Archive for the category ‘ santai ’

12 Rabi’ ul-Awwal: Tangisan Ummu Ayman

March 21, 2008 • naem • blog reactions

Tulisan pada kali ini adalah luar dari ruang lingkup Adsense, tapi adalah sebahagian dasar dari kehidupan muslim. Gemar bebenor le saya nak kongsikannya bersama di sini.

———————————————————————————–

prophets-maqam.jpg

 

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

 

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi SAW, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

 

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda SAW?”, Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.

 

Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

 

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi SAW pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

 

Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!

 

- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

 

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1429H
56000 Kuala Lumpur

Kenapa Lim Kit Siang Boikot MB Perak?

March 13, 2008 • naem • blog reactions

Artikel ini takde kena mengena dengan topik jana pendapatan dari Google Adsense. Cuma sekadar kemaskini tentang isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, provokasi demi provokasi semakin rancak diperhebatkan. Termasukla api perkauman yang dimainkan oleh media perdana. Bahaya sungguh…Mujur

Baru tadi saya ikuti perkembangan politik Malaysia berkaitan isu kerajaan campuran di Perak. Nampaknya Lim Kit Siang buat-buat tak faham ke atau sengaja tak faham? Hairan jugak… Baru sehari yang lepas pengerusi DAP perak sebulat suara membuat keputusan untuk menyokong pilihan Sultan Perak.. Alih-alih hari ni bertukar angin plak. Yang saya maksudkan bukannya Ngeh Koo Ham tapi si Lim Kit Siang buat hal dengan niat beliau untuk memboikot majlis angkad sumpah esok hari… Ini bukan isu remeh temeh.. Apakah si Lim Kit Siang tak sedar dengan keputusan yang dia buat ? Oh….. apa nak jadi ni?

Ini saya petik dari The Star bertarikh March 12 jam 8:45 pm

DAP to boycott Perak MB swearing-in

PETALING JAYA: The DAP central executive committee (CEC) has voiced its unhappiness over the appointment of Perak PAS secretary Mohammad Nizar Jamaluddin as Mentri Besar of Perak.

In a statement on Wednesday, DAP adviser Lim Kit Siang said, “The DAP CEC has given approval for the formation of a Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS.”

Lim said DAP leaders, members and supporters are shocked at the decision to appoint a PAS assemblyman as Perak MB….

Nampak tak? ada percanggahan dengan keputusan DAP sebelum ini. Saya cuba-cuba untuk meninjau sebentar di Blog Lim Kit Siang, tapi dah sampai tahap Internet Server Error 500. Bandwith dah lebih la tu… Ini plak saya petik dari website DAP.

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 12th March 2008:

DAP CEC has given approval for the formation of a Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS – DAP Perak SAs to stay away from swearing-in ceremony

The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.

Lim Kit Siang, pesanan dari saya untuk mu…

Saya rakyat yang memilih dan menentukan siapa perwakilan saya. Anda seharusnya mementingkan agenda nasional melebihi kepentingan parti ( nampak macam ada unsur perkauman ). Hormati keputusan Sultan seadanya dan jangan angkuhkan diri dengan pendirian sebegitu rupa..Sangat memalukan jika kehebatan Barisan Rakyat yang anda tampilkan seolah -olah mempunyai kegilaan kuasa yang amat sangat. Kenapa perlu ada percanggahan pendapat dengan keputusan yang dibuat Sultan? Apakah Lim Kit Siang sudah lupa dengan perpaduan kaum selama ini. Anda lebih tua dari saya. Bahkan cukup selesa untuk saya gelarkan anda dan rakan sesebaya anda sebagai datuk ( orang yang dah tua ). Kenapa perlu ada percanggahan dalam hal sesensitif ini. Apakah Lim Kit Siang lupa yang kerusinya masih lagi dibawah kekuasaan kerajaan Negeri Perak.

“Derhaka rakyat dibuang negeri, derhaka Lim Kit Siang padah DAP”

Info tambahan : Negeri Perak telah ditawan oleh barisan Pembangkang dalam PilihanRaya Umum ke 12 yang lalu. Pembangkang merampas Perak dengan majoriti mudah 31 daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di mana DAP menang 18 kerusi PKR (7) dan PAS (6).

Kemaskini :

Salahfaham berhubung isu pelantikan menteri besar baru Perak telah selesai, kata Pengerusi DAP Perak.

Berikutan itu, katanya, semua ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS.

Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini pagi ini.

ps: harap-harap penyelesaian yang baik dipenghujungnya.

pps : Alhamdulillah…Sekarang masa-masa untuk mengisi kemenangan..

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12

March 9, 2008 • naem • blog reactions

Sekadar kemaskini dari DiariAdsense.com

Berikut adalah “snapshot” dari web pilihanraya pas berkaitan keputusan pilihan raya umum ke-12.

 

keputusan pilihan raya ke 12

Secara keseluruhannya, saya turut berpuas hati ( chewwaaah..macam le aku ni penganalis politik ) . Kemenangan sudah digapai, sekarang adalah masa-masa untuk mengisi kemenangan tersebut. Suasana politik yang berubah angin ni diharapkan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya..

Bagi rakyat, kurangkan alasan. Apa yang kami (rakyat) tuntut adalah janji-janji yang diberikan. Saya yakin ramai para pembaca blog ini yang sudah muak dan mual dengan janji-janji Be End…Kali ini kita akan sama-sama melihat angin perubahan dan kerja keras Barisan Rakyat untuk memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara. Harapan agar segala kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin dititikberatkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Sungguhpun beberapa janji yang diberikan oleh calon-calon Barisan Rakyat agak janggal untuk terlaksana di atas pemerintahan yang masih bersisakan Be End, perjuangkan!!!….nyatakan pada seluruh rakyat bahawa hasil kerja dan usaha Barisan Rakyat memang jitu. Mudah-mudahan kami rakyat akan dapat menikmati kesenangan berkat kejayaan Barisan Rakyat.

Tags: [tags]Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12,PRU 12,Analisa PRU 12[/tags]

ps: ebook belum siap sepenuhnya..Harap maaf. Saya tetap akan menyiapkan secepat mungkin.