Demam & Maxis Broadband Yang Lembap

November 30, 2008 • naem • blog reactions

Hehehe..menulis kembali kat sini. Tapi hari ni taknak tulis atau kongsi apa -apa tips sebab takde apa yang nak dikongsi..So, saje-saje nak tulis. Hati pun ada riang skit tapi gelisah banyak. Erm…letak tepi jap masalah yang tak terurus..Maybe kejap lagi nak kena plan penyelesaian satu demi satu ( banyak planning je, action plak kurang )

demam fever cartoon

Hari ni masuk hari ketiga demam. Balik kerja selalu kena hujan, so tak terlari la dari sebab -sebab yang menyebabkan demam. Belakang badan plak dah mula sakit-sakit…Maunye tidak, dari jam 8 sampai jam 6 duduk mengadap komputer je kat tempat kerja. Balik plak mengadap komputer sampai jam 12 malam..Lama-lama sakit badan le kan ?. Hari ni juga masuk hari kedua cirit birit…Fuuuhh..macam air paip disembur…hehehe …AMARAN KERAS ! Jangan baca artikel ni sambil makan ye…

Disebabkan kesihatan diri yang kurang memberansangkan ni, lepak dalam bilik adalah yang terbest la kan. Ngadap komputer ! hehehe…Dah jadi macam penagih dadah internet dah ni. Kalau tak mengadap internet sehari, macam tak boleh buat apa-apa..  Oh ya, nak maklum skit tau… Seperti artikel sebelum ni, kenapa saya kurang bergiat di DiariAdsense ni sebenarnya disebab kan saya sedang menumpu ( fokus ) pada Program Pay Per Click ( PPC ) seperti Google Adwords. Itu sebab yang kurang menulis kat sini. Balik kerja je, test,test,test dan test… Macam-macam boleh buat dengan promosi gila berbayar ni. Bukan setakat adsense je ( Adsense Arbitrage pernah dengar ? ) , bahkan boleh promote produk orang dan boleh bina komuniti sendiri. Serampang 10 mata pun boleh. Tapi mesti la kena kreatif skit.maxisbroadband

Tapi…..leceh..leceh…leceh kalau internet lembap macam siput babi khinzir. Ingatkan langganan pakej RM98 sebulan dengan Maxis Broadband boleh le jadi gila dengan video marketing. Hampehh sioott…Connection lembap dan tak stabil.. Dulu, kalau nak tahu, saya selalu guna proses download dan upload lebih dari 5GB sebulan, sekarang nak cecah 200 mb sebulan pun susah. Nak kena tiru style Awangku Yusli…hehe..Alahai lembap sungguh Maxis Broadband ni. Nampak gaya memang nak kena tukar ke Celcom ke, atau Streamyx kot, ataupun P1 ..Tengok le macam mana dulu. Haaa..yang membaca ni gunakan servis internet yang mana satu ek? Kalau ok, share le kat sini ye.

Ok…cukup dulu kot setakat ni. Rasa macam sakit-sakit balik belakang badan. Jap lagi nak update blog PPCPercuma lagi. Pastu nak kemaskini PPCpercuma V.2 plak…Pastu nak tido..pastu nak makan…pastu nak solat..pastu nak gunting rambut…pastu..bla..bla..bla.bla..zZzzZZZzzzZzz

Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Spurl
  • YahooMyWeb

10 responses to “ Demam & Maxis Broadband Yang Lembap ”

  1. #1 Awangku Yusli
    01.12.08 at 9:27 am

    Sejak duduk area sekarang ni (Taman Cempaka, Ampang), ISP dah bertukar² daripada Streamyx ke Maxis sampai la sekarang ni ke Celcom. Streamyx yang patutnya ok, tak ok plak. Maxis toksah cakap laa.. Memang hazab ya amat. Bila try Celcom baru ok. Tu pun kengkadang ada gak time bengong dia. Tapi overall kira puas hati gak laa.. Waktu P1 nak launch dulu, ada gak apply nak jadi tester.. tapi sampai sekarang takde citer. Agaknya area Ampang belum ada coverage kot. Lagipun dia tak cover sampai Sabah (my hometown), so takde la apply. My advice.. apa² hal pun, silalah bertukar daripada Maxis… hehehehe..

  2. #2 SyedHafidz
    02.12.08 at 12:09 pm

    nampak bukan setakat maxis je…broadband celcom saya pun ciput sekang ni..
    especially time siang..
    tak tau la nape…

  3. #3 azuan
    05.12.08 at 7:44 am

    Saya pakai streamyx jer…laju jugak.dowload ok jer. kalau pakai broadband ni bukan semua tempat ada coverage jadi jgn mudah terpedaya dengan kata2 penjual broadband ni.. “semua tempat ada ma….”

  4. #4 sapawi
    06.12.08 at 2:37 pm

    Saya tak tahu sangat pasal Maxis Broadband ni tapi awal-awal lagi saya dah elak.

