aku perlu buat
    dua blog lagi sebelum aku terus ke google account.
    Minta pandangan.. Aku baru nak mula2 berjinak dengan
    google adsense. Tolonglah aku kawan… heheheee…

Leave a Reply