Archive for the category ‘ isu adsense ’

Dilema “Percuma” & “Berbayar”

November 20, 2007 • naem • blog reactions

Kan bagus kalau segalanya percuma. Minyak petrol percuma, tol percuma, belajar percuma, isteri percuma, makan pakai percuma, ebook percuma dan segala-galanya percuma. Tapi, berapa ramai yang menghargai “percuma” tersebut. Kenapa? Hidup & nyawa pun percuma cuma ramai yang tak menghargainya. Sumber-sumber alam yang tuhan kurniakan pun percuma. Tuhan tak minta pun pada manusia ( makhluk ciptaannya ) untuk membayarnya. Sebab..Tuhan tahu manusia tak mampu pun nak membayarnya. Hanya tuhan hendakkan manusia “bersyukur”..Berterima kasih..Itu la yang menjadi perbezaan nilai antara hidup berkualiti dan hidup yang tak mensyukuri.

panduan adsense

Tulisan ni saja je saya coretkan. Sebenarnya nak maklumkan tentang sesuatu yang percuma dari saya tu dan ia  masih belum dapat disempurnakan. Saya baru siapkan ecover untuk sesuatu yang percuma tu. “Seequeze page” belum siap lagi. Maklumla sebab percuma..Hehehehe…so, Kudrat ni pun agak malas la sikit nak menjadikan ia berkos. Setakat ini kos masa dan tenaga je la.

Oh ya, berbalik kepada bebelan saya di atas.  Rasanya ada kaitan  dengan situasi yang berlaku di dalam dunia internet khususnya dan adsense umumnya. Ada sesiapa di sini yang bersetuju yang percuma adalah yang terbaik untuknya? Angkat jari manis masing-masing kalau bersetuju.

  • Alangkah baik jika ” Panduan Raja Adsense” percuma…
  • Alangkah baik jika ” F2R” percuma…
  • Alangkah baik jika ” Pakej Kit Blogger” percuma…
  • Alangkah..alangkah..alangkah….

Kan best kalau semua ebook, sotfware dan tool yang berkaitan adsense percuma. Tak perlu bayar.Namun, mustahil la kan. Sebabnya tak ramai dari kita yang pandai menghargainya. Buktinya berlambak emel-emel,newsletter, ebook-ebook yang percuma di sediakan di internet. Kalau inbox emel tu penuh je dengan “junk mail” dan juga “newsletter” yang pelbagai. Di bahagian hardisk pula, penuh dengan ebook-ebook yang didownload dan dihiaskan dalam komputer. Mujur buku digital tak berhabuk dan tak dimakan anai-anai. :-)

Itu tentang ” banyak “. Sedikit pula yang membacanya. Sedikit juga yang mengamalkannya. Sedikit juga yang mengujinya dan mencubanya. Alasannya “tak sempat nak membaca”, “tak menarik”, “saya dah tau”( walhal tak tau ), “ebook percuma tak bernilai” dan macam-macam la..Hakikatnya yang percuma akan ditinggalkan. Sebab ia tak memberi kesan apa-apa kerugian kepada diri. Waduh…ini la yang tak baiknya.

Kesimpulannya ,yang percuma itu sia-sia disebabkan sifat dan sikap manusia. Tetapi, hanya segelinitir sahaja yang tahu memanfaatkannya. Mari kita dengar pendapat para pembaca pula.

Duplicate Content - Fresh Content -Jawapannya

August 13, 2007 • naem • blog reactions

Hohoho… :-) salam buat semua.

 

Semalam saya telah buat satu post berkenaan bagaimana mendapatkan fresh content melalui duplicate content. Syukur pada tuhan, banyak jugak jawapan yang bernas yang sebenarnya kita boleh kongsikan bersama. Bagi yang masih belum membaca artikel tersebut, rakan-rakan boleh saja bacanya di “Duplicate Content Jadi Fresh Content”.

 

Erm, nampaknya tujuan utama saya disebalik post terbabit hampir tercapai. Melalui jawapan rakan-rakan yang turut sama memberikan pendapat, saya dapat beberapa ilmu. Hehehe..ilmu free. Rupanya senang juga nak dapat maklumat berguna ni.

