Archive for the category ‘ dari admin ’

JomSeminar : Membongkar Rahsia 5 Usahawan Internet Malaysia

April 7, 2008 • naem • blog reactions

Sejak dua menjak ni, macam -macam yang hangat dan panass berlaku. Walaupun asyik hujan je memanjang setiap petang. Yang hangat tetap hangat persis sehangat goreng pisang kat tepi blok yang saya huni ni. ermmmm…saya pun hangat jugak..Tapi taknak la jadi hangat-hangat taik ayam.

Sebelum maghrib tadi, sempat jugak le saya melewati satu demi satu blog yang menjadi kegemaran saya. Antara blog yang memang best dan mengujakan bila membaca ialah blog titan. Bro titan ni memang pandai menulis. Kalau nak banding tulisan saya dengan tulisan bro titan ni, tulisan saya lebih kaku.Sopan le kot…hohoho… Maaf saya jarang bahasakan diri “aku”. Dah terbiasa dari sekolah menengah sampai le ke Universiti berbahasakan diri “ana”. Sampaikan member-member berlainan latarbelakang pun terpaksa bahasakan diri “ana” dengan saya…hohoho..menyusahkan betoi le ko ni naim..kehkehkeh..

Ok, apa yang menarik dan panass sangat ni ada kaitan dengan bidang keusahawanan internet tanah air. Yup..takde kaitan pun dengan kes Sufiah atau Shilpaa Lee tu. Dan takde jugak kena mengena hidup atau mati dengan kekucar kaciran politik Pak Lah dan Barisan Nasional. Apa yang menarik tu? Lihat dulu imej dibawah…

jomseminar

Secara peribadinya ini adalah seminar yang menarik. Pssss..saya ni belum pernah menghadiri mana-mana seminar lagipun yang berkaitan usahawan tanah air ni.. Ohhh..bukan taknak pi, tapi bak kata orang hati belum terpanggil lagi. Tu yang malas nak pergi tu.

Berbalik kepada JomSeminar ni, saya cuba je memeriksa butiran ” siapa disebalik tabir” tapi gagal. Maklumat yang saya dapat terlalu umum. Lebih berahsia sebenarnya. Hohoho..Selak punya selak, baru le saya dapat tahu JomSeminar ni dianjurkan oleh salah seorang speakernya yang saya kenal sebagai Bro Yusry. Jujur saya katakan saya tak kenal beliau. Mungkin disebabkan saya tak pernah menghadiri mana-mana seminar sebelum ini, jadi saya kurang mengenali lebih dekat siapa penganjur ni. Saya cuba selak-selak Google, dan saya terjumpa satu site yang ada kaitan dengan “yusry+affiliate”. Laman web tu ialah ” http://ultrajv.com “. Betul ke ini kepunyaan Bro Yusry???…haaa…tak perlu jawab ye…

Tak kisah le siapa bro Yusry ni, yang penting beliau dengan jayanya telah sedaya upaya membantu mengenengahkan satu perkongsian hebat dalam keusahawanan internet tanah air.

JomSeminar.com ni merupakan seminar perniagaan dan pemasaran internet bagi bakal usahawan internet Malaysia. Siapa lagi kalau bukan saya dan rakan-rakan kan? Modul seminar pula akan disampaikan oleh beberapa speaker yang terdiri daripada usahawan internet sepenuh masa dan berpengalaman. Mereka-mereka tu ialah :

 

seminar-buat-duit-internet

1) Fuad Latif - Dari penulis buku “15 cara efektif internet marketing”

2) Syed Ikhwan - Sifu adsense

3) Yusri - Expert Programmer dan seorang yang pakar dalam Affiliate serta CPA.

4) Alang - Usahawan Internet sepenuh masa, dan insyaAllah akan membincangkan perihal bisnes directory.

5) Gobala Krishnan - Blogger dan expertise wordpress. Anda memang kenal nye dia.

