Archive for the category ‘ dari admin ’

Ada Bola, Takde Palang Gol!

June 11, 2008 • naem • blog reactions

Salam hormat para pembaca,

Artikel ni takde kena mengena dengan Euro 2008 tau…hohoho…Artikel yang anda akan baca di bawah adalah berkaitan dengan hidup mati blog diariadsense ni…

Perasan tak? Semakin lama, semakin usang plak blog ni…Hurm…Nak kena fikirkan sesuatu yang baru dan menghangatkan untuk menghidupkan blog ni. Saya pasti ramai yang selalu berkunjung ke blog ni..Terutamanya penggiat adsense. Dari jerangkap samar yang saya pasang ( tracking code le tu… ) , yang membaca blog ini bukan sahaja dari Negara Malaysia bahkan dari tiga negara berdekatan ( SIngapura, Brunei dan Indonesia ).

Jadi…Nak kena planning balik.. Lepas planning, kena rajin menulis… matlamatNak rajin menulis, kena banyak mengkaji dan membaca… Kalau dah banyak membaca, kena le pandai luangkan masa… Ooooohhhh…tak mampu le plak rasanya. Banyak yang perlu diuruskan.Terutamanya hal yang membabitkan kajian..Nak kaji, tak boleh sehari dua…sebulan dua tu kira ok la. Kalau macam tu, biar saya rangka balik ye halatuju blog ni..

Opss..terlupa plak rupa-rupanya blog ni takde matlamat sebenarnya.. Patut le saya seringkali terkapai-kapai dan penulisan di blog ni tak konsisten.. Ok..kalau macam tu, boleh tak anda semua bantu saya menetapkan matlamat untuk blog ini.Hehehe Alaa…apa yang ingin anda mahukan blog ni sumbangkan…Contoh macam melahirkan 1 orang sifu adsense ke? Atau meningkatkkan traffik 10 blog sasaran ke? atau apa saja…

Bantu ye saya untuk mengorganisasikan blog ini semula. Itu aje… Semoga Sukses Selalu

RM 5 Untuk Menulis di DiariAdsense

May 16, 2008 • naem • blog reactions

Salam..

Saya mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk menulis apa sahaja asalkan ada kaitan dengan Adsense di blog saya :

[+] Diari Adsense

Bayaran bagi satu artikel yang mengikut syarat adalah RM1 - RM5.

Syarat2 :

  1. ditulis dlm bahasa melayu
  2. tidak kurang dari 150 patah perkataan
  3. hanya artikel bersesuaian aje yang dipilih
  4. tidak copy & paste artikel org lain
  5. tidak ada unsur2 illegal
  6. WargaNegara Malaysia ( saya baru dapat permohonan dari orang indonesia )

setiap artikel akan ditapis dahulu. Jika artikel tersebut tidak bersesuaian, saya akan pulangkan untuk si penulis lakukan pengubahsuaian.

Cara memohon :

  1. reply thread ini & kata minat
  2. lawati diariadsense.com
  3. tulis artikel dlm word
  4. hantar pd saya melalui emel ( diariadsense[@]yahoo.com.my )
  5. Jika terpilih,akan disiarkan..jika tak, saya akan maklumkan perubahan dan pengubahsuaian

* Ulasan produk ( affiliate ) dibenarkan asalkan ada input ilmiah. Read the rest of this entry →

Keputusan Lead “Rahsia PPC Percuma”

April 26, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Lama tak menulis..Agak kaku jugak. Saya terpaksa meninggalkan DiariAdsense hampir seminggu lamanya. Semuanya oleh sebab pembikinan dan pelancaran PPCPercuma.com. Huhuhu..Lagipun sekarang ni pelajar-pelajar di kebanyakan universiti sedang bersengkang mata nak baca buku…Gara-gara nak jawab soalan peperiksaan. Waduhhh….

Sekadar makluman para pembaca DiariAdsense, saya sedang bertungkus lumus menyudahkan salah satu perancangan saya untuk 2008 ni. Nak buat bisnes online…Alhamdulillah dah pun siap dan dah mula dilancarkan.. InsyaAllah dalam masa beberapa hari lagi saya akan umumkan plak promosi besar-besaran oleh Rakan JV.

Takpe, kita tinggal dulu ye.. Macammana dengan income Adsense semua? Ok tak? Hoho..biasa la kalau seciput dua.. Benda alah macam ni tak mudah nak jadi mudah..Perlukan kesabaran dan kesungguhan. Resepi kejayaan ramai penggiat adsense terkenal ialah mereka bersungguh-sungguh. Tak perlu pun tau semua teknik promosi. Sebaliknya cukup sekadar 2 teknik saja dan di praktiskan betul-betul..

Ok, saya nak teruskan ke agenda utama saya. Seperti yang termaklum, saya pernah melancarkan ebook percuma ” Rahsia 7 Dalam Adwords” 24 hari yang lalu. Apa yang saya lakukan ialah saya pelbagaikannya dengan menggunakan khidmat The list virus serta membuat pertandingan bagi lead terbanyak.. Sayangnya..di awal proses pelancaran saya mengalami masalah teknikal..

Ada-ada je link yang tak dijejak dan subscriber yang tak dikesan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menukar pertandingan agar menjadi lebih mudah. Ya hanya dengan membantu saya mempromosikan ebook tersebut di blog mahupun forum atau newsletter. Natijahnya, memang berkesan. Dalam masa yang sama, masalah teknikal berjaya diselesaikan pula dalam tempoh 6 hari selepasnya.

So, di bawah ni saya nyatakan berapa banyak subscriber yang saya dapat selamat 24 hari ini.

New Picture (104)

Secara keseluruhannya matlamat saya untuk mencapai 1000 subscriber tak tercapai dalam masa 20 hari. Banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Read the rest of this entry →