Pendapatan Melalui Entrecard
May 25, 2008 • naem • blog reactionsEntrecard merupakan salah satu sistem penarik trafik dan loyal reader yang baik. Ia telah dipelopori oleh John Chow, pemilik John Chow Dot Com dan juga usahawan internet sepenuh masa menerusi syarikat penjualan barangan elektronik, TZZ Media. Sejak mula diperkenalkan, ia telah menarik ramai blogger dari seluruh dunia untuk bersama-sama membentuk sebuah komuniti. Namun begitu, selain dari bertukar fikiran, tahukah anda Entrecard juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan dari pelbagai cabang?
Entrecard credits sebenarnya boleh dijual secara besar-besaran samada di eBay atau web anda sendiri. Nilai semasa Entrecard masih di dalam fasa perbincangan namun ramai sudah mula menjualnya sehingga USD12.50 bagi setiap 1000 EC. Contoh terbaik halaman web yang menjual Entrecard point secara besar-besaran ialah http://www.entrebank.com.
Entrecard boleh digunakan untuk memdedahkan servis yang anda gunakan. Bagaimana? Sebahagian dari blogger dan webmaster meletakkan widget Entrecard di forum dan minisite mereka kerana dengan menggunakan Entrecard, ia pasti akan dilawati dan peratus untuk mendapat jualan juga lebih tinggi. Ramai yang menggunakan Entrecard sebagai exposition percuma, seperti blog pengiklanan saya yang menawarkan email marketing murah di http://2700000.blogspot.com.
Anda juga boleh menambah revenue apa-apa program pengiklanan PPC dengan meletakkan banner pengiklanan di bahagian bawah selepas widget. Ini kerana ramai yang secara tidak sengaja akan klik banner pengiklanan anda dan peratusnya agak tinggi. Teknik ini lebih terbukti jika pelawat menggunakan slow internet connection kerana upload yang lembap memang dapat mencipta error dalam klik. Antara contoh yang boleh dilihat ialah di http://www.kabelduit.com.
Jangan terkejut kerana pertandingan di kalangan ahli Entrecard juga selalu membabitkan wang yang tinggi sehingga USD1000.00! Ia biasa berkaitan dengan pertandingan berdasarkan dropping di widget Entrecard mereka dan ia masih menjadi trend sehingga sekarang. Masih banyak lagi laman web yang menggunakan Entrecard sebagai medium dan syarat pertandingan seperti http://www.joetech.com.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berminat untuk menyertai komuniti Entrecard yang semakin meningkat dari hari ke hari? Jika ya, layari http://www.entrecard.com dan mula mendaftarkan diri. Menjadi aktif adalah satu bonus di mana lebih banyak anda membuat dropping, lebih banyak anda mendapat EC points, lebih banyak pelawat anda dan sudah pasti lebih banyak peluang untuk anda membuat pengiklanan di widget orang lain ?.
Khairul Anwar aka Yakuza666 merupakan penulis kepada beberapa e-book seperti Three Dollar Secret$ dan yang terbaru, masih dalam pembikinan iaitu Raja Bidvertiser. Beliau juga penulis Laporan Khas GBP Percuma yang sudah memasuki bahagian II. Blog peribadi beliau ialah http://www.kabelduit.com.













#1 kita
26.05.08 at 8:03 am
kita tak berapa faham dengan artikel ini maybe belum faham lagi kot
#2 naem
26.05.08 at 8:53 am
nampaknya kena tunggu si penulis asal artikel ni untuk terangkan le…hoho..yakuza2, meh lekas terangkan pada kami ni
#3 titan
26.05.08 at 10:52 pm
hehe. aku faham dan memang bagus kalau tau guna fungsi sebenar entrecard nih..
#4 taukey
27.05.08 at 3:04 pm
saya faham sedikit jer……penggunaan masih rendah ke dah banyak? Ini baik utk blog english kan?
#5 pyan
29.05.08 at 6:53 pm
aku pun tak berapa faham walaupun aku join entrecard. yang aku buat , setiap kali ada request letak iklan kat blog aku, aku minta depa letak iklan aku kat blog depa. memang ada trafik masuk. yang pasti tuan punya blog tu pasti datang kat blog aku.
#6 yakuza666
30.05.08 at 6:41 pm
Entrecard ni sebenarnya lebih kepada blog exchange yang mana kita boleh exchange trafik. Tapi, ia ternyata berbeza sebab Entrecard ni ada “world dia sendiri”. Kalo korang aktif dalam forum korang berpeluang cari income tambahan. Dia jugak ada kedai sendiri yang menawarkan perkhidmatan atau merchandise yang dibayar melalui Entrepoint.
Nak tingkatkan trafik, just lawat blog orang terutama yang join U Drop. I Follow. Check dekat inbox ads sesape yang dah drop dan drop diorang balik.
Saya akan keluarkan e-book percuma 11 Taktik Menjana Kewangan Melalui Entrecard, jadi, tunggu ye…hehe..