Info lanjut seminar adalah seperti berikut:

  • Tema: Multiple Streams of Online Income
  • Deskripsi Modul:Mendedahkan pelbagai kaedah membuat duit daripada internet sama ada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan
  • Tarikh: Sabtu, 10hb Mei 2008
  • Masa: 9 am hingga 5 pm
  • Kapasiti Peserta: 30 hingga 100 orang
  • Lokasi: Hotel Armada, Petaling Jaya
  • Yuran : RM 479

Oh ya, berita baik jika anda berdaftar sekarang!

Jika anda menjadi 30 orang yang mendaftar terawal, anda hanya perlu bayar dengan harga diskaun RM 397 sahaja! Ulang sekali lagi, RM 397 sahaja!

Oleh sebab tempat adalah terhad tetapi ramai yang ingin pergi , bolehlah menghubungi syed Ikhwan secara terus di talian 013 3936460 ataupun email kepada beliau di syed_ikhwan[at]yahoo.com. Untuk pendaftaran segera, terus je laman web JomSeminar dan daftar untuk jadi ahli.

ps:  sebahagian ayat ni turut dicedok dari sumber lain seperti dari blog syed rajaaffiliate . Terima kasih ye

1 Lagi Ebook Percuma Dari DiariAdsense

March 30, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

Saya pernah menulis satu artikel di dalam blog ini tentang cara mudah menjimatkan kos pengiklanan didalam program Pay Per Click program. Antaranya ialah cara mendapatkan kredit percuma Yahoo Search Marketing ( YSM ) bernilai USD$ 25,USd$ 50, USD$ 75 dan USD$ 100. Saya juga turut menyatakan yang saya akan siapkan sebuah ebook percuma khas untuk para pembaca di DiariAdsense.com ini berkenaan kredit percuma Google Adwords.

Hohoho…ada juga niat nak menjual. Tapi saya rasa pengetahuan ini lebih menguntungkan jika saya kongsikan bersama-sama. InsyaAllah, niat saya untuk berniaga dan menjadi usahawan tetap ada. Tapi tak semestinya dengan menjual ebook ini..Hohoho.. Ok..

Erm..Ebook ni saya namakan ” Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya selitkan beberapa panduan asas bagi pemula Adwords. Saya pun masih lagi baru dalam Adwords ni. Jadi tak berapa tahu sangat selok belok lebih mendalam tentang Adwords. Untuk ebook ni, percuma. Memang percuma. Saya turut dedahkan cara mendapatkan kredit percuma Adwords bernilai USD$ 55. Sebenarnya ada banyak cara. Saya cuma tahu 5 cara sahaja untuk mendapatkan kupon Adwords ni. Dalam ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” ni, saya dedahkan satu cara sahaja. InsyaAllah, akan menyusul kemudian ebook tentang pelbagai cara mengiklan dalam PPC ( Pay Per Click ) program dengan kos yang lebih jimat.

ebook percumaIni gambaran separuh ecover ebook yang saya sedang siapkan. Pelancaran mungkin pada 1 April nanti…Buat masa ni, saya masih belum setup autoresponder dan jugak beli domain dan hosting..Ohhhhh..jangan beli domain yang saya nak beli ye..Esok baru nak beli sebab duit adsense baru masuk…hehehe

oh ya, terlupa plak saya. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Adly aka Labanon. Hanya dia je tau kenapa saya ucapkan terima kasih ni. Yang pasti ada sesuatu yang sangat berharga dari IM kecil cili padi ni yang telah sudi kongsikan sesuatu dengan saya. Sampailah saya bermotivasi nak siapkan 3 ebook sekaligus dalam masa 15 hari..hohoho.

Kepada en Sham rajaadsense, maaf. Ebook yang saya tulis ni harapnya tak menjadi saingan pada en Sham. Saya lebih sarankan anda untuk mendapatkan ebook Panduan Adwords en Sham yang terbukti memang ditulis berdasarkan kepakaran beliau. Saya? hohoho..sekadar tahu, cuba dan kongsi je.. So mesti nilai tu tak sama kan?

