Archive for the category ‘ ebook percuma ’

1 Lagi Ebook Percuma Dari DiariAdsense

March 30, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

Saya pernah menulis satu artikel di dalam blog ini tentang cara mudah menjimatkan kos pengiklanan didalam program Pay Per Click program. Antaranya ialah cara mendapatkan kredit percuma Yahoo Search Marketing ( YSM ) bernilai USD$ 25,USd$ 50, USD$ 75 dan USD$ 100. Saya juga turut menyatakan yang saya akan siapkan sebuah ebook percuma khas untuk para pembaca di DiariAdsense.com ini berkenaan kredit percuma Google Adwords.

Hohoho…ada juga niat nak menjual. Tapi saya rasa pengetahuan ini lebih menguntungkan jika saya kongsikan bersama-sama. InsyaAllah, niat saya untuk berniaga dan menjadi usahawan tetap ada. Tapi tak semestinya dengan menjual ebook ini..Hohoho.. Ok..

Erm..Ebook ni saya namakan ” Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya selitkan beberapa panduan asas bagi pemula Adwords. Saya pun masih lagi baru dalam Adwords ni. Jadi tak berapa tahu sangat selok belok lebih mendalam tentang Adwords. Untuk ebook ni, percuma. Memang percuma. Saya turut dedahkan cara mendapatkan kredit percuma Adwords bernilai USD$ 55. Sebenarnya ada banyak cara. Saya cuma tahu 5 cara sahaja untuk mendapatkan kupon Adwords ni. Dalam ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” ni, saya dedahkan satu cara sahaja. InsyaAllah, akan menyusul kemudian ebook tentang pelbagai cara mengiklan dalam PPC ( Pay Per Click ) program dengan kos yang lebih jimat.

ebook percumaIni gambaran separuh ecover ebook yang saya sedang siapkan. Pelancaran mungkin pada 1 April nanti…Buat masa ni, saya masih belum setup autoresponder dan jugak beli domain dan hosting..Ohhhhh..jangan beli domain yang saya nak beli ye..Esok baru nak beli sebab duit adsense baru masuk…hehehe

oh ya, terlupa plak saya. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Adly aka Labanon. Hanya dia je tau kenapa saya ucapkan terima kasih ni. Yang pasti ada sesuatu yang sangat berharga dari IM kecil cili padi ni yang telah sudi kongsikan sesuatu dengan saya. Sampailah saya bermotivasi nak siapkan 3 ebook sekaligus dalam masa 15 hari..hohoho.

Kepada en Sham rajaadsense, maaf. Ebook yang saya tulis ni harapnya tak menjadi saingan pada en Sham. Saya lebih sarankan anda untuk mendapatkan ebook Panduan Adwords en Sham yang terbukti memang ditulis berdasarkan kepakaran beliau. Saya? hohoho..sekadar tahu, cuba dan kongsi je.. So mesti nilai tu tak sama kan?

Apapun, nantikan 2 hari lagi ye…Doakan semoga saya tidak menghadapi sebarang kesulitan yang memaksa untuk saya menangguhkan hasrat saya ni

ps: Kepada bro borakbola, vangardx and kak bizmalaya, nanti siap saya emelkan dulu ye..Untuk ebook seterusnya pun macam tu jugak..

 

pps: maaf la ye tak mengemaskini diari ni, saya sedang bertungkus lumus dengan pelbagai kerja..heheh

UPDATE

Belum siap lagi. Jadi Tak dapat nak release lagi lagi la. Agak sibuk skit. Kebetulan banyak assignment dan presentation menjelang nak exam. Dalam masa yang sama, dok tengah kodek2 joomla untuk web komuniti  seorang YB parlimen Kedah..huhuhu..Harap Maaf.

Edar “10 Outsourcing Mistakes” Dapat USD$1?

March 23, 2008 • naem • blog reactions

“Rasa macam tak percaya plak. Kenape , tak percaye ( cuba betulkan lidah anda dan tiru gaya iklan ) ? . Haaaah..memang kurang percaya. Banyak betul duit mat-mat salleh ni. Dah la bagi ebook percuma, siap bagi duit USD$ 1 ( RM 3 ) lagi untuk setiap orang yang dapat kita tarik jadi member.”

Hang Tuah ( bukan nama sebenar )

Salam buat semua,

Menulis lagi saya untuk kesekian kalinya. Mana boleh tak menulis. Memang dah lumrah seorang penulis blog untuk menulis. Lain la kalau saya pelukis blog…tak pun penyanyi blog?.Ada ke? hehehe..memang ada. Tapi satu dalam seribu kot.

