Video Dan Search Engine Optimization

June 15, 2008 • naem • blog reactions

Mana lebih best, menulis atau menonton ? Kalau yang asyik terperap kat library ( perpustakan ) je,mesti la membaca lagi best. Ye tak? Macam tak betul je….Tak semsetinya yang dok terperap kat library, suka membaca terutama Pak Guard dan Mak Guard. Hohoho…Kalau diorang membaca buku-buku semua tu, siapa plak yang nak tolong berkawal dan jaga keselamatan..hehe

Jap…cuba perhatikan semula tajuk artikel hari ni. Tajuk pasal VIDEO dan dah tentu le saya nak berkongsi tentang apa yang ada kaitan dengan video. Bukan buku atau ebook ye.

Saya difahamkan menulis boleh memikat hati si lelabah enjin carian. Betul… Saya juga difahamkan, banyakkan la menulis nescaya kebarangkalian web blog/site nak berada di Google senang dan tinggi. Ini pun betul.

Tetapi, jarang orang yang nak fahamkan saya tentang Video. Bagaimana nak hasilkan video yang baik? Bagaimana nak diindeks enjin carian macam Google dan di “ranking” kan dengan kedudukan yang baik? Jarang….Anda macammana?

Kalau bersetuju, apa kata minggu ni ( mula dengan ahad sehingga sabtu ) kita sama-sama cuba test kehebatan video dan juga optimasi SEO. Faham tak? Kalau tak, begini…

Beberapa hari lepas, si Adly telah lancarkan ebook beliau yang bertajuk Rahsia 10K. Memang laris sungguh ebook Adly ni. Rasa-rasanya Adly dah capai RM20 000 dalam masa 5 hari aje hasil dari ebook beliau. Tak percaya? Hurm…tak boleh nak dedahkan secara terbuka sebab ini maklumat sulit antara rakan-rakan JV ( Join Venture ).

Oh ya…apa kaitan Adly dengan video? Begini ceritanya. Saya ni memang bukan pakar SEO. Jadi saya mencuba la siapkan satu video dan saya telah uploadkan di Revver dan juga Youtube. Nak tahu hasilnya? Ok..cuba perhatikan “screenshot” di bawah.

rahsia 10k

Saya cube fokuskan pada kata kunci Rahsia 10K dan terbukti mudah untuk berada di ranking Google yang baik dan saya sendiri agak terkejut sebab video tersebut juga ada di senaraikan oleh lain-lain website yang saya sendiri tak upload pun. Maksudnya laman web lain pun tolong siarkan video tersebut walhal saya tak upload kat sana pun..hohoho..

Jadi, apa kata yang masih belum mencuba cara ini, segera mencuba untuk blog masing-masing. Carikan niche yang profitable ( menguntungkan ) dulu dan kemudian pilih katakunci yang kurang persaingan untuk dicuba… Mesti boleh berjaya. Ok…saya chaow dulu…nak cari niche dan keyword yang sesuai.Nak sambung ujikaji…

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

10 responses to “ Video Dan Search Engine Optimization ”

  1. #1 kita
    15.06.08 at 8:29 am

    nak lagi cepat….guna keyword panas :)

  2. #2 naem
    15.06.08 at 10:31 am

    hoho…tapi jangan guna video panas dan tak senonoh…dari segi etika memang tak sopan dan duit tu sah dari cara yang terang2 salah…

    untuk keyword panas atau sedang top dicari, boleh dapatkan di google trend…

  3. #3 abdfatah
    15.06.08 at 10:49 am

    saya nak cuba rahsia kambing laaa untuk promote perniagaan kambing…

  4. #4 SyedHafidz
    15.06.08 at 12:10 pm

    menarik gak idea hang ni naem.
    saya ni kurang sket promote web menggunakan seo..

  5. #5 naem
    15.06.08 at 4:32 pm

    sekadar seronok-seronok aje syed…hoho…saja nak test power..keh keh keh…kaedah ni memang sesuai kalo gabung dengan Google trend…pastu masukkan adsense atau bidvertiser…

    dapat le seciput 2 dollar..hohoho

    ps: bro abd fatah, boleh jugak..lebih best kalo ada gambar tengah perah susu kambing..hohoho..boleh jadi video panasssss

  6. #6 dauz
    17.06.08 at 5:06 pm

    Ini kan video marketing…hehe…kalau adsense best syok tuuuu..hehe… :P

  7. #7 Maliki Hassan
    17.06.08 at 7:40 pm

    salam,

    bro naem yg hensem selalu,duk comment di atas tu ada menyebut bidvertiser..
    bila pulak nak blog diaribidvertiset?
    ramai ni nak tahu pasal bidvertiser pulak ni.
    yela dah sebab adsense kene ban je selalu..hehe

  8. #8 naem
    18.06.08 at 12:16 am

    bidadvertiser ni saya belum cuba lagi..ntengok le dulu…hohoho…

  9. #9 inspiration
    18.06.08 at 4:50 pm

    betul, saya setuju video boleh digunakan sebagai “gateway” ke website yang kita hendak promote. Untuk maintain serp Video, video tersebut mesti aktif iaitu ada komen yang banyak, sure video serp tersebut tak akan turun dan maintain kat atas. Nak kasi maintain lagi, embed link video tersebut ke beberapa blog yang kita bina untuk tujuan video backlink.

  10. #10 zool
    24.06.08 at 4:14 pm

    Bagaimana pula dengan cacing???
    Mungkin ligakampung dapat tempat teratas???
    He he he…

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>