 

Oppss..melalut je saya ni. Berbalik kepada isu utama kita ( bukan isu negara tau, errmmm..al-fatihah buat muslim yang meninggal pagi tadi akibat kecelakaan jalan raya di Taiping ..), saya nak buat sedikit kesimpulan dari jawapan yang dikemukakan iaitu :

 

Gabungkan artikel
Jawapan ni diberikan oleh saudara Affuan dan vangardx. Apa yang dimaksudkan ialah kita dapatkan free article atau mana-mana content dari orang lain, kemudian gabung dan campur adukkan dengan perkataan sendiri. Saya pernah buat dan ia mengambil sedikit masa. Mungkin susah bagi yang tak tahu lansung BI, tapi apa salahnya mencuba. Saya selalu dalam penulisan BI saya di kutuk oleh si mamat omputih dek kerana Grammar tak betul..Hahahah :-) , tapi kisah apa, hak saya nak menulis..So menulis lah saya dengan hati yang gundah gulana :-( huhuhu

 

Ubah sehingga 30 % dari artikel asal
Logik dan ini pun telah saya buat.Terima kasih pada Suhail .Betul ia memang disarankan oleh ramai blogger berkenaan hal ni. Cuma,susah jugak la bagi yang tak mahir BI. Nak ubah artikel dan nak pastikan ia tak broken dari segi grammar dan ejaan bukan agak mudah..Masih memerlukan pengorbanan masa.Yup..teruskan bagi yang gigih berusaha cuma apa akan jadi kalau anda nak kaya dengan adsense. Nak buat blog banyak-banyak tapi tak tahu BI..Hehehe..susah-susah..

 

Sumber Offline
Yang ini menarik juga. Ambil je dari buku-buku atau majalah-majalah. Saya suka teknik ni. Bagus dan memang fresh..Tapi tetap ambil masa yang agak lama sikit. Tapi tak mengapa,sambil taip sambil baca. Dapat juga ilmu tambahan kan? saya suka cara yang suhail cadangkan ni. Oppss..mesti ubah juga artikel tu sikit-sikit tau..Okay la, katakan saya ni siang belajar, malam pula ambil kerja luar asa a part time. Jadi balik lewat-lewat malam.Tak sempat juga la nak update blog-blog saya yang banyak. Tak cukup masa bukan?

 

Bina Blog Video/ Vlog
Haaa…ini jawapannya untuk bagi golongan yang saya nyatakan di atas. Memang berbaloi dengan masa. Tapi..jeng..jeng..jeng..Google adsense tak dapat baca video tau. So macammana nak bagi keluar adsense kat blog.. Ada caranya seperti optimasi meta tag dan letakkan sedikit ayat-ayat dalam bahasa omputih..Mudah bukan?

 

PLR ( Private Label Right )
Haaa..yang ni pun best jugak..dapatkan je free PLR ni kat internet. Tapi pastikan anda perlu mengubah isi kandungannya juga.

 

Translator
Yang ni saudara vangardx yang nyatakan. Nampak macam menarik walhal …….memang menarik..kuikuikui..( mesti korang ingat saya nak perlekehkan ek? )terkena..terkena…
Opss.taknak buat lawak bodoh lagi. Saya faham tentang cara ni. Cuma ada sedikit masalah yang perlu kita ketahui. Setakat ni saya belum jumpa software atau laman yang membantu terjemahan artikel Bahasa Melayu ke Bahasa Omputih..Anda pernah jumpa? kalau pernah jumpa, baik kasitau kat saya :-)
Yang saya jumpa la, biasanya dari omputih ke bahasa Melayu. Ermm, tak best le.Kita nakkan artikel dalam BI jugak kan.

 

Gunakan Software
Yang ni Kodin ngan suhail ada tambah, cuma seperti yang termaklum dan termaktub. Ia bukanlah PERCUMA..Anda perlu beli..Tapi saya ada juga salah satu software content generator cuma tunggang terbalik la ayat dia.Okay, yang ni saya taknak komen. kalau ada yang nak bagi percuma, apa salahnya kan? hehehe..thanks kodin

Kesimpulannya, jawapan atas adalah tujuan utama saya. Saya takde isi sebenarnya nak menulis semalam. Untuk menutup kelemahan tersebut, saya gunakan cara penulisan Dr Irfan Khairi di blog tips satu minit beliau. Gaya beliau yang saya perasan iaitu menulis sedikit perkongsian ilmu kemudian meninggalkan persoalan di akhirnya supaya ramai yang boleh menyertai penulisan beliau. Jelas bukan? jawapannya ada pada keseluruhan artikel ini dan artikel “Duplicate Content Jadi Fresh Content “.

Walaubagaimanapun, saya tinggalkan di sini satu cara yang boleh difikirkan bersama. Ya, cara ini dalam masa sepuluh saat sahaja, ini hanya untuk artikel dan content dalam Bahasa Omputih ye..Bagaimana?