Cuba perhatikan para ayat di atas. Yup, saya fikir belum terlambat untuk saya promosikan ebook yang dimaksudkan. Yang menariknya,macam-macam program Pay Per Lead yang lain, mamat omputeh ni menawarkan bayaran USD$ 1 bagi setiap ahli yang mengesahkan diri sebagai subscriber ( pelanggan percuma ) ebook tersebut. Itu yang best tu… ( Ai senangnya dalam hati, kalau dapat seduit dua.. )

Ok, apakata kita lihat Biodata Ebook ni..hohoho.

10 Outsourcing MistakesNama Ebook : 10 Outsourcing Mistakes

Jenis Ebook : Perniagaan ( bukan trhiller ataupun comedy. Tak sama jugak dengan Anime )

Penulis Ebook : Chris Chromtom ( eja betul-betul ye. Silap eja boleh Chris Chromosom aka kromosom/sperma )

Bahasa Ebook : Bahasa Omputeh. Galakan untuk makan belacan banyak-banyak supaya senang nak olah dialek mamat omputeh ni .

Tarikh Di Layar Internet : Dah lama daaaah..Berlainan hari bagi setiap negara ( ikut Garis Masa Dunia le )

Laman Ebook : http://www.outsourcingmistakes.com/

Sinopsis Ebook : Ebook ini mengisahkan bagaimana kehidupan usahawan yang telah tersilap langkah. Usahawan tersebut telah berjaya mengenal pasti 10 kesilapan yang telah dilakukan berhubung dengan pengalokasian sumber. Bangkit dari kegagalan tersebut, usahawan ini terus menulis ebook 10 Outsourcing Mistake dan teransang untuk menambah kuasa ebook tu dengan menawarkan USD$ 1 bagi setiap orang yang mendownload ebook tersebut.

Plot Ebook :

  1. Outsourcing Mistake #1
    Thinking It Can’t Be Outsourced
  2. Outsourcing Mistake #2
    Tying Knowledge Into A Person Instead Of A System
  3. Outsourcing Mistake #3
    Not Setting Up A Process To Reliably Capture Your Knowledge
  4. Outsourcing Mistake #4
    Being Too Quick To Hire
  5. Outsourcing Mistake #5
    Not Being Quick Enough To Fire
  6. Outsourcing Mistake #6
    Not Keeping Track Of Those Who Do Good Work
  7. Outsourcing Mistake #7
    Not Keeping Your Workers Accountable
  8. Outsourcing Mistake #8
    Not Thinking Through All That You Need To Get Done Before Hiring Someone
  9. Outsourcing Mistake #9
    Underestimating Project Management Time Requirements
  10. Outsourcing Mistake #10
    Not Building Your Outsourcing Skills

Tebal Ebook : 14 muka surat termasuk kulit depan dan belakang

Warna Ebook : Banyak sungguh warna . Tapi warna biru warna dominant

Komen Orang Lain Tentang Ebook :

“INi satu lagi report yang lebih kurang jenisnya macam Affiliate X Factor tapi kali ini ianya melibatkan 10 kesilapan yg membunuh sumber yang kita gunakan dan juga membongkar strategi yang berkesan. APa benda 10 kesilapan itu dan apa strategi yang dicadangkan, better korang download dan baca free report ini. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi aku yakin ramai yang dah tahu tentang report ini. SO, tak salah kita download dan baca.Berita baik. Mereka sanggup memberikan komisen sebanyka 1 Dollar jika downline korang turut serta download free report yang ditawarkan ini.”

titan @ earncent.com

This complimentary outsourcing report by Chris Crompton contains some great info I’m sure you can use in your business. Start building your outsourcing skills today and avoid common mistakes in the process.

Check it out!

Roland Vardunh

Bintang Ebook : Belum dapat bintang lagi.

 

$1 Untuk Setiap Download ( Percuma )!

Mamat Omputeh ni akan membayar USD1 untuk setiap orang yang kita ajak download ebook ni. Hanya untuk 5000 orang yang pertama je. Sekarang ni dah dah.


Haaa..tunggu apa lagi. Marilah sama kita mendownloadnya. Suka hati dapat duit lagi.

MajalahIM : Apa Kata Mereka ?

March 12, 2008 • naem • blog reactions

Sila baca betul-betul…Tolong letakkan cawan minuman yang anda pegang. Tulisan di bawah tidak sesuai dibaca di bawah pengaruh “alkohol”. Tulisan dibawah telah disunting hasil perbualan dengan makhlus halus…oh!

 

Seputeh : Oi…ko dah baca ke belum MajalahIM?

 

Semerah : MajalahIM ? Tak pernah dengar pun? Ko mengarut ape ni? Majalah lain takde ke? Majalah PC ke, Majalah Wanita ke…hehehe

 

Seputeh : Tu le engko ni. Aku dah cakap awal-awal. Nak jadi Internet Marketer atau sekroni ( bukan KJ dan Undi Lah ye ) dengannya, perlu meng”update”kan diri ko selalu.

