Kenapa Saya Perlu Beli 101 Tip Adsense Terbongkar?
January 5, 2008 • naem • blog reactions101 Tip Adsense ? banyak tuuu..
Sekali lagi saudara Labanon ( remaja berusia 17 tahun ) menerbitkan ebook berbayar beliau. Secara jujurnya, saya mengagumi sikap beliau yang berani berhadapan dengan dunia perniagaan seawal usia persekolahan. Saya sendiri terfikir untuk mengeluarkan ebook berbayar sendiri, tapi rasanya memang betul-betul belum bersedia. Jika rakan-rakan pernah membaca post saya sebelum ini, saya telah menulis sebuah panduan berkenaan tag & ping. Itu tandanya persediaan awal saya untuk menerbitkan ebook-ebook seterusnya selepas ini. Hehehe..Practise make Perfect. Memang banyak kesilapan yang boleh dipelajari dari peristiwa kali pertama.
Berbalik tentang ebook yang ditulis oleh Saudara Labanon ni, keseluruhannnya saya memang berpuas hati.Satu kenyataan yang paling membanggakan saya ialah beliau sendiri telah menyatakan di dalam surat jualan 101 Tips Adsense Terbongkar bahawa ebook beliau tersebut sesuai untuk dimiliki oleh rakan-rakan yang masih baru dalam dunia adsense. Nampak tak? Apa yang saya perhatikan di sini beliau telah pun tekankan kejujuran yang sebenarnya jarang-jarang ditemui didalam alam maya ini. Semua orang ingin lariskan jualan masing-masing. Justeru pelbagai elemen-elemen ajaib dan menakjubkan ditambah-tambah pula. Mujur saya belum lagi berjumpa dengan ebook tentang adsense yang menjanjikan anda akan terbang selepas membacanya. Hohoho..itu tandanya mental si penulis terlalu biol untuk dicaci. Hehehe
Saya telah dihubungi beliau seawal proses untuk memasarkannya. Hasil dari perbincangan ringkas, beliau memohon testimoni saya dari ebook “101 tip adsense terbongkar” yang ditulis beliau. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Inilah kali pertama saya diminta oleh seorang IM Malaysia sebenarnya untuk memberikan pendapat berkenaan ebook beliau. Akhirnya saya menerima dan mengambil masa hampir 2 hari untuk membaca keseluruhan isi ebook “101 Tip Adsense Terbongkar“.Kebetulan saya sedang menyiapkan rangka kerja saya untuk tahun 2008.
Tanpa berlengah masa saya mencuri masa dan membaca ebook “101 Tip adsense terbongkar” tersebut. Mulanya saya hanya memandang sekilas lalu.
“Memang secara umumnya semua tip yang diberikan boleh didapati secara percuma” cetus minda saya.
Kemudian apabila saya berfikir semula,
“101 tip bukannya sikit. Nak cari percuma? Huh, Bengkak bulu mata nak mencarinya!” hohoho..terus masuk bilik dan tidur.
Pada pagi keesokannya, saya kembali membaca ebook “101 Tip Adsense Terbongkar“. Tapi pada kali ini saya tidak lagi menggunakan sebelah otak sahaja untuk membaca ebook ni. Saya paksa kedua-dua otak saya berkerja dan memeras ugut mereka supaya menangkap dan memproses segala maklumat.waduh..waduh..Bukan 1, bukan 2,bukan 3 malahan lebih dari 10 tip yang belum saya ketahui dan saya amalkan. “Menarik juga ebook ni” ngomel mulut besar saya ni.
Jika rakan-rakan belum miliki ebook ini, saya nak bagi sedikit gambaran “kenapa saya perlu membeli ebook “101 Tip Adsense Terbongkar“?”
