Archive for the category ‘ santai ’

Demam PilihanRaya Kot?

March 2, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua… Suhu badan dah naik sejak 2 hari yang lalu. Kepala pulak pusing-pusing pening. Mata ni nak memandang pun dah mula berpinar-pinar. Apatah lagi kalau dok mengadap laptop ni. Sakit jugak rasanya…

Inilah akibatnya berdegil dengan hujan. Hujan bandar tak sama macam hujan kampung..Huhuhu…Semalam nak mengadap komputer pun seksa. Kaffarah dosa agaknya. Maklumla lagi besar, lagi banyak dosa yang dibuat…Ermm…Suara pun dah naik serak. Sakit jugak anak tekak semalam. Maybe ada jangkitan bakteria….Dah tak ingat plak ni ulangtahun demam yang ke berapa.

Oh ya, tentang panduan yang saya janjikan tu. Baru 1/4 je yang siap. Selebihnya tak tertahan diri menahannya… Makan ubat??? Ohohoho…maaf bebanyak, saya takut ubat. Ubat doktor tak sedap. Semalam bancuh air asam je la..Penawar asli lain dari penawar bahan kimia. Hohoho…mana la tau kot-kot bakteria ni tak suka benda asam..ngeh ngeh ngeh… Hari ni minum madu je memanjang. Sedap , manis dan berkhasiat. Baik untuk yang berdiabetes..hehehe

petikan dari post terdahulu “Hanya USD$ 30, Dapat USD$ 100 ” :

ps: Semalam saya berjaya dapatkan USD$55 untuk hanya USD$5… Tapi kali ini saya menggunakan Google Adword pula… Jeng…jeng..jeng…. Caranya akan didedahkan nanti..Kalau nak, tinggalkan permintaan anda dibawah.. Kalau lebih dari 20 orang yang memohon, insyaAllah saya tak keberatan untuk menghasilkan ebook + report percuma berkenaan YSM, Adsense Arbitrage & Google Adword terhad

Sebelum saya terlupa, nak ucapkan terima kasih kat bro ramzan ( rajablog ) sebab sudi menulis artikel berkaitan DiariAdsense.com. Boleh rujuk tulisan beliau di sini.

Opppss..Oppsss.. Ni sekadar nak menyeronokkan hati para pembaca DiariAdsense. Tatap lah dulu ye ecover panduan yang saya sedang siapkan tu.. Tak pandai nak design mendesign ni. Main buat aje..

kupon-ppc-percuma

Poster Menarik : Pilihan Raya 12

February 24, 2008 • naem • blog reactions

barangnaik

agenda_kelantan04

 

agenda_pemuda_2_3

UMNO SAHAR07 58 umno

Fobia dgn WARNA.. “Ehh..hijau!!”

 

 

sumber asal : KampusNegara

8 Rahsia Naem | DiariAdsense Terbongkar!!!

February 15, 2008 • naem • blog reactions

Hohoho..saya sedang cuba belajar buat ayat-ayat HYPE… So, tajuk hari ni pun mesti kena HYPE le skit. Baru mengancam kan???

Menjelang demam ujian “mid-sem” di universiti ni, mula la saya demam dan sakit perut. Bersengkang mata baca buku dengan bersengkang mata untuk aktiviti internet ni sungguh berbeda. Rasa lagi terbeban kalau buku yang nak dibaca takde lansung gambar. Huhuhu…Macammana la albert eisntein boleh bertahan ye? Tak meraban ke kepala otak dia?

Ok. Taknak merokok melalut panjang. Saya bukannya “politician”.Almaklum le perang pilihan raya dah dekat ( Yahooo!!!!, Katakan Taknak Pada Pemimpin Kurap ( not corrupt ) ).

Pada Februari 11 yang lalu, ada “incoming link” muncul tetiba je kat dalam “dashboard” blog saya ni. Nak dijadikan kisah rupa-rupanya saya telah DIPAKSA untuk membongkarkan “8 Perkara Yang Awak Tak Tahu Tentang Saya“. Huh!!!! Ingatkan nak bagi duit..Hehehe..Sebaliknya nak kena pecah rahsia plak.. Aktiviti tag kali ini dimulakan bro titan dan dipanjangkan oleh emet ( kebetulan beliau pun tag saya juga, cuma tak perasan je ). Pastu si Syed Hafidz ( RajaAffiliate.com ) plak menge”tag” saya ni. Ouchh!!! waduh-waduh gitu!.

Dengan rasa terhutang body budi ( ini sosial contribution tau ), so syed, saya akan sahut permintaan awak. Jangan kecewa atau menangis di dalam loker ye…

Nak dedahkan 8 rahsia saya. Hohoho semestinya TIDAK… saya sesekali TIDAK AKAN DEDAHKAN RAHSIA SAYA. Tetapi, saya akan coret-coretkan juga 8 perkara yang rakan-rakan internet tak tahu tentang saya .