 

Semerah : Oooo…ye ke? Naper plak dengan MajalahIM ? Ko ade ke? Moh sini nak bace.. Percuma kan?

 

Seputeh : Ha ah..nah ambil ko…

majalahim

 

Sambil seputeh menolak-nolak laptopnye yang dah berusia tu..Kembang kempis hidung beliau sebab dah berjaya membuktikan yang kononya dia la ter”update” dengan isu-isu semasa dalam keusahawanan internet.

 

2 Jam berlalu..Tekun sungguh rupanya si Mamat semerah ni membaca. Terpacul keluar dari bibir Semerah …

 

Semerah : Cit Poodah…ape punya majalah daaaa….Takde gambar-gambar menarik lansung…Kaler je yang banyak…Masukkan la gambo skit..Ini sidang redaksi pun tak tunjuk muka..Cit Poodah..

 

Seputeh : Ye ke? Alaaaa….gambar bukan nye penting pun..Yang ko nak pi cari gambar Kak G tu ape sal?

 

Semerah : Errrrr..takde le…Aku ni suka menyegarkan mata..Aku ingatkan ni majalah betul..Rupanya majalah dalam komputer.Sengal sungguh le ko ni.. Lain kali cakap le Ezine..Baru aku faham..Orang kampung aku panggil ni Ezine, bukannya majalah..

 

Seputeh : yela -ye la…Aku cepuk kang budak ni. Ok tak MajalahIm ni…errr..Ezine ni?

 

Semerah : KO..Aku tak kenal pun mamat-mamat Team FlareBiz ni. Ko kenal..Link website ye takleh akses pun. Apo kobondo?

 

Seputeh : Sengal ko ni…Nak akses website kena la ada internet. Kalo cucuk kabel LAN tu kat lobang hidung ko tu memang tak boleh aksesnye. Ok, Team FlareBiz ni setahu aku la, diorang ni hasil gabungan 2 orang budak. Diorang bersatu tubuh menghasilkan segala gerak kerja dalam keusahawanan internet bersama… Alaaaa..takan ko tak kenal si Adly aka Labanon tu.. Budak kecik yang dah pandai buat ebiz sendiri dah…Masyuk plak tu…Yang ko ni bila lagi.. aku nanti dulu..oh!

 

majalahim

 

Semerah : Oooo… hehehe…Aku suka tengok cover ezine ni.. Kenape dia letakkan imej si lelaki nak koyak baju…Tak menarik le…Kan bagus kalo….

 

Seputeh : Letak gambo pompuan? Huh! Otak biru sungguh ko ni..

 

Semerah : hehehehe…Apapun aku tak puas hati sangat dengan Ezine ni..Sekali baca, menyerabutkan..Kalau aku budak baru dalam internet ni, memang kompem aku pening lalat nak baca Ezine ni..Aku faham pembahagian dia. Tapi susah jugak la kalo takde pembahagian yang jelas..Kata orang ” section” by “section” le.. Baru sennag skit.. Tapi kan….Hurmmm… Ezine ni untuk saper ek? Macam untuk para pembaca WangCyber je.. Nampak macam tak mesra.. .ohohoho…

 

Seputeh : ye ke ?

 

Semerah : Ha ah…Cuba ko baco..

 

Seputeh : Ha ah…betul le cakap temberang ko tu…Memang tak betul pun apa yang ko cakapkan.. Aku fikir tak juga…Aku dah baca yang edisi kedua.. Memang la pengaruh WC tu kuat. Tapi diorang yang sidang reda ksi ni memang keje kuat. Sekali baca, banyak plak info yang aku dapat. Bukan je setakat Labanon tu tulis, Bro smartzul, Alang, Vince Tan dan macam-macam lagi yang terer -terer ni menulis. Jadi, macam-macam le bidang yang diorang tulis… Dari cara nak buat duit, ada skit psycho hinggalah ke bab kesihatan.. Mungkin lepas ni ada petua “malam pertama” kot..Hohoho..

 

Semerah : Erkk…Ko dah ade edisi kedua tu.. Apsal tak cakap awal-awal..Aku pun nak bace jugak…

majalahim

Rakaman terputus seketika…Sekadar makluman, perbualan ini terpaksa saya hentikan memandangkan saya nak ke kelas sekarang ni..Harap maaf ye…

Seputeh dan Semerah ni tak wujud.. Takde kaitan dengan penulisnye walaupun dia yang menulis. Kalau ada kaitan tu, haaaaa….alamat umur tak panjang le tu… :-)

ps: Nak cuba jadi kreatif, sebab tu tulis macam ni…Ohoho, nampaknya memang kurang kreatif saya ni. Nak kena banyak membaca lagi teknik-teknik menulis yang bagus..

 

pps: Sebahagian tulisan tu agak kasar. Jangan makan hati atau hempedu la ye.. Maaf berbanyak..