Pendapatan Melalui Entrecard
May 25, 2008 • naem • blog reactionsEntrecard merupakan salah satu sistem penarik trafik dan loyal reader yang baik. Ia telah dipelopori oleh John Chow, pemilik John Chow Dot Com dan juga usahawan internet sepenuh masa menerusi syarikat penjualan barangan elektronik, TZZ Media. Sejak mula diperkenalkan, ia telah menarik ramai blogger dari seluruh dunia untuk bersama-sama membentuk sebuah komuniti. Namun begitu, selain dari bertukar fikiran, tahukah anda Entrecard juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan dari pelbagai cabang?
Entrecard credits sebenarnya boleh dijual secara besar-besaran samada di eBay atau web anda sendiri. Nilai semasa Entrecard masih di dalam fasa perbincangan namun ramai sudah mula menjualnya sehingga USD12.50 bagi setiap 1000 EC. Contoh terbaik halaman web yang menjual Entrecard point secara besar-besaran ialah http://www.entrebank.com.
Entrecard boleh digunakan untuk memdedahkan servis yang anda gunakan. Bagaimana? Sebahagian dari blogger dan webmaster meletakkan widget Entrecard di forum dan minisite mereka kerana dengan menggunakan Entrecard, ia pasti akan dilawati dan peratus untuk mendapat jualan juga lebih tinggi. Ramai yang menggunakan Entrecard sebagai exposition percuma, seperti blog pengiklanan saya yang menawarkan email marketing murah di http://2700000.blogspot.com.
Anda juga boleh menambah revenue apa-apa program pengiklanan PPC dengan meletakkan banner pengiklanan di bahagian bawah selepas widget. Ini kerana ramai yang secara tidak sengaja akan klik banner pengiklanan anda dan peratusnya agak tinggi. Teknik ini lebih terbukti jika pelawat menggunakan slow internet connection kerana upload yang lembap memang dapat mencipta error dalam klik. Antara contoh yang boleh dilihat ialah di http://www.kabelduit.com.
Jangan terkejut kerana pertandingan di kalangan ahli Entrecard juga selalu membabitkan wang yang tinggi sehingga USD1000.00! Ia biasa berkaitan dengan pertandingan berdasarkan dropping di widget Entrecard mereka dan ia masih menjadi trend sehingga sekarang. Masih banyak lagi laman web yang menggunakan Entrecard sebagai medium dan syarat pertandingan seperti http://www.joetech.com.
Jadi, bagaimana? Read the rest of this entry →

Saya tak buat pun filter tersebut. Biar jer lah. Kenapa? Secara logiknya, Google Adsense selalunya menyenaraikan iklan yang mempunyai nilai bidaan yang tinggi dan jika anda filter iklan berkenaan semakin rendah la nilai bidaan. Itu pendapat saya la (kalau silap tolong tunjuk ajar yer).

