Adsense perlu tapis juga ke?
May 20, 2008 • naem • blog reactionsPerlu ke adsense tu ditapis? Ya. Atas alasan aper? Atas alasan untuk menapis iklan yang memberikan pendapatan yang rendah. Ho ho ho. Mesti sekarang dah minat nak baca. Dalam post “Apa kaitan PPC dengan Adsense?” saya ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai penggunaan PPC untuk mendapatkan trafik ke dalam web atau blog adsense anda. Jadi secara lansungnya, kebanyakan iklan jenis tersebut memberikan kadar pulangan yang rendah kepada anda. Ho ho ho betul ke ni? Ada orang kata perkara ini betul dan ada pulak kata salah.
Saya tak buat pun filter tersebut. Biar jer lah. Kenapa? Secara logiknya, Google Adsense selalunya menyenaraikan iklan yang mempunyai nilai bidaan yang tinggi dan jika anda filter iklan berkenaan semakin rendah la nilai bidaan. Itu pendapat saya la (kalau silap tolong tunjuk ajar yer).
Sebagai contoh, iklan yang sering kali keluar kat blog atau web anda bernilai 5 sen satu klik. Jika difilterkan iklan berkenaan, secara logiknya iklan-iklan yang keluar kemungkinan besar akan bernilai 1 sen ke 4 sen. Betul tak?
Rasanya tiada tools yang boleh digunakan sangat untuk mengetahui nilai ini. Syarikat Google pun tak kan nak beritahu. Nanti tetiba semua pulak filter ads lepas tu naya la adsense lepas tu. He He He.
Kebiasaannya apa yang difilter adalah untuk competitive ads. Competitive ads bermaksud syarikat yang menjual produk atau servis yang sama dengan anda. Takut nanti pelanggan senang nak cari penjual lain dan lari pula kepada pesaing kepada produk / servis anda. He he he. Read the rest of this entry →