    Saya dah banyak kali pakai Celcom Unlimited Daily Internet cuma RM6 sehari sebab reputasi besar nama Celcom.

    Saya guna Nokia 6630 sbg modem smbung kt PC.

    Ada masa ok walaupun ok tu lebih kurang standard guna modem 56k masa dulu-dulu. Tp saye konfiden la Celcom ni lg bagus dr Maxis.

    kalau time tak ok tu hampeh lerr.. sakit ati..sepatutnya dpt main 24 jam tp dpat 3-4 jam je..itu pun dah besar rahmat

    Apa yang saya dengar Digi stabil tp slow ckit sbb dia orang x guna 3g ( lum dpt kelulusan kerajaan kot untuk sediakan khidmat 3g) tp guna gprs atau Edge untuk internet access.

  5. #5 roll
    11.12.08 at 2:14 pm

    mmg lembab mcm sipiut, indah khabar dr rupa, time balik keje mesti la nak on internet, tapi hati rase mcm nak terminate broadband tp x leh sebab kena penalty rm200 klu x sampai tempoh tamat kontrak. itulah keburukan kontrak, dah sure maxis kaut beribu-ribu dr servis broadband yg lembab mcm kura-kura, sesai dipanggil ‘BERUKBAND’. Mana tak hangin, bila on laptop je, terus line 3g atau edge

  6. #6 premierauto
    12.12.08 at 11:44 pm

    aku pakai celcom broadband, guna motorola sebagai modem, aku duk shah alam, kalau nak bagus/laju bila dia dapat signal HSDPA, kalau kat motorola aku dia kluar lambang ‘H’ kat bar coverage tu, kalau guna huawei E220 tu tak silap dia tukar lampu kebiru, aku penah pakai kawan aku nyer maxis, lembab betul, kalau aku pakai la, mmg sempat tido la nak tunggu dia download page tu, kawasan shah alam pulak tu, refer pada website maxis, seksyen 16 ni ada coverage HSDPA maxis, tapi bila test, lagi lambat dari dial up, celcom pun bukan bagus mana, kejap2 ok & konsisten, kadang2 terputus2, pantang puji celcom bila network maintain up, mesti akan down nyer… tapi kenkadang la… better celcom dari maxis la…

  7. #7 inertz
    13.12.08 at 11:47 am

    Aku pakai umobile 3g yang hampeh. Yeah you got me right. Hampeh. Time peak hour mmg slow gile. Rasanya dialup 56kbps pun lagi ok pe. Masa register dulu bukan main dia nye sales cakap line boleh cecah 3.6Mbps. Ceh. Takkan kat area sy(pj) ramai orang pakai Umoble broadband kot. Nak speed ok dalam kol 3pagi-7pagi. Tapi sapa nak tunggu pagi2 gitu.

  8. #8 Raja Kamil
    18.12.08 at 1:00 am

    Aku pakai Celcom Brodaband. Maximum speed. Setakat ni, paling tinggi dapat 2.6 Mbps :)

    Tapi, sekali je. Tu pun antara kul 6-8 pg.
    Aku punya cadangan, pakai jer streamyx. Tak pun, hire orang untuk kerja-kerja upload. Bayar dia bulanan.

    Jom kita wat kira-kira. Kalau sebulan kau bayar RM130 untuk broadband. Aku rasa, kau leh hire orang untuk upload 260 buah video :)

    Tak pun, kau buat macam ni. Cari dalam seminggu, untuk donlod (alah kalau kau ada masa, pegi ar UTP, diorang ada sharing video terbesar setakat yang aku tahu. Ada 500 orang, average share 4TB.

    Then spend 1 week untuk edit video-video tu.
    Then, kau spend pulak another 1 week kat CC ;). Untuk kerja-kerja upload. Tak pun, kau post jer DVD yang ada video-video tu kat freelancer, mintak dioarang uploadkan ;)

    Erm….lepas tu, three lah. Hehe, buat pengetahuan kau, performance PC pun memainkan peranan yang penting untuk connection internet ni.

    Ok lah, macam buat post pulak panjang comment ni.

    Erm, alang-alang dah sampai sini, leh tak kau send kan aku, keyword-keyword untuk promot adword kat malaysia ni ;)
    Berkaitan dengan menjana wang.

    Ni email aku : rajakamil[@]rajakamil.com

    Terima kasih makan karipan, mai lah blog aku hantar komen pulak :P

  9. #9 Richie
    29.12.08 at 8:45 pm

    haha.. celcom broadband pun siput gak bro..

  10. #10 military
    30.12.08 at 1:14 pm

    Sebenarnya kelembabpan conection internet ini telah melanda seluruh negara. Streamyx sendiri pun lembab yang teramat sangat. saya dah cuba kol mereka dan merekan menyatakan krisis kelembapan ini akan berakhir sehingga 31 disember 2008. tak tahu lah kenapa…

Add your comment

XHTML: You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>