Jom Kita Klik Iklan Adsense Bersama!
September 27, 2008 • naem • blog reactionsJom Kita Klik Iklan Adsense Sesama Kita,
Mula-mula tukar-tukar link blog,
Kemudian tukar-tukar la klik pada ads.
Hehehe..best..best..best
Inilah idea yang saya fiirkan masa mula-mula berkecimpung dalam dunia Adsense. Maksud saya arena perbloggeran ( susah nye bahasa ni ) le. Mudah sokmo nak dapat duit dari internet. Dapat klik iklan, dah dapat duit. Tambahan Google plak yang offer. Mesti mau punya. Kalau sehari 10 klik bersamaan USD$10, sebulan dah 300 klik iaitu USD$300… Pakcik Kayo..Pakcik Kayo….hehehe
Itu dulu…
Sekarang….Susah nak cakap. Tapi mentaliti kita semua berbeza. Saya sendiri pun tak sangka bila isu adsense dan klik ni dibincangkan bersama dengan rakan -rakan ( yang dikira baik le tau ) , masing-masing terfikir di minda untuk bertukar-bertukar klik. Hatta aktiviti tersebut sah akan menjadi punca rezeki yang tak halal sekalipun, ada lagi yang berfikiran sempit macam tu.
Susah nak cakap…
Dalam dunia serba online ni, memang le mudah nak berurusan. Kata orang dunia tanpa sempadan. Tak payah lagi nak tempah tiket untuk ke Mesir kalau hanya nak bercakap dengan rakan-rakan di sana, guna Skype atau sekufu dengannya pun dah boleh live berborak. Jadi dalam soal mencari pendapatan online ni, etika tetap perlu ada ( episod membebel le ni ). Nak blackhat pun blackhat le, tapi jangan le sampai maruah tergadai agama terjual. Ye tak…
Ps: ni bukan episod marah-marah tau. Sekadar menulis.