“101 Tip Adsense Terbongkar” ini dikarang dan dimudahkan dengan memecahkan kepada 3 isi kandungan utama iaitu :
-
Bahagian Pendahuluan : Bahagian ini lebih kepada makluman asas yang perlu kita ketahui dalam adsense. Penulis turut menterjemah dan menghuraikan terma dan polisi didalam Google Adsense. Rajin sungguh si Labanon ni. Susah juga nak terjemahkan satu persatu terma dan polisi Google Adsense tanpa asas undang-undang. Pasti nanti kalau adsense mengisytiharkan Malaysia sebagai salah satu negara yang disokong penglibatannya dalam adsense, tentu polisi yang ditulis oleh Labanon ini dijadikan isi kandungannya. Waktu tu labanon jangan lah lupakan saya ye..Hehehe
-
Bahagian Isi Kandungan : Didalam bahagian ini, beliau menzahirkan 101 tip adsense tersebut. Si penulis telah membahagikan kepada 3 bahagian ringkas iaitu :
-
A-Z Bagaimana Membuat Duit Melalui Program Google Adsense
-
“101 Tip Adsense Terbongkar“
-
101 Tip Ringkas Untuk Berjaya didalam Google Adsense
-
-
Bahagian penutup :Tiada janji-janji manis untuk kita semua jika di akhir ebook ini, tiada tindakan yang dilakukan. Saya memang setuju.
Segala yang menarik bagi saya terdapat di dalam bahagian isi kandungan. DI situ lah 101 Tip Adsense dibongkarkan. Tip-tip yang dipetik dan dikumpulkan beliau dari ramai pakar-pakar adsense yang telah menjana RIBUAN DOLLAR dari Program Google Adsense. Ya, bukan RATUSAN tapi RIBUAN.
Itu baru bab ebook utama beliau. Yang pasti ia bertambah menarik dengan bonus “101 Tip Adsense Terbongkar” yang dilampirkan bersama ebook utama. Nak tahu ke? Bonus tu adalah hasil temuramah beliau denga Pakar Adsense Tempatan. Ini yang menariknya. Saya pasti bukan mudah untuk mendapat reaksi dari pakar-pakar adsense tempatan melainkan si penemuramahnya adalah orang bukan sembarangan. Tahniah Labanon.
Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan beliau? Ohh..ini paling penting bukan? Pada saya harga serendah RM15 berbaloi bukan? Itu lah harga yang diletakkan beliau bagi ebook 101 Tip Adsense. Saya pasti itu harga mampu milik rakyat malaysia. Berbanding dengan isi kandungan ebook, saya pasti ramai yang berpuas hati.
Oh ya, satu perkara sahaja ingin saya nyatakan di akhir ulasan saya ini. “101 Tip Adsense Terbongkar” hanya sesuai dibaca oleh sesiapa yang masih muda dan masih kabur dengan cara meningkatkan pendapatan dalam adsense. Ebook ini tidak sesuai bagi sesiapa yang belum tahu bagaimana cara membina blog. Nak bina blog, anda boleh cari info ini percuma sebenarnya. Tapi ia hanya panduan untuk membina blog dalam platform blogspot je la. Kalau guna wordpress.org macam saya ni, pakej kit blogger smartzul adalah terbaik bagi saya.
DAPATKAN DARI SAYA EBOOK 101 TIP ADSENSE TERBONGKAR DI SINI
+
BONUS MISTERI
ps: Penulis ( Labanon )sedang berusaha untuk menyiapkansatu lagi ebook percuma langkah demi langkah untuk mendaftar diri dalam Google Adsense. Saya pasti penambahbaikan ini akan menutup sebahagian besar persoalan dan masalah orang baru dalam dunia adsense
pps: jika anda berminat juga untuk mendapatkan ebook Pakej Kit Blogger hasil tangan Smartzul, gunakan link saya juga untuk mendapatkan bonus-bonus misteri. Antaranya Panduan Mari Mengenal Tag & Ping tulisan saya, script youtube clone ( khas untuk sesiapa yang ingin membina web video ) dan juga potongan harga sehingga RM 10 bagi script page peel ads seperti terpapar diatas blog ini. Alaa..yang boleh selak-selak tu. Saya juga akan memberikan anda 3 Action Script e cover ebook yang biasa digunakan oleh IM-IM Malaysia dalam membuat e cover ebook sendiri.Nak tak? Gunakan link saya ye..Pakej Kit Blogger






