Archive for the category ‘ santai ’

Terima Kasih En Shuth : SempoiHosting.com

January 19, 2008 • naem • blog reactions

Artikel ini khas saya paparkan untuk mengucap terima kasih kepada en Suhaimy pemilik webhosting SempoiHosting.com

Sepanjang penglibatan saya secara serius di dalam dunia blog ni, saya hanya mengenali 2 webhosting yang benar-benar memuaskan hati saya. Yang pertama saya langgan ialah webhosting dari en shuth sempoihosting. Rakan-rakan kenal siapa en Suhaimy ni? Kalau tak kenal, nampaknya tahap penglibatan anda di dalam internet Malaysia terlalu bayi nak dikatakan..hehehe..maaf kalau menyinggung ye.

 

Siapa En Suhaminy ni?

Saya belum pernah bertemu muka dengan beliau. Adakah en Suhaimy ni Perdana Menteri Uganda? Hohoho..Semestinya jawapan itu terlalu kudus. Kehkehkeh.. En suhaimy @ shuth bukan seorang panglima di zaman silam mahupun abang kepada Hang Berlima. Saya mengenali beliau sebagai seorang blogger dan Usahawan Internet Malaysia. Beliau memiliki beberapa web perniagaan yang didaftarkan atas Extreme D Enterprise (SA0012991-A). Beliau merupakan seorang usahawan yang saya katakan sejati ( tulen le,takde main-main tongkat Ali ataupun ali cafe ), sebab saya lihat beliau mempelbagaikan sumber pendapatan beliau bukan hanya pada menjual ebook sahaja. Lihat je bisnes yang beliau laksanakan. Opss..biar saya senaraikan dengan lebih mudah untuk ditatap di bawah :

 

Tahun 2005

  • Extreme-d.com = Beliau mendaftarkan perniagaan beliau atas nama Extreme D Enterprise (SA0012991-A). Memang perniagaan yang sah bukan? Hurmmm..saya ni bila la pula?

  • Maskahwin.com = Ini pula laman web perniagaan online yang beliau bina. Haaa…ni khas untuk yang nak berumahtangga. Contohnya macam saya ni le..Jika tak salah saya, produk ini dijual dalam versi cetakan tapi kini hanya dalam edisi e-buku sahaja. Apa isi kandungan ebook “maskahwin yang hilang” ni? Ooooo..saya tak tahu..maaf ye. Tapi anda boleh membantu saya mengetahui isi kandungan ebuku ini dengan membelinya di sini. Murah je. RM15 je.

    maskahwin yang hilang

 

Tahun 2006

  • Wangcyber.com = Haaaa…yang ni kalau tak tau, memang nak kena cepuk. Tapi takpe la kalau masih baru lagi..hehehe. Wangcyber.com merupakan sebuah komuniti yang diasaskan oleh beliau dan kini semakin bertapak kukuh dalam menyatukan semua blogger-blogger Malaysia. Kalau belum lepak kat sana, janganla malu-malu. Saya selalu juga ada di sana. Tapi bukan setiap masa la. Banyak ilmu yang boleh dikutip di komuniti wangcyber.com ni.

  • Blog Mohd Suhaimy.com = Ini pula blog peribadi beliau. Saya jarang bertandang memandangkan saya ni kurang bersiar-siar di dalam internet. Rutin harian saya ialah berblog dan buat ujikaji. Walau apapun, blog peribadi beliau memang unik sekali. Tahu kenapa? Yup..sekali baca isi kandungan blog tu, saya tak menyangka beliau adalah seorang yang dewasa. Hohoho..Jangan marah en shuth. Saya maksudkan tulisan en shuth ni sempoi dan lebih santai. Kalau baca tu, nampak mesra dan macam kawan pulak. Itu yang saya cakap tak nampak tulisan tu datang dari orang yang seusia dengan en shuth ni. Cuba la pi baca. Hehehe..Saya pun sedang mencuri2 teknik menulis en shuth ni.

 

Tahun 2007

  • RahsiaBlogger.com =Ini rahsia bloggerpula satu lagi bisnes online yang beliau miliki. Tapi kali ini, ebook berkenaan blog ini diterbitkan oleh Truewealth Publishing. Wah..wah..wah..Hebat siot en shuth ni. Siap ada JV dah dengan syarikat percetakan buku Malaysia. Memang tak dapat nak menepis aura hebat en shuth ni.. Hehehe…Nak beli buku ni. Hah..boleh beli online ataupun pi cari kat kedai buku. Memang ada. Tapi jangan pi cari kat Warung Mamak Roti Canai. Kompem takde.