 

  1. Saya pernah belajar di sekolah agama di Kedah. Kalau nak tahu, sekolah tu ialah Maktab Mahmud. Saya terpaksa belajar 21subjek dalam setahun. Memang best arr.. Bahasa arab??? hehehe, skit-skit boleh laaaa…Kalau tersesat atau terdesak , masih boleh bertutur dalam bahasa arab lagi. ( Bahasa Arab Tinggi SPM saya A1 ). Tapi sekarang ni otak dah biol sebab saya terkeluar dari landasan bebudak sekolah agama. Agak ketinggalan dalam kefahaman yang mendalam tentang seni bahasa. Apapun, alhamdulillah, saya masih boleh faham ayat-ayat alQuran yang dibaca.

maktab mahmud

  1. Saya tak pasti dilahirkan dengan mempuyai bakat kepimpinan atau tak. Hohoho.. Perasan la naim ni. Sejak sekolah rendah, saya pernah menjadi Ketua Pengawas. Masuk pula sekolah menengah, gagal dipilih menjadi ketua kelas. hehee.. Tetapi, dengan sedikit usaha, saya di amanahkan untuk menjadi Pengerusi Pertubuhan Pengakap Sekolah waktu tingkatan 4. Masa tu di kira usia yang muda untuk menjawat jawatan pengerusi di sekolah saya. Alhamdulillah, saya dan kawan-kaan seperjuangan berjaya menonjolkan imej sekolah agama bukan sahaja cemerlang di dalam aspek agama, tapi kumpulan 23 ( ini nama scout group ) agak digeruni sekitar sekolah-sekolah daerah kota setar masa tu.. Ngehngeh.. Pada tahun 2003, sekolah saya menghantar seramai 53 orang Pengakap Raja untuk pentaulihan di istana Negeri dan jumlah ini adalah jumlah yang paling ramai di negeri kedah semenjak 3 tahun sebelumnya. Bravo-bravo.

  2. Saya nak teruskan lagi tentang bakat kepimpinan ni. Sewaktu di matrikulasi, terpaksa pula menjadi Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar memandangkan Mantan presiden bergegas ke universiti luar. Nampaknya saya semakin mengasah bakat kepiminan saya. Akan tetapi, sehingga lah tugasan saya sebagai Setiausaha Agung Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya tamat pada sesi 2007/2008, saya rasa sangat gundah dan tersinggung dengan politik dan kepimpinan. Sifat jengkel pada politik menutup hati saya untuk terus mengasah bakat kepimpinan yang ada. So, saya taknak jadi ahli politik..Hehehehe

  3. Saya adalah seorang buta IT dahulu. Betul..Tak tipu…Maklum le orang kampung.. Mana ada komputer macam orang lain.Mak ayah pula peniaga kecil-kecilan. Betapa butanya IT ni sehinggakan saya tak tahu nak buat emel sendiri dan fobia dengan internet. Sifat malutak bertempat tu terlalu kuat. emel pertama saya pun dibuat oleh kawan baik saya. Hohoho.. Tapi sekarang sudah berubah.. Kehkehkeh.. nak kata pandai sangat tak le.. Tapi dah memang berubah banyak la… Hahaha.. Dari “zero” jadi “hero” la katakan…

  4. Erm…ada 3 lagi ek… Ok. Nak kenal lagi kan? Saya ni hensem ke?…Hohohohoho.. Ini soalan subjektif.. Saya akui ciptaan tuhan itu indah dan kita mesti menghargainya seadanya. Tak kisah kita kacak atau tidak, semuanya ada 1001 hikmah disebaliknya. Bersyukur pada apa yang ada, insyaAllah nikmat tuhan akan datang berlimpah ruah kemudiannya. Untuk makluman, saya masih lagi single tapi dah tak “available”. Hohoho…insyaAllah, saya sedang cuba mengumpul duit untuk kahwin selepas ijazah nanti. InsyaAllah…

  5. Oh ya terlupa nak maklumkan yang saya ni anak sulung dari 5 orang adik beradik. Nampaknya tanggungjawab tu agak besar la kan.. Apapun syukur kepada tuhan, saya hidup dan lahir dalam keluarga besar yang sangat mengambil berat. Saya perhatikan dunia hari ini, tak ramai ahli keluarga yang mengambil berat hal keluarga masing-masing. Jangankan nak rapat dengan atuk saudara atau moyang saudara, adik beradik sendiri pun masih bertikam gunting lidah. Hidup saya sehingga hari ini didorong bukan dari mak ayah sahaja, sebaliknya makcik dan pakcik saudara, atuk dan nenek saudara bahkan moyang saudara.. Hohoho.. banyaknya sepupu keluarga kau naim ni. Takde la, saya rasa bahagia sungguhpun kami bukan dari golongan berada. Ada yang susah, sepupu yang lain akan turut membantu.

  6. Pendapatan internet? Hurm ..sehingga hari ini saya hanya bergantung kepada adsense je. InsyaAllah saya akan berusaha melebarkan sumber rezeki saya kepada pelbagai bidang yang lain dalam alam maya ni. Nantikan ebook saya seterusnya dalam beberapa bulan lagi… Beli tau…

  7. Saya kuat tiduuuuurr.. Tapi itu dulu.. Sebelum saya bertemu dengan laptop dan internet.. Hahahaha.. Kalau nak tahu, maksud “naim” itu ada dua. Silap sebut maksutnya akan terus berlainan maknanya. Cuba teka…

Hehehehe.. dah cukup la ye.. harap-harap kita akan terus kenal mengenal antara satu sama lain. Kata orang “tak kenal maka tak cinta”. Tapi jangan takut ye, sebabnya “bila dah kenal, tak semestinya bercinta” kan???

Seterusnya, saya nak lebih mengenali orang-orang di bawah ni. Siapa mereka ni ?

  • BorakBola - blog tentang bola.. memang best. Taknak jual ke cd-cd game ke atau apa-apa aje ttg aksesori bola ek? hehehe
  • Bizmalaya - akak ni nampaknya suri rumah cyber ni.. Yang dah berumahtangga, boleh belajar dari akak ni
  • Bro Vangardx - theme baru dia mengancam tau.

Harap maaf kalau bertindih permintaan ni. Kalau tak nak jawab pun tak kisah.. Tapi, nanti saya takkan bagi le peluang membaca ebook versi berbayar saya akan datang secara percuma…Hohoho..