  1. anda pergi ke laman atau blog yang ingin anda pinjamkan artikelnya.( lebih baik ambil saja dari PLR article
  2. copy keseluruhan artikel tersebut jika pendek/ copy sebahagian dulu jika panjang
  3. pergi ke Google Translator
  4. Paste kan artikel tersebut
  5. Tukarkan terjemahan artikel tersebut dari English ke Jerman,atau French atau ikut suka anda la.
  6. selepas anda terjemahkan artikel tersebut ke bahasa yang anda suka ( saya sarankan bahasa jerman ), copy artikel terjemahan dalam bahasa tersebut
  7. Pastekan semula artikel bahasa jerman tu dalam Google Translator
  8. Tukar kan artikel yang dah jadi bahasa jerman ke bahasa omputih balik.

Siap….hehehe, cuba anda tengok artikel tersebut. Content utama masih ada cuma banyak juga ayat-ayatnya yang dah berubah.Satu lagi, pastikan ada link ke pemilik sebenar artikel tesebut ya. Bukan apa, nak pastikan kerja yang dibuat masih halal dan bukannya menipu. Inilah tips yang saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Kalau tak menjadi tu, ntah la. Saya buat dan ia berhasil.Ingat, ini hanya untuk adsense anda dan jika didapati ia plagiat oleh pemiliki laman tersebut, anda buang je artikel tersebut..Mudah bukan? Oh ya, takde pemenang ek, sebab tak betul..hehehe..kalau separuh je, tak diterima ye..hehehe..

 

ps: ini sedikit iklan percuma, saya tak ada apa-apa kaitan dengan pemilik laman ni ( cikgu azleen sedang mengajar poco-poco..hehehe) cuma saya rasa kelas english beliau ada faedah untuk sesiapa yang ingin belajar bahasa omputih.Klik saja banner di bawah

 

kelas english

Duplicate Content Jadi Fresh Content

August 12, 2007 • naem • blog reactions

Bertemu kembali, sebentar tadi saya ada singgah sekejap di blog Alang ( blog webmaster Malaysia ). Seronok juga singgah di sana. kebetulan isu yang yang dibincangkan agak hangat dek kontroversi yang di timbulkan en Lalang.

 

Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari ke 12 pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.

 

Ermm, bukan nak bincang pasal en lalang ye..Cuma tips untuk rakan-rakan untuk mendapat kunjungan ramai orang, jangan segan-segan untuk memberikan pandangan anda di blog-blog yang terkenal dan ramai orang. Buat masa ni saya menghadapi sedikit masalah untuk berkunjung ke blog-blog terkenal omputih. Tambahan kalau blog tu berkenaan blog yang mengajar buat duit..Hehehe :-) dah la BI kemut, nak bincang pasal buat duit pula, so saya matikan niat nak komen kat blog-blog omputih tu..

 

content generatorCuma, nasihat saya untuk diri sendiri dan buat rakan-rakan ialah berkunjunglah ke blog-blog terkenal omputih yang kena dengan topik blog anda. Pastikan topik blog anda bukan topik mengajar orang buat duit..hehehe ..kenapa? saya rasa rakan-rakan masing ada jawapannya. Apa kata kongsikan di adalam ruangan komen di bawah.

 

Satu masalah lagi yang saya rasa kita semua sedang hadapi hari ini. Terutama yang agak kurang arif berkenaan BI ( bahasa inggeris ). Nak tulis artikel dan post dalam BI agak susah berbanding dalam bahasa ibunda. Dan inilah halnya kenapa ramai dari kalangan kita menggunakan teknik “copy & paste” artikel dari laman blog , atau laman ” free article “.

Sungguhpun kita meninggalkan kredit ( memberikan penghargaan kepada penulis asal ) untuk artikel yang digunakan itu, Google tetap menganggap ia artikel yang tidak lagi unik dan fresh. Ini menyebabkan kandungan blog kita tidak mendapat tempat di hati pakcik Google. huhuhu :-(

 

susah bukan? Walhal dengan artikel yang unik ( fresh content ), kebarangkalian anda terhindar jauh dari “smart pricing” oleh Google Adsense adalah tinggi. Tahu ke tentang smart pricing? erm, bila ada kelapangan nanti, saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang “smart pricing” Google Adsense.

 

Oh ya, untuk masalah ini saya ada penyelesaiannya dan saya gunakan untuk kemudahan saya.. :-)

 

nak tahu? ishh..tak kena bayar pun sebab maklumat ni pun saya dapat percuma. Jadi saya nak kongsikan disini.

 

Erm..cuba anda teka dahulu? apakah teknik yang saya ingin gunakan. Oh ya, saya tak gunakan software Content Generator tau..Bagi yang berjaya meneka dengan baik, anda akan mendapat 10 mata komen percuma..cepat!!!!! takkan taknak RM50 percuma dengan kadar segera.. :-)