Jom Kita Klik Iklan Adsense Bersama!
September 27, 2008 • naem • blog reactionsJom Kita Klik Iklan Adsense Sesama Kita,
Mula-mula tukar-tukar link blog,
Kemudian tukar-tukar la klik pada ads.
Hehehe..best..best..best
Inilah idea yang saya fiirkan masa mula-mula berkecimpung dalam dunia Adsense. Maksud saya arena perbloggeran ( susah nye bahasa ni ) le. Mudah sokmo nak dapat duit dari internet. Dapat klik iklan, dah dapat duit. Tambahan Google plak yang offer. Mesti mau punya. Kalau sehari 10 klik bersamaan USD$10, sebulan dah 300 klik iaitu USD$300… Pakcik Kayo..Pakcik Kayo….hehehe
Itu dulu…
Sekarang….Susah nak cakap. Tapi mentaliti kita semua berbeza. Saya sendiri pun tak sangka bila isu adsense dan klik ni dibincangkan bersama dengan rakan -rakan ( yang dikira baik le tau ) , masing-masing terfikir di minda untuk bertukar-bertukar klik. Hatta aktiviti tersebut sah akan menjadi punca rezeki yang tak halal sekalipun, ada lagi yang berfikiran sempit macam tu.
Susah nak cakap…
Dalam dunia serba online ni, memang le mudah nak berurusan. Kata orang dunia tanpa sempadan. Tak payah lagi nak tempah tiket untuk ke Mesir kalau hanya nak bercakap dengan rakan-rakan di sana, guna Skype atau sekufu dengannya pun dah boleh live berborak. Jadi dalam soal mencari pendapatan online ni, etika tetap perlu ada ( episod membebel le ni ). Nak blackhat pun blackhat le, tapi jangan le sampai maruah tergadai agama terjual. Ye tak…
Ps: ni bukan episod marah-marah tau. Sekadar menulis.












#1 kasimo
27.09.08 at 4:09 am
ini cara cepat nak buat duit dengan adsense
ini juga cara cepat nak kena banned dengan adsenseKasimo
http://pakejlumayan.com
#2 naem
27.09.08 at 5:50 am
hoho….express punya cara..tak sayang akaun boleh le cecuba teknik pasti jaya ni
#3 zool
27.09.08 at 12:19 pm
Betul tu..
Ala susah2 dahulu senang2 kemudian…
Baru berkat..
#4 melayu tech
03.10.08 at 9:36 am
Ni teknik terbaik klu nak dapat email cerai talak 3 dr uncle G..
#5 SyedHafidz
09.10.08 at 9:20 am
Kalau ikutkan mentaliti nak duit cepat tu, memang la dah lama kita wat camtu..
Dulu saya pun ada niat nak buat camtu (dengan harapan pakcik G tak tahu)…
biar sedikit asalkan berkat..daripada banyak tapi tipu lebih..hehehe
#6 KampungBoy
11.10.08 at 11:27 am
Berkat !!! That’s the points. betoi tu Syed Hafidz n Zool. Bagi saya, dalam mencari rezeki ‘kualiti’ duit yang diperolehi adalah amat penting berbanding daripada luantiti tetapi xdek ‘kualiti’ duittu.
p/s: Hai…berapa banyak kualiti da….
#7 nick
15.10.08 at 1:15 am
Bagus nasihat ni. Teruskan usaha utk mencari pendapatan halal.
#8 titan
18.10.08 at 11:30 am
ehm..jangan cakap pasal bab halal dan haram. itu bukan kita yang tentukan.
Kalau nak cite bab nih. Pendapatan negara pun ada terbabit dari pelancongan, rokok dan arak. Ehm. malas aku nak cite bab nih. Pendek cite. Pepandaila..
Apa yang aku mampu buat. Bersederhanalah. Jangan terlalu tamak.
#9 zool
21.10.08 at 12:34 am
Cam dah stop je blog nie..Tuan blog banyak project lain kot..