  • SetBersalin.com = Dari “maskahwin”, bertukar arah ke blog dan berniaga ebook. Ensetbersalin Shuth ni pelbagaikan pula perniagaan beliau kepada set bersalin pula. Saya tak pasti samada en shuth pernah bersalin menggunakan set bersalin ini. Cuma yang pasti ini mesti hasil usahasama suami dan isteri. Betul tak en Shuth.?

Nampak tak? Memang menakjubkan.. Bidang kefahaman dalam berniaga dan usahawan en Shuth ni memang mendalam. Saya pun ada impian macam tu jugak..Oppsss…panjang jugak ulasan saya ni. Tapi saya ada tertinggal satu lagi perkara nak dikongsikan. Tentang SempoiHosting.com

 

Sempohosting.com : Pakej Hosting Fleksible

Sempoihosting.com telah diitubuhkan pada bulan May 2005 bagi menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain serta penyewaan ruang web dengan inovasi baru. Kami mensasarkan perkhidmatan profesional kami kepada individu serta industri kecil di Malaysia bagi membantu mereka memperkembangkan perniagaan mereka di internet dengan kos yang paling minimum dan menjimatkan.

 

sempoihosting

Di sempoihosting.com kami amat menitikberatkan keselesaan serta kemudahan pelanggan. Oleh itu, semua proses yang melibatkan pelanggan seperti, proses penempahan, proses pembelian serta proses pembayaran kami amat mudah untuk dilakukan. Kami menyediakan berbagai pilihan untuk pelanggan menjelaskan bayaran, sama ada melalui kad kredit, fpx, maybank2u, cimbclicks, pospay, mobile money, cek, wang pos ataupun bank-in secara konvensional.

 

Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan “penyewaaan ruang web mampu milik” bagi semua pengguna-pengguna internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Kami bertekad untuk memberikan sokongan teknikal yang profesional dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kami, dimana kakitangan sokongan kami sentiasa bersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi email bagi menguruskan segala sokongan teknikal yang diperlukan. Kami disini sentiasa fokus terhadap keperluan anda yang dinamik kerana kami memahami, kejayaan anda adalah kejayaan kami.

petikan : Tentang Kami “sempoihosting”

 

Saya banyak kali menghadapi masalah dalam bab-bab hosting ni. Dari domain name, parked domain la..Add on domain dan macam-macam lagi..Memang “zero”. Mujur saya langgan hosting pada orang yang sebetulnya. Rasanya “support” yang diberikan en shuth ni setanding dengan penyedia webhosting lain yang popular seperti NetKL ( saya juga gunakan netkl ). So, kalau nak beli hosting atau domain name, beli saja dari sempoihosting. Nescaya rakan-rakan takkan mengalami masalah tiada “support” yang memuaskan.

 

ps: masalah saya dengan blog diariadsense.com ni di bantu en shuth. Sungguhpun banyak yang tak dapat dibaiki, bagi saya dah memadai seorang Usahawan Internet yang hebat seperti beliau sudi memberi support yang macam tak pilih bulu..Hohoho.. En Shuth, 2008 ni moga lebih terus suksess.

tags : , , , ,

Nilai Ringgit Kukuh, Nilai Adsense Jatuh

December 27, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

Saya dah kembali dari kampung. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan nampaknya. Walaubagaimanapun, sebelum apa-apa nak dibuat. Saya nak berborak sikit dengan para pembaca Diari Adsense.com di sini. Nak berborak tak? Kalau tak sempat, takpe. Klik je dulu butang bookmark kat Toolbar atas. Bila lapang nanti, boleh singgah kembali ke sini semula.

Semalam, macam hari-hari biasa saya akan tatap sedikit paparan bahagian ekonomi di ( online je , rugi rasanya nak beli versi cetakan bila dah boleh baca online ). Mata saya terpaku pada satu petikan berita. Hari-hari berita dan maklumat yang rasanya sama kaitannya. Yup, berkenaan dengan tajuk hari ini jugak. Topik berkenaan kekukuhan ringgit Malaysia. Matawang negara kita ( Malaysia ), semakin kukuh berbading matawang USD$ ( matawang dunia ).nilai ringgit,ringgit value

Sebagai seorang pelajar fakulti ekonomi, terpaksa le ambil kisah. Hohoho…Ops, kalau anda tak belajar ekonomi pun perlu tau juga. Sebabnya untuk menjadi usahawan global, kita perlu memahami keadaan kewangan setempat dan global hari ini. Kalau tak nak jadi usahawan pun, tetap kena ambil kisah. Tapi kenapa? Jawapannya senang nak buat perbandingan untuk membeli barangan dikemudian hari. Baru boleh jadi pembeli yang bijak. Kan?

Merujuk akhbar bertarikh 25 Disember 2007, Nilai Ringit Malaysia yang dicatatpada 13 Disember semakin kukuh pada RM3.31 berbanding USD$1. Dengan asas ekonomi yang kukuh dan disokong oleh pelbagai faktor lain selain kejatuhan matawang USD$, nilai Ringgit akan terus berada dalam aliran pengukuhan yang lebih baik dan diramal akan mencecah antara RM3.22 dan RM3.25 pada tahun depan. Dahulu, matawang Ringgit pernah mencecah RM2.50 iaitu sebelum tahun 1997. Masa tu dasar negara ialah dasar matawang terapung. Tak diikat dengan mana-mana matawang lain.Barangkali saya masih dibangku sekolah rasanya. Darjah 4 kot. Hehehe..Akan tetapi, pertumbuhan rancak ekonomi pada tahun-tahun tersebut telah menjadi kejutan kepada sejarah ekonomi negara apabila pada tahun 1997 , negara menghadapi krisis kewangan yang buruk. Banyak jugak la syarikat-syarikat yang gulung tikar waktu tu. Yang bunuh diri pun ada sebab “frust” dengan kejatuhan nilai saham. Hohoho.. Spekulasi matawang yang meruncing pada tahun tu. Kemudian kerajaan dibawah pimpinan Tun M. mula mengambil langkah untuk melaksanakan dasar tambatan matawang pada September 1998 sehingga 21 Julai 2005. Bayangkan tambatan yang dilaksanakan ialah RM3.80 bagi USD$1. Oooohh…sungguhpun tindakan ini menyelamatkan ekonomi negara, ia tetap memberi kesan negatif kepada negara. Lagipun waktu tu, satu kejutan dalam dunia khususnya. Rasanya ada yang boleh menekanya.

Tinggalkan sekejap Nilai Ringgit Kukuh, kita perhatikan pula nilai adsense yang jatuh. Semenjak dilancarkan pada tahun 2003, ramai yang senyum kambing bila mendapat hasil USD$100 dan ke atas. Ye la, nilai waktu tu ialah RM3.80 bagi USD$1. Kehkehkeh.. Kemudian, selang beberapa tahun. Macam -macam masalah timbul. Antara sebabnya ramai yang mula menjadi “nakal” dengan mengusik-usik terma dan polisi Google. Akhirnya Google yang terbukti taringnya panjang terus mengasah ketajaman taringnya dengan memperkenalkan smart pricing dan lebih mengetatkan terma dan syaratnya. Tak kisah la kan. Asalkan kita tak buat salah, takda la terkena apinya. Tapi bahang tetap terasa. Kini, setelah 5 tahun dilancarkan, nilai matawang US ( USD$ ) pula merudum. Nilai ini dijangka akan terus merudum.

RM3 bagi USD$1 tetap banyak. Cuma keringat dan peluh untuk Adsense tak memadai rasanya. Bukan nak kata diri tak bersyukur, tapi bagi saya membina blog dan menjana pendapatan semata-mata dari adsense lebih sukar dari membina blog perniagaan. Tumpuan dan fokus untuk adsense lain dan berbeza dari membina blog perniagaan. Hanya sebahagian orang saja yang mampu berjaya dalam adsense dengan beberapa blog. Yang pasti mereka adalah pakar dan dikenali dunia blogger. Lain pula dalam dunia
, sungguhpun ia sukar dan memerlukan pengalaman dan ilmu pengetahuan, hasilnya lebih lumayan. Betul tak? Hohohoho..kalau tak setuju, mari bertikam lidah kat bawah…

Walaubagaimanapun, bukan isu lumayan atau tidak yang nak dibincangkan. Cuma sekadar ingin berkongsi pandangan dengan para pembaca. Khususnya yang masih memulakan langkah dalam dunia adsense. Lumayan kah jika hanya kita menumpukan diri dalam adsense? Perhatikan sekeliling, ramai yang berjaya dalam adsense bukan kerana mereka menumpukan pada adsense sebaliknya mereka memperkasakan kandungan blog semata-mata untuk hobi, pekerjaan dan untuk para pembaca mereka. Betul tak? Kalau tidak pun, mereka-mereka ini membina laman web dimana manfaatnya untuk semua pengguna internet seperti forum dan laman . Itu lah resepi kejayaan mereka. Bukan kerana adsense, tapi kerana peminat mereka.

Kesimpulannya, carilah identiti diri kita dan berblog untuk peminat blog kita. Nescaya bukan hasil dari adsense sahaja , bahkan ia datang dari pelbagai sumber pelbagai cara.

Ps : Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense : Cara Mudah ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense. Ada bonus misteri kepada pembeli bertuah melalui link saya ini.

Pps : mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini DiariAdsense akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera ( feedburner ) atau klik salah satu button di atas sekali.

Pps : Ebook percuma dari saya hampir siap. Kini hampir 90 % telah terlaksana. Nantikan ebook +video PERCUMA dari saya pada 1 Januari 2008 nanti. :-)

Kenapa Perlu Bayar Jika Boleh Dapatkan Percuma

December 24, 2007 • naem • blog reactions

Kebelakangan ini sudah ramai yang mula berjinak dengan penulisan ebook-ebook berkenaan cara buat duit di internet. Pelbagai bidang pendapatan ditulis. Dari panduan bina blog, buat duit dari adsense, pakej perniagaan online, panduan affiliate sehinggalah panduan yang melibatkan pengurusan kewangan seperti panduan hartanah dan panduan saham. Tak macam dulu. Perubahan yang semakin baik dan semakin ramai yang ingin menceburi bidang pendapatan online. Yang menulis dan menjual pun ada, yang menulis dan berkongsinya di blog pun ada. Macam la katakan..hehehe. Tak kisah la asalkan ia tetap satu perkongsian ilmu pengetahuan. Masing-masing ada alasan masing-masing.

Dalam penulisan kali ini, saya nak berceloteh kenapa perlu bayar jika kita boleh mendapatkannya secara percuma. Tumpuan topik lebih menjurus kepada pengisian ebook dan bukannya perisian komputer. Lazimnya semua tahu untuk membina sesebuah perisian pasti lebih sukar berbanding menulis ebook. Anggapan saya je la.

Saya pernah menulis berkaitan hal ini dalam post-post terdahulu. Antaranya post bertajuk “Dilema Percuma Dan Berbayar“, saya menulis berkaitan nilai dan harga sebuah perkongsian.this image owned by dynamitecash Sebaliknya pada kali ini saya cuma ingin berkongsi pandangan berkenaan ebook yang saya rasakan isi dan kandungannya agak sama tapi masih diterbit dan dijual walhal anda boleh dapatkan maklumatnya secara percuma didalam internet. Kenapa saya persoalkan begitu? Andaian saya, setiap tulisan atau penemuan terbaru hari ini akan menjadi lapuk keesokan harinya. Inilah kepantasan dunia informasi hari ini. Dunia tidak kisah berapa banyak yang anda tahu tapi lebih peka kepada berapa banyak yang dapat anda cerap dari apa yang anda tahu. Berbelitnya nak membaca. Tarik nafas dulu.

Straight to the point, kita tak perlu keluarkan sesen pun jika kita tahu bagaimana untuk mendapatkkannya secara percuma. Itu yang ingin saya nyatakannya. Amalkan pembelian yang bijak. Jangan cepat mudah terpengaruh dengan setiap terbitan ebook terbaru di internet. Kesannya, anda mudah menghadapi masalah “overload information” dan kerugian wang. Itulah punca kepada penulisan saya. Mari kita perhatikan dunia penulisan ebook luar negara, saban waktu pasti ada yang muncul dengan penyelesaian terkini tentang masalah berkaitan ingin meningkatkan pendapatan atau traffik, hasilnya tetap sama sebenarnya. Yang berbayar, kelebihannya sokongan /support selepas pembelian dan hubungan lansung dengan pemilik ebook tersebut. Tapi jika tidak, buat apa nak beli.

Mustahil rasanya jika ada di antara para pembaca yang masih belum tahu kehebatan internet. Manfaatkannya dan jadilah pembeli yang bijak. Jika boleh dapatkannya secara percuma, mengapa masih mahu keluarkan duit lagi. Pastikan terus melakukan serba sedikit selidik berkenaan sesuatu ebook sebelum anda membeli. Saya dah terkena. Harap janganlah ia berlaku pada diri rakan-rakan pula.

Saya biasanya akan membaca keseluruhan isi salesletter ebook tersebut. Jika dirasakan kandungannya agak sama, saya takkan melihat lagi ulasan untuk ebook tersebut. Tapi kalau menarik, saya pasti akan menyelongkar Google untuk mencari jalan bagi mendapatkan maklumat tersebut. Itu je. Bagaimana dengan rakan-rakan? Oh ya, bukan maksud saya untuk menggalakkan anda mencari sesuatu yang “illegal” atau “crack”. Maksud saya cambahkan minda kita semua dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Jangan terlalu bergantung kepada sesuatu yang berbayar ( dari segi material ), sebaliknya tumpukan pergantungan kita pada usaha dan tindakan. Itu nilai sebuah ebook. Sungguhpun percuma, namun bilamana ia mendatangkan hasil kepada apa yang anda laksanakan darinya, ebook itu mahal dan tinggi nilainya. Sebaliknya begitu juga. Kesimpulannya, kenapa perlu bayar jika kita boleh dapatkannya percuma. :-) Jadilah pembeli bijak.

Sekian.

 

Ps: Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense.

Pps: mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera di bahagian sidebar ( feedburner )