Apapun, nantikan 2 hari lagi ye…Doakan semoga saya tidak menghadapi sebarang kesulitan yang memaksa untuk saya menangguhkan hasrat saya ni

ps: Kepada bro borakbola, vangardx and kak bizmalaya, nanti siap saya emelkan dulu ye..Untuk ebook seterusnya pun macam tu jugak..

 

pps: maaf la ye tak mengemaskini diari ni, saya sedang bertungkus lumus dengan pelbagai kerja..heheh

UPDATE

Belum siap lagi. Jadi Tak dapat nak release lagi lagi la. Agak sibuk skit. Kebetulan banyak assignment dan presentation menjelang nak exam. Dalam masa yang sama, dok tengah kodek2 joomla untuk web komuniti  seorang YB parlimen Kedah..huhuhu..Harap Maaf.

Kemaskini DiariAdsense : Malas Atau Rajin???

January 30, 2008 • naem • blog reactions

Genap 8 hari saya tak menulis di sini. Bukan kerana cuti berkhatan ataupun sibuk membuat persiapan balik kampung ( cuti raya cina..ooouuuu ), tapi disebabkan sibuk menyibukkan diri. Sepanjang ketiadaan saya ni, sifat malas dah mula menjadi “joker” dalam diri saya. Anda pernah malas??? Tak??? Waaaahhhh…boleh catat rekod “book of genius record” la kalau macam tu.

Errmmm…Saya tak bercadang menulis atau berkongsi apa-apa pun pada kali ini. Maaf ye. Kalau boleh tu, jangan la hampa sehampeh-hampehnya. Saya masih ada ni ( Chewwwaaaah… ). Memang takde tip atau beban yang nak saya ceritakan. Boleh je kalau nak klik butang pangkah tak pun isi emel subscriber di bawah.

Masukkan Emel Anda Di Sini:

Delivered by FeedBurner

 

Oh ya, terlupa nak maklumkan. Saya masih dalam pemprosesan dodol menyiapkan ebook edisi kedua. Yang pastinya ia adalah huraian dan kesimpulan bagi teknik tag & ping + bookmark yang saya guna, perolehi dan alami sepanjang menggunakannya. Nak kata pakar tu, tipu la saya ni. Memang takde apa-apa kepakaran cuma sedikit sebanyak saya telah pelajari untuk mendapat traffik yang banyak bukannya susah pun. Malangnya bagaimana kita memanfaatkan kreativiti yang ada untuk meningkatkan hasil dari penglibatan diri dalam internet. Jika diizinkan tuhan, dalam pertengahan bulan Februari, saya akan lancarkan ebook versi kedua ni.

Bagaimana pula dengan Ebook “Mari Mengenal Tag & Ping“? Secara keseluruhannya, masih ada ruang untuk rakan-rakan memilikinya. Sebabnya ada kosong lagi. Tapi takpe la sebab yang bertandang ke blog saya ni poket-poket mereka memang kembong..hehehe ..kembong dengan duit le bukan dengan ikan kembong. Jadi semasa pelancaran ebook versi kedua nanti saya akan sertakan sekali ebook tersebut . Tapi rasanya kali ni saya akan letakkan harga la. Memandangkan saya terpaksa libatkan kos dalam hosting+domain+designer. So, jangan la marah-marah ye. Selagi rakan -rakan terus bertandang ke sini, saya jamin saya akan terus berkongsi input dan pengalaman yang saya ada.

mari mengenal tag & ping

Bagi sesiapa yang masih berminat untuk mendapatkan ebook “ Mari Mengenal Tag & Ping “, masih ada ruang kosong lagi. Yup..Ia percuma dengan syarat rakan-rakan memenuhi permintaan saya. Untuk makluman lanjut, saya ada terangkan di ruangan artikel sebelum ini “Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma “. Sila hubungi saya menggunakan ruangan “hubungi saya”

Tags